semalam aku rasa tak sabar untuk kembali ke rumah sewa aku bersama mereka yang lain. kembali ke pangkuan sahabat2 seperjuangan untuk satu jangka masa lagi.
tapi tadi, bila aku mula mengemas, aku sudah mula rasa rindukan keluarga aku. sedang hakikatnya aku masih bersama mereka, aku sudah mula rasakan rindu.
ah, perasaan. memang sangat suka mempermainkan aku.
damn la u.
* rumahku syurgaku. walau seburuk mana kondisinya, walau seteruk mana situasinya masih syurga aku. kerana mereka2 yang aku cinta ada disini.
saat ini aku mahu pergi satu tempat lain. mana2 aku tak kisah. aku cuma mahu pergi menghirup udara lain. sambil bertemankan puisi2 dan lagu2 fynn jamal dan juga lagu2 wani ardy serta buku 28 hari jurnal rock n roll.
ya. memang aku sedang kecewa. aku rasa baru kelmarin aku rasa kuat. sekarang aku kecewa lagi. damn. kan aku dah cakap. kekecewaan itu teman aku. bak kata Mohd Jayzuan penulis 28 hari jurnal rock and roll,
"Hati aku sudah bosan dengan kekecewaan. Hati aku sudah boleh menerima kekecewaan dengan hati terbuka, mereka berkawan. Aku raikan mereka seperti mana aku raikan kawan2 yang aku sayang"
gimme five bang. rasa kita memang sama. satu hari nanti mungkin aku mahu buat seperti dia. mengembara. dah lama aku ada rasa mahu buat seperti dia. cuma hati aku masih tak bulat lagi untuk itu. aih. masih manja. cakap je lebih.
shit. dah mula rasa rindu. kalau dia betul untuk aku, dia akan menjemput aku kan?
* mahu ke pantai. mahukan angin pantai. mahukan ombak pantai. mahu mencari damai di pantai.
biarkan aku layankan rasa kasih yang membabi ini kerana aku rindukan rasa ini biarkan akan aku kecewa nanti kerana hati aku sudah biasa berkawan sama kekecewaan biarkan aku khabar rasa sayang yang ada sehingga satu masa kau tak inginkan lagi maka aku akan berhenti
takpe nanti2 aku akan ok
* heartsick, heartbroken, to know love is to know pain - Rumi