Thursday, April 26, 2012

surat untuk arjuna masa hadapan 6

assalamualaikum arjuna saya. 

apa khabarnya diri kamu disudut sana? saya harap kamu sentiasa baik2 dalam sembunyi kamu. saya yakin, Dia sentiasa menjaga kamu sebaik2 jagaan dan lindungan:) 

kamu, 

dua tiga minggu kebelakangan nie, hari saya banyak turun naik. emosi saya bercampur baur. pernah satu ketika saya rasa sangat2 down. tapi alhamdulillah, dugaan yang terlampau kecil itu mampu saya harung. walau agak jauh dari keluarga dan kamu, Dia hantarkan saya sahabat yang sanggup menenang dan mendengar setiap keluh kesah saya. yang tolong pasak dirikan hati jiwa saya yang meluluh. dan alhamdulillah saya masih mampu untuk melihat setiap perkara yang berlaku dari sudut yang positif. diketika itu, air mata saya tak tumpah lama bilamana sentiasa akan ada sesuatu yang buat saya senyum. betapa selalu Dia sentiasa menjaga saya disetiapnya walaupun saya sering lupa Dia. 

dan Dia juga sembunyikan kamu dari saya sampai satu waktu yang paling terbaik nanti kan? 
:)

Sunday, March 11, 2012

kelabu pun bukan

apa yang aku punya sekarang ini adalah milik Dia.segalanya.termasuklah hati ini.

namun, hitam busuk hati ini silap salah puncanya aku. corak songsang yang telah aku lukis menjadikan hilang warna asal, hilang rupa bentuk sebenar ia.

memang perasaan kesal berulang kali datang untuk kerosakan yang telah aku cipta. dan berulang kali jugalah perasaan itu pergi begitu saja. entah sampai bila.

sungguh untuk berubah itu terlampau aku mahu.terlalu aku ingin. tapi entah kenapa masih terlalu payah untuk aku terus beristiqamah untuk satu perubahan itu. seringnya sifatnya hanya sementara.

diam2 aku menangis sendiri.sampai bila hendak terus begini?mati itu bila2 je.sering mencari mengharap benda yang tak pasti.sering kali lupa yang diatas itu yang pasti yang perlu patut aku cari dan harap redha Dia.

tunggu apa lagi sayang? masa tak menunggu kan? begitu juga mati. ingatlah,yang kita nie,kelabu pun bukan.

Draft Mar 11,2012 0738am

hati ini milik Dia. yang sering aku salah caturkan pada perkara2 yang salah.

sampai bila mahu kekal begini sayang?

haih~

sejak dari dulu lagi satu perubahan yang aku mahukan. perubahan yang membawa ketenangan dalam jiwa aku. kesedaran itu wujud. boleh dikatakan setiap masa. tapi untuk membawa diri sendiri kearah perubahan itu, entah kenapa sangat susah.

Friday, March 2, 2012

surat untuk arjuna masa hadapan 5

kehadapan kamu.

macam mana dengan hari2 kamu? saya harap semuanya indah untuk kamu.

kamu dah makan? saya belum lagi. perut saya lapar, tapi tekak saya sakit. saya rasa macam nak demam.

kamu nak tau tak, tadi masa kat kilang, ade beberapa insiden berlaku kat saya.

mula2 sekali tengah hari tadi tangan saya melecur lagi. kene tray panas. dapat satu lagi tanda dekat lengan kiri saya. pedih. saya terus bubuh ubat.

tak lama lepas tu, entah macam mana saya boleh terjatuhkan sample muffin saya yang baru lepas saya bakar. habis berterabur semua. terpaksalah saya kutip satu2.

petang time2 dah nak balik, ibu jari tangan kiri saya luka kene tin gam tikus masa tengah buat perangkap tikus dengan bos saya. darah banyak. pedih. saya terus tampal handplast.

tapi bagi saya, hari nie bukan hari malang saya. benda dah nak jadi kan kamu?:)

hmmm

saya mengade kan kamu?

sanggup ke kamu nak layan setiap karenah mengada saya nie sampai hujung nyawa saya?

Thursday, March 1, 2012

kutip dan tampal

hari2 aku terfikir, memikir, berfikir benda yang dah lepas. benda yang dah berlaku. benda yang dah buat aku menyesal. segala benda. yang akhirnya membawa kepada kebencian pada diri aku sendiri. ya memang aku benci. yang bodoh bingai bengap letak hati lebih tinggi dari akal. letak otak separas lutut. memang gampang.

tapi nanti terkadang menyelusup kasihan pada diri sendiri. kerana dibenci diri sendiri. kerana porak perandanya hati dia kerana salah percaturan. kerana setiap pagi bangun dia, dia perlu pujuk diri untuk kuat mengharungi satu hari suntuk itu. kerana dia tidak berlaku jujur pada diri dia sendiri bilamana luaran dia sedang senyum molek sedang dalaman dia sedang terhancurkan cebisan demi cebisan.

dan nanti akal mula menerawang jauh berfikir, memikir, terfikir kenapa? kenapa sanggup si bangsat itu datang bagi dia senyum dan kemudiannya menyiat dia perlahan? kenapa si sial itu tak pernah terfikirkan tentang akhirnya dia bila sedang memulakan? kenapa si jahanam itu hanya mementingkan diri semata dan membiar dia ranap? kenapa otak si bangsat, si sial dan si jahanam itu letaknya dibawah buku lali?

ya. menyalahkan itu memang nikmat. tapi masih tak akan mampu untuk mencantum hati yang telah hancur. masih tak akan mampu untuk mengisi jiwa yang telah kontang.

sampai mungkin nanti datang yang sudi untuk tolong kutip dan tampal hati itu.

Tuesday, February 28, 2012

tanpa jiwa; mati

kebas. tak punya rasa. macam dulu. sekali lagi.

hilang. habis. kontang. macam dulu. kesekian kali.

terima kasih daun keladi.

lain kali, bunuh sekali jasad ini.

kerana, tanpa jiwa aku mati.

Sunday, February 19, 2012

Draft Feb 19,2012 1020pm

semasa air hangat itu mula mengalir
aku menarik sang gebar
menyelubung diri

aku aman
berada dalam dakap sang gebar

Monday, February 13, 2012

surat untuk arjuna masa hadapan 4

assalamualaikum.

apa khabar kamu untuk hari nie? saya harap kamu sentiasa dalam lindungan Dia dan gembira selalu.

kamu,
pagi tadi, on da way nak pergi office, saya dengar lagu Christina Perri-A Thousand Years. lagu nie adalah salah satu senarai lagu yang saya nak tujukan kat kamu. entah kenapa, tiba2 saya rasa sebak dengar lagu nie.


"i have died everyday waiting for you
darling don't be afraid
i have loved you for a thousand years
i'll love you for a thousand more"




kamu,
saya tunggu kamu.

Friday, February 10, 2012

hanya Dia yang Maha Mengetahui

tak akan ada sesiapa pun yang dapat memahami sebenar2 rasa dalam hati kita. tak akan ada.

ya, mungkin kata kau, pengalaman kita sama, maka kau memang sangat faham dengan apa yang aku rasa. itu kata kau.

tapi maaf. kau salah sayang. apa yang ada dalam hati ini, memang sulit untuk kau fahami. kalau pun mungkin kau faham, nyata hanya pada dasarnya sahaja. tidak untuk seluruhannya. kerana rasa itu amat rumit.

gundah aku. serabut aku. bingung aku. meroyan aku. tenang aku. sepi aku. kalut aku. berbunga hati aku. hanya aku dan Dia yang tahu. dan kadang2 aku sendiri gagal untuk menterjemah apa yang aku rasa. sedang aku sendiri terkadang tak dapat faham diri aku sendiri. apatah lagi kau, kau, dan kau. tak mungkin kau lebih memahami hati ini berbanding diri aku sendiri kan? nyatanya hanya Dia yang Maha Mengetahui segala rasa yang pernah bertamu dalam hati aku.

hanya Dia.

Sunday, February 5, 2012

surat untuk arjuna masa hadapan 3

kehadapan arjuna masa hadapan pemilik rusuk kiri saya.

bilakah kamu akan keluar dari sembunyi kamu?
saya ada beberapa lagu mahu ditujukan khas untuk kamu.
tapi takpe, saya akan tunggu kamu dengan penuh sabar.
kalau sempat kita ditemukan disini, saya akan sampaikan lagu2 itu untuk kamu, ok?:)
kalau tak sempat disini, kita akan ditemukan disana.
insyaAllah:)

Wednesday, February 1, 2012

sejujur hakikat


jujurnya ada terselit rasa benci untuk kamu.
jujurnya ada ketika aku rasa mahu lepaskan segala maki hamun marah aku pada kamu.
jujurnya aku mahu lontarkan setiap persoalan yang aku yakin tak akan mampu kamu jawab. jujurnya aku mahu menjerit depan muka kamu, kenapa aku??
jujurnya aku mahu porak perandakan hidup kamu.

sedang hakikatnya,
kamu pun tahu kan?

sesungguhnya
hidup ini perjudiankan?





maka aku sedang pasrah
tahap infiniti