Saturday, January 29, 2011

show me the way


bilamana dalam hati berkehendakkan sesuatu yang lain dan dalam masa yang sama diprovok oleh sesuatu yang lainnya, makanya hati rasa memberontak. dan bilamana hati aku mula memberontak, maka kata2 yang keluar daripada mulut aku mungkin agak kurang enak untuk didengar. dan secara tidak langsung, aku akan menjadi sedikit angkuh, berkeyakinan tinggi, apa yang aku mahu itu akan aku genggam. bukan kemahuan orang lain, tapi kemahuan aku. secara dasarnya, mungkin bagus sikap begini. punya pendirian sekurang2nya kata orang. tapi, bilamana hati aku memberontak, aku lupa yang segalanya adalah kerja Dia. Dia boleh jadikan apa pun yang dikehendak oleh Dia, bila2 masa sahaja.

Tuhan,
apa yang terbaik untuk aku, aku pohon ditunjukkan.
aku sudah rasa cukup untuk mengulang kesilapan lalu.
aku mohon, tolong diberikan petunjuk.
amin.

Friday, January 28, 2011

selamat hari tua

hari ini genap umur aku mencecah 24 tahun sebulan.
11 bulan lagi untuk aku capai genap 25 tahun.
yea, dah makin tua.
so what?

untuk segala ucapan serta pemberian tempoh hari,
sangat terima kasih.
segala ingatan tulus ikhlas itu
sangat2 aku hargai.
sangat2 bikin aku terharu.
sangat2 tak tahu mahu kata apa.
jujurnya, aku segan.


tua2 pun masih dapat toy. satu peluk kat umah sewa, satu peluk kat kampung.


antara rezeki terpijak yang dihadiahkan oleh azrina


daripada Mr You


Saturday, January 22, 2011

diam dan jauh


mulut orang memang payah mahu ditutup kan? semua mahu bercerita, semua mahu mengata. ya, mungkin aku juga begitu orangnya, jadinya pusingannya begini.

haih~~

wahai kamu yang membawa mulut. mengapa benda yang tak bernyawa itu hendak dikaitkan dengan keturunan aku bagai? kenapa mahu digusarkan hati tua itu? persoal sikit2 sudahlah. kalau diam lagi bagus. kau memang takkan pernah tahu kan akibat daripada kata2 kau? kerana benda yang tak bernyawa itu kau persoalkan pada hati tua itu, keluarga aku agak berantