ya aku gila.
ya aku suka meroyan.
ya memangnya itu aku.
berapa ramai yang boleh tahan dengar cerita2 perasaan pelik aku?
berapa ramai yang boleh sabar dengan karenah2 aku bila tengah gila meroyan?
ada. memang ada.
terima kasih kepada kamu2 yang memang aku kira sangat tinggi tahap kesabarannya untuk melayan segala cerita perasaan pelik aku. yang sangat2 sabar melayan karenah aku tatkala sedang meroyan. memang tak terbalas jasa kamu2 itu.
jadi persoalannya sekarang,
adakah wujud seorang lelaki yang mahu menjadi suami aku dan melayan karenah gila meroyan aku ini dengan sabarnya sepanjang hidup dia? belum termasuk perangai2 buruk yang lain lagi.
ada?
ada?
ada?
*adeh. tiba2 nak keluarkan soalan.
ok. aku sebenarnya hanya mahu meluah rasa hati.
aku sebenarnya sedang agak kecewa. kecewa yang aku kira aku cari sendiri. tapi, nak buat macam mana, hati aku bukan ada sensor yang boleh kesan sebarang kekecewaan. apa yang dia rasa, dia redah je. bila dah redah, baru dia rasa bahagia atau kecewanya. tapi kali ini hasilnya adalah kekecewaan. lagi. takpelah. dia dah biasa. nanti2 oklah.
tetap didoakan bahagia untuk dia.
cumanya, bila aku dah kecewa, sangat mudah untuk perasaan2 negatif yang lain menyerap dalam pori2 jiwa aku lantas melahirkan satu perasaan yang sangat tak seronok. perasaan kosong. damn. benci rasa tu. sebab bila aku punya rasa yang satu itu, nanti sakit meroyan aku datang balik. adeh. ingat best ke meroyan nie? sungguh, sikit pun tak.
ok dah. habis sesi meluah rasa.
sekarang nak share satu puisi fynn jamal. memang sangat cinta sama bahasa puitis dia. sama jiwa indah dia. sama siapa dia. dari dulu, kini dan selamanya.
'sepertinya' memang tepat menusuk kedalam jiwa aku. bagaikan siulan jiwa aku yang diolah kedalam bahasa yang aku kira sangat indah.