Wednesday, April 29, 2015

cerita tentang bahagia

sahabat tegur,
katanya blog dah berhabuk, seberhabuknya monitor dia.
balas aku,
dah bahagia, cerita dah takde.
balas dia,
ceritalah tentang bahagia.
makanya,
terjadilah entri ini, khas untuk tatapan sahabat tercinta yang kononnya pembaca tegar;)

pertamanya,
terima kasih sahabat. dilayankan semua kisah untuk setiap jatuh bangun cinta suci skandal bangang aku.

keduanya,
alhamdulillah, akhirnya dapat bertemu bahagia aku. syukur tak pernah putus untuk yang telah ditulis Dia atas perkenalan kami. dan sedang meniti hari2 berusaha untuk kefasa yang seterusnya jika diizin Dia maka disempatkan olehNya aku menggantikan status yang sedia ada sekarang. dugaan masih tak pernah lari, cumanya untuk setiap satu-satunya ada jalan selesai yang tersendiri yang terkadang aku sendiri tak pernah sangka. sedang saat ini pun masih punya dugaan yang perlu aku hadap. cumanya, mungkin dek kerana pertambahan usia, makanya pertimbangan itu sentiasa ada dan bukan mengikut hati semata. cuma yang masih kekal adalah degilnya:)

ketiga dan terakhirnya untuk waktu ini,
selagi masih bernafas, manusia memang tak pernah lepas dengan dugaan. lepas satu, satu yang lain datang. kadang2 serasa macam sendiri yang terlalu manja dengan merasakan tiap yang dihadap itu dugaan. padahal mungkin bila orang lain ditempat aku, dia tak rasa apa pun. entah. masing2 kan. cumanya aku masih bersyukur untuk tiap yang aku ada. kadang, termengeluh juga, 'kenapa aku tak dapat macam tu? kenapa dia dapat yang macam tu?'.mujur kemudian2nya cepat sedar, tiap yang jadi ada hikmah yang tersendiri. pandai2lah kita cari hikmah disetiapnya. dan aku juga lebih belajar, elak menyalahkan yang lain atas apa yang berlaku pada aku hari ini. belajar dari silap kita semua yang lalu dan ubahkan pada yang lebih baik. semoga aku akan pegang dan ingat ini sampai hujung nyawa aku.

amiinn.

Tuesday, May 13, 2014

surat untuk arjuna masa hadapan 7

assalamualaikum arjuna saya.

ya, kamu si  arjuna saya.

semoga ini adalah benar.

saya sekarang sedang di fasa; mahu semua mereka2 yang lainnya bencikan kamu, agar cuma saya yang sayang kasih cinta kisahkan kamu.

tetapi, itu terlalu pentingkan diri kan? cuma kerana insecure yang saya punya.

tetapi mana mungkin saya mahu biarkan perkara sebegitu biarpun kalau mungkin terjadi memangnya akan sayalah orangnya yang tetap kasih kisahkan kamu; dengan izin Dia.

.
.
.

kamu,
tolong berada tetap dengan saya.
harung segala sama2.
pegang tangan sokong antara kita.
kita sama2 ya?

Thursday, February 27, 2014

positive no more

memang aku yang kurang sabar ataupun mereka yang terlalu menjaga?

entah.

aku tahu perkara ini akan berlaku
aku sedia maklum akan baris2 persoalan yang akan diaju
aku arif dengan sebab musababnya kenapa

tapi, aih~

salah ke untuk aku perjudikan hidup aku yang dah lama dulu aku judikan cuma tak ternampak oleh mereka2?

atau ini cuma kenyataan sedapkan hati aku sendiri?
atau memang nyata aku terlalu degil?
atau memang jelas aku terlalu terdesak?

sampai bila akhirnya semua nie?

kadang2 rasa dah tak mampu nak fikir positif lagi

aku penat


Tuesday, February 25, 2014

normaliti yang menakutkan

untuk sekian kali setelah beberapa puluh purnama akhirnya aku rasa aku kenal sama dia yang NORMAL.

memang ada juga masalah yang sama berlaku lagi, cumanya susunnya lebih teratur. peristiwa itu juga aku klasifikasikan sebagai NORMAL

cumanya aku risaukan satu perkara. aku selalu pejamkan mata untuk peristiwa2 itu.
tujuannya untuk biar bahagia yang sudah aku rasa kekal rasanya.

aih~

takut, kau tau tak?

Friday, February 7, 2014

dia si kawan baik

Kelmarin pagi telefon dia si kawan baik. masih tidur. masih mamai. masih cuti. untungla.

Borak dan borak dan tiba2 entah kenapa terdiam bicara. dipanggil dia tapi tak mampu untuk disahut. dan akhirnya sahut panggil dia dengan derai airmata. tak tahu kenapa. terlalu rindu barangkali.

tak pernah harap apa2 dengan hadir dia. tapi seronok bicara tentang dia dari seorang ke seorang sehingga disalah tafsir hubungan.

cumanya aku mahu berterima kasih. hadir dia jadi sahabat yang terbaik. ada kala aku perlu. layan setiap bicara yang merapu. pentingnya aku boleh jadi aku bila dengan dia. macam sahabat2 aku yang lainnya.

terima kasih awak. kenal kita memang baru tapi macam dah bertahun. pisah kita malam akhir tu memang sedih. macam jauh sangat saya akan pergi kan? tapi walaupun masih selangor negerinya, bila kita dah biasa tetap kita rasa sangat jauh. 

terima kasih untuk semua kenangan. semuanya. 
dan maaf untuk salah silap yang sengaja atau tak. segalanya.

jadi kawan baik saya sampai bila2 ya?


