apa khabar kamu untuk hari nie? saya harap kamu sentiasa dalam lindungan Dia dan gembira selalu.
kamu, pagi tadi, on da way nak pergi office, saya dengar lagu Christina Perri-A Thousand Years. lagu nie adalah salah satu senarai lagu yang saya nak tujukan kat kamu. entah kenapa, tiba2 saya rasa sebak dengar lagu nie.
"i have died everyday waiting for you darling don't be afraid i have loved you for a thousand years i'll love you for a thousand more"
tak akan ada sesiapa pun yang dapat memahami sebenar2 rasa dalam hati kita. tak akan ada.
ya, mungkin kata kau, pengalaman kita sama, maka kau memang sangat faham dengan apa yang aku rasa. itu kata kau.
tapi maaf. kau salah sayang. apa yang ada dalam hati ini, memang sulit untuk kau fahami. kalau pun mungkin kau faham, nyata hanya pada dasarnya sahaja. tidak untuk seluruhannya. kerana rasa itu amat rumit.
gundah aku. serabut aku. bingung aku. meroyan aku. tenang aku. sepi aku. kalut aku. berbunga hati aku. hanya aku dan Dia yang tahu. dan kadang2 aku sendiri gagal untuk menterjemah apa yang aku rasa. sedang aku sendiri terkadang tak dapat faham diri aku sendiri. apatah lagi kau, kau, dan kau. tak mungkin kau lebih memahami hati ini berbanding diri aku sendiri kan? nyatanya hanya Dia yang Maha Mengetahui segala rasa yang pernah bertamu dalam hati aku.
jujurnya ada terselit rasa benci untuk kamu. jujurnya ada ketika aku rasa mahu lepaskan segala maki hamun marah aku pada kamu. jujurnya aku mahu lontarkan setiap persoalan yang aku yakin tak akan mampu kamu jawab. jujurnya aku mahu menjerit depan muka kamu, kenapa aku?? jujurnya aku mahu porak perandakan hidup kamu.