Sunday, October 14, 2012

relaku pujuk

digelak riuh tadi tiba2 melintas perasaan rindu.
dalam jauh menusuk lubuk hati.
sungguh rindu.
dipujuk2 hati; sabar.

menerawang mengenang semalam.
mata yang terkandung beban perasaan.
dalam tersakitkan.
dipujuk2 hati; sabar.

kini termenung panjang.
berfikir2 bagaimana akhirnya.
ceritera cinta yang lara.
dipujuk2 hati; sabar.

demi si mata jernih yang kuat dalam terluka.
si gila yang degil pujuk2 hati;
SABAR.


Tuesday, October 9, 2012

serius aku takut

aku tak tipu bila aku rasa nak mati. bukan sebab terlalu kecewa dengan hidup. jauh sekali sebab dah banyak pahala. tapi sebab aku rasa, selagi aku bernafas, makin banyak dosa yang aku buat. beban dosa tu yang aku tak tertanggung. jujurnya takut dengan mati. bila2 je boleh Dia cabut nyawa ni. tapi dosa aku menggunung tinggi. 

Allahuakhbar. 

memang payah untuk aku nyatakan bagaimana. tapi, untuk jadi istiqomah dalam berubah bagi seorang yang bernama aku nie, memang teramat payah. mungkin sebab dah terlalu hitam pekat likat hatinya. sebab tu susah iman nak lekat. aku cemburu melihat perubahan2 mereka2 yang pernah aku kenal dulu. tertutup sempurna. berpurdah. dan aku yakin dalamanya lebih terjaga lagi.

Subhanallah. 

indah. kuat sungguh hati mereka. aku cemburu. kenapa aku tak boleh menjadi seperti mereka2 itu? sekurang2nya kekal dalam melaksanakan yang wajib. dan tinggalkan larangan Dia. tapi aku masih gagal. gagal teruk. hancur. aku tak tahu bagaimana lagi caranya untuk terus istiqomah. iman ini. macam dah takde dalam diri. 

aku takut. 
takut pergi aku dalam dosa yang setinggi langit ini. 
aku takut. 
takut Allah tarik rasa hidayah yang selalu datang tapi tak aku cernakan dalam hati aku. 
aku takut. 
takut mati aku luar dari iman.

serius. aku takut.
serius. aku tak tahu macam mana mahu istiqomah.
serius. aku mahu berubah.

serius ini bukan omong kosong.

Sunday, October 7, 2012

semoga esok

tak mampu untuk meluah apa yang didada. 
ranapnya dah berkali. 
namun dicubanya bina kembali satu persatu. 
Subhanallah dia dah terlalu hancur sebenarnya. 
dah luluh segala isi dalamnya. 
tapi demi kerana nafasnya masih ada, 
dia gagahkan segala urat nadi yang bisa untuk berdiri. 
dia cuba selak lembaran demi lembaran.
demi mencari hikmah disetiap kejadian. 
baginya dia tidak lagi punya harapan untuk bahagia.
semuanya dah habis direntap mereka2. 
sejujur rasa dia sudah mahu berhenti bernafas. 
kerana dia lelah sama harapan. 
kerana harapan2 inilah yang perlahan2 menyiat jiwa. 
dan membunuhnya perlahan. 
doa dia diam2,

semoga esok dia mati.

Tuesday, October 2, 2012

Draft Oct 2, 2012 0940pm

pandang jauh.
tak tahu apa yang mahu difikirkan.
perlu difikir atau dibiar.



Tuesday, September 11, 2012

restu


khabarkan ke aku bagaimana yang dikatakan kuat itu. sebab aku sudah hilang maksud kuat itu. dan tolong khabarkan ke aku. apa sebenarnya yang ada dalam lubuk hati ini. kenapa air mata ini masih laju menitis?

kamu yang disana, indah rasa yang kamu beri. bagai dilambung2 awan aku rasa. bahagia yang dirasa tak pernah tipu. sapa kamu disaat aku paling perlu. tapi nyatanya rasa itu tetap bukan milik aku. ditangga restu aku tersekat. 

semuanya ada hikmah. semuanya ada hikmah. semuanya ada hikmah. berjuta kali cuba dipujuk hati untuk setiapnya. wahai seorang aku, semuanya ada hikmah. Dia punya rancangan terbaik untuk kamu. yakini Dia.

tolonglah wahai hati.
sudah2lah. 

Monday, September 10, 2012

Draft Sep 10,2012 0851pm

bila aku cuba terangkan segala kemungkinan, awal2 lagi dia telah mengetahuinya. dan dia masih tenang menjalani.sedang rasanya lebih kuat dari rasa aku. bukan dia yang sempurna tapi aku mahu. entah. keliru. apa benar aku mahu? hanya sekadar rasa memberontak dalam diri.

Monday, August 20, 2012

tolong aku please

tak tau bagaimana hendak dikhabarkan tentang hati. bukan porak peranda. bukan kacau bilau. jauh sekali tenang lenang. diri jadi jauh lagi dari Dia. Ramadhan berlalu sangat sia2. entah dah kenapa dengan diri. haih~

kenapa apa yang dirasakan sekarang ini susah. banyak sangat2 mahu difikir dan ditimbang tara. banyak. aku harap yang perjalanan itu mudah. sebab aku dah penat dengan apa yang pernah aku lalui. untuk menjadi kecewa aku rasa aku mampu untuk hadap. cumanya yang takut untuk aku hadap aku ulang salah dulu. itu yang terpaling aku takutkan. Ya Allah, kenapa aku rasa semakin jauh daripada Mu? sesak hati aku untuk semua nie. aku bingung, jalan mana yang sepatutnya aku pilih? terlalu keliru. serasa tak mahu membuat sebarang keputusan. serasa mahu terus menyorok daripada segala. tapi sampai bila? haih~

aku perlukan sesuatu yang aku tak tahu apa.

tolong aku please.

Sunday, August 5, 2012

mata bisu

redup bening mata menatap
bibir katup senyum diukir
tersirat apa didalam setiapnya itu?

mencari ikhlas disetiap pandangan
keliru untuk ditafsir persatunya
apa agenda yang sedang disembunyi?

mencari jujur untuk setiap bicara
mungkinkah hanya sekadar penyedap kacau jiwa
atau cuma mainan kata?



Sunday, July 29, 2012

sikit rindu

aku tengah rindu. walaupun secebis cuma, aku yakin ini rindu. bukan cinta, tapi aku sayang. macam mimpi bilamana apa yang aku bayang menjadi nyata satu persatu. pasti ada hikmah yang tertulis disebalik semua yang berlaku. aku sedang cuba mencari menunggu hikmah yang tersembunyi. aku hargai sayang yang diberi. kerana setelah hampir 26 tahun aku bernafas, aku tahu yang bukan senang2 untuk orang sayang kita terutamanya aku yang tak punya apa. aku tak baik. aku tak cantik. aku tak kaya. aku tak bijak.aku tak kelakar. aku tak punya lebih apa2 pada pandang aku sendiri. tapi Allah berikan tiap pandangan orang itu berbeza dan aku tak pernah tahu apa yang dilihat oleh orang2 keliling aku pada aku yang buat mereka2 yang sebilangan ini masih mahu kekal disisi aku. kerana itu aku sangat menghargai mereka2 yang jujur ikhlas sayang dan terima aku apa adanya. kerana aku tahu bagaimana susahnya berusaha untuk membuat orang sayang kita tanpa sebarang kelebihan dari pihak kita. bukan perkara mudah. lagi2 aku yang punya perangai gila meroyan tak stabil. kerana itu aku sangat2 menghargai mereka2 yang menyayangi aku tanpa syarat. aku tahu, ucapan terima kasih tak mencukupi untuk menzahirkan rasa terharu aku pada mereka2 yang tiada pertalian darah dengan aku menerima aku apa adanya. tapi cuma itu yang aku mampu ungkapkan. terima kasih dari lubuk paling dalam aku ucapkan untuk kamu2 yang masih kekal tahan dengan fiil aku.

terima kasih juga untuk kamu.

sebenarnya ada sedikit rindu.

Sunday, July 15, 2012

doa senyap

perjalanan hidup aku sekarang sedang meniti waktu2 dimana hajat aku dimakbulkan satu demi satu. sekali termakbul, aku senyum syukur. kali kedua termakbul, sekali lagi senyum syukur. kali ketiga termakbul, aku sudah mula takut. aku sudah malu. betapa sempurnanya cacat cela aku pada Dia, masih Dia mahu perkenankan doa2 aku. 

dan tentang seperkara ini yang aku pernah sekadar angankan sedang berlaku satu babak demi satu babak. yang pernah angan itu aku sendiri tepis dan kata pada diri, itu tak akan mungkin. tetapi betapa besarnya kuasa Dia. jika itu hendak Dia, maka akan jadilah ia. cumanya aku tak pasti adakah memang sudah ini tetap Dia atau satu lagi ujian untuk aku? terlalu sukar untuk menentukan. aku jalani hari2 dengan perasaan gundah yang tak pernah henti. takut. teruja. terharu. gembira. semuanya bergaul menjadi satu. 

bila dikenang momen itu, manis. perkara yang berlaku tak terduga sesungguhnya akan melonjakkan paras adrenalin seseorang. menjadikan seseorang seperti aku ini excited berdebar tak tentu. tersenyum tersipu sendiri2. persis si gila lagaknya. seminggu dua macam bergelumang dalam gula kapas. manis. masuk minggu yang ketiga perasaan mula surut. alasan? tak pasti. mungkin telah ditegur realiti bahawasanya besar jurangnya. serasa seperti tidak akan mungkin. mula dijarakkan segala harapan2 yang akan mungkin demi mengelakkan ada pihak yang terluka nantinya. walaupun pertikaian demi pertikaian dihujahkan, tidak akan memungkinkan untuk mendapat satu jawapan yang tepat. cumanya aku percaya,jika memang telah tertulis di Loh Mahfuz sana, Dia akan memudahkan jalannya kan? walau besar mana pun dugaan cabarannya nanti.

Tuesday, June 5, 2012

surat untuk diri sendiri

kehidupan yang mengujakan.

ya.
mengujakan-
hanya ungkap bibir aku.
sedang dalam hati, yang Maha Mengetahui cuma Dia.

kelmarin ketawa bagai tak ada hari esok.
semalam amarah membelenggu diri.
hari ini murung menyapa membungkam jiwa.
esok mungkin sudah tidak punya rasa.
atau mungkin lebih tenang adaptasi dari hari2 semalam.

sudah dinamakan hidup ini tertakluk kepada diri sendiri hendak dijalani bagaimana.
mahu senyum paksa?
mahu terus ketawa tanpa peduli apa2 pun?
mahu menangis sehari suntuk?
mahu marah membabi buta?
atau mahu terus tenang setenang2nya?
itu pilihan hati dan diri setiap individu.

selalu sering kerap dirasakan hidup sentiasa mengejami diri
rasa diri dikunyah perlahan oleh dunia
sampai hancur berkecai segala asa

tapi hakikatnya,
bukankah kita yang sedang mengejami diri?
yang susah hendak mahu bersyukur dengan setiap yang ada.
yang selalu lemah dengan hasutan2 duniawi yang menghancurkan.
yang sering meletak diri konon lemah longlai rapuh.

selagi masih mampu bernafas.
dengan bagaimana cara sekalipun.
kita wajib untuk terus kuat.
biarlah taufan apa pun yang menyerang.

hidup pasti akan pernah jatuh tersungkur tanpa ingin kita.
perlu kita cuma duduk berehat ambil nafas kumpul kekuatan.
dan bangun terus melangkah ke hadapan.
bukan menoleh kebelakang yang telah termaktub sebagai satu sejarah

haih~
ini semua ayat untuk memujuk diri sendiri.
ini semua ayat untuk ingatan masa depan aku nanti.

semoga.