Sunday, January 26, 2014

kun fayakun

sudah 2014.

lama rasanya sudah tak meluah. mungkin kerana sudah terlalu biasa sama kecewa maka sedikit sebanyak kurang rasa meroyannya.

seawal januari 2014 bertambah lagi satu ceritera.

aih~

mengeluh jugalah.

fikir punya fikir kenapa ya?
buta kah?
bodoh kah?
atau apa ya?

fikir punya fikir
kelakar pun ada
rasa macam, aku nie dah kenapa?
kene mandi bunga gamaknya

dugaan semua tu
kecil sahaja cubaan tu
cuba2 la selak sana sini
cari hikmah mana yang tersembunyi

insyaAllah segalanya akan baik2 nanti2nya

Kun fayakun kan~

Wednesday, October 2, 2013

serah pasrah

asalnya aku sudah mahu berpaling bila kamu hadir ada ketikanya cuma.
mulanya aku berjaya tawarkan hati yang pada sebelumnya gila rindukan kamu.
walau tidak selalu kau ada tapi kau masih tak pernah pergi.
yang aku syaki tentang jujur sayang kamu atau punya muslihat disebalik.

aku keliru.

semakin tawar rasa untuk kamu.
dan kamu terlihatkan itu.
dan bersungguh kamu meyakinkan.
dan sungguh aku perempuan yang seperti kerak nasi.
mudah untuk dipujuk.

dan sungguh aku tak pasti.
masih adakah sayang untuk kamu dalam hati.
tawarnya ia kerana yang aku hadap ini realiti.
sedangkan kamu sedang merangka drama2 masa depan kita.
yang kita dua nampak jelas jauh untuk digapai.
tetapnya degil mahu cuba.


kini, aku betul2 berserah pada Dia.
Dia yang telah tuliskan segala tentang kita.
jumpa pisah kita.
semoga ada bahagia untuk aku. 

semoga.

Sunday, May 12, 2013

Draft May 12, 2013 0811am

aku bagaikan baru tersentak dari lena panjang.

Friday, March 1, 2013

muncullah, tolong.

sedih.

untuk aku menaip yang ini, pastinya nanti2 air mata aku akan menitis setitis dua. tak pernah jemu. 

gila.

dua tiga entri bodoh telah aku padamkan. sebab bodoh sangat. yang ini juga akan jadi lebih kurang bangangnya. tapi yang ini aku akan simpan.

entah.

memang rasanya aku adalah manusia yang paling bodoh dalam belajar dari pengalaman. aku jatuh dalam lubang yang sama untuk kali yang keberapa aku tak pasti. sesungguhnya hati aku memang sangat mudah untuk di bolak balikkan. iman yang terlampau sangat rapuh.

aih~

aku tak mahu mengeluh dengan bodoh sendiri, tapi, entah. selalu rasa akulah yang paling malang. entah dah kenapa aku sendiri tak pasti. kekontangan kasih sayang sangat gamaknya. atau terjerat dengan dongeng bahagia sendiri. 

cemburu.

jujurnya, tipu kalau aku kata sedikit pun tak cemburu dengan manusia2 keliling aku. ya, orang kata jangan bezakan aku dan dia sebab aku tak tahu sebenar2 yang mereka lalu. tapi aku tahu mereka sedang bahagia. dan aku sedang sunyi.

berharap.

mungkin kerana itu aku tak bergerak. sebab aku tahu ada orang yang pernah sayang aku (atau cuma aku sendiri yang perasan?) jadi aku cuba dan cuba. untuk apa, aku sendiri kadang tak pasti. tapi aku cuma nak percaya yang dia pernah beri itu jujur rasa dia. walau apa pun sebab kami berpisah sekarang, walau apa jalan cerita drama yang cuba dikarang, tapi yang dulu lagak dia, yang dulu bahasa dia, yang dulu mata dia tak tipu aku. sebab aku tak mahu rasa bodoh lagi.

sudah.

aku mahu rasa sudah. rasa cukup. rasa syukur dengan apa yang aku lalu sekarang. ada hikmah. ada hikmah. ada hikmah. tiap kali itu aku cuba pujuk diri sendiri. sejujurnya jauh dalam dasar hati aku, aku memang mahu seorang teman yang bernama suami untuk teman bimbing aku. aku tak malu untuk mengaku yang aku sedang sunyi. dan bukan semata itu alasan aku mahu berumah tangga. aku lelah dengan mainan lelaki. aku mahu yang terakhir terima seadanya aku dan menjaga aku sampai hujung nyawa aku. 

aku mahu kamu.

muncullah dalam realiti saya.

sebab saya terlalu perlu kamu.

Sunday, January 20, 2013

Draft Jan 20,2013 0319pm

aku cuma mahu dia yang sungguh mahukan aku jadi suri hidupnya. datang pada ibu bapaku dan mohon jadikan aku halal untuknya.

Saturday, January 19, 2013

aura

2012 meninggalkan banyak memori.
pahit.
manis.
pahit.

2013.
diingin dia untuk lebih baik.
semoga.

tapi.

belum cukup sebulan.
hati sudah berbelah.
aura2 negatif mula meresap dalam jiwa.

jadi bagaimana akhir ingin dia nanti?