Tuesday, June 5, 2012

surat untuk diri sendiri

kehidupan yang mengujakan.

ya.
mengujakan-
hanya ungkap bibir aku.
sedang dalam hati, yang Maha Mengetahui cuma Dia.

kelmarin ketawa bagai tak ada hari esok.
semalam amarah membelenggu diri.
hari ini murung menyapa membungkam jiwa.
esok mungkin sudah tidak punya rasa.
atau mungkin lebih tenang adaptasi dari hari2 semalam.

sudah dinamakan hidup ini tertakluk kepada diri sendiri hendak dijalani bagaimana.
mahu senyum paksa?
mahu terus ketawa tanpa peduli apa2 pun?
mahu menangis sehari suntuk?
mahu marah membabi buta?
atau mahu terus tenang setenang2nya?
itu pilihan hati dan diri setiap individu.

selalu sering kerap dirasakan hidup sentiasa mengejami diri
rasa diri dikunyah perlahan oleh dunia
sampai hancur berkecai segala asa

tapi hakikatnya,
bukankah kita yang sedang mengejami diri?
yang susah hendak mahu bersyukur dengan setiap yang ada.
yang selalu lemah dengan hasutan2 duniawi yang menghancurkan.
yang sering meletak diri konon lemah longlai rapuh.

selagi masih mampu bernafas.
dengan bagaimana cara sekalipun.
kita wajib untuk terus kuat.
biarlah taufan apa pun yang menyerang.

hidup pasti akan pernah jatuh tersungkur tanpa ingin kita.
perlu kita cuma duduk berehat ambil nafas kumpul kekuatan.
dan bangun terus melangkah ke hadapan.
bukan menoleh kebelakang yang telah termaktub sebagai satu sejarah

haih~
ini semua ayat untuk memujuk diri sendiri.
ini semua ayat untuk ingatan masa depan aku nanti.

semoga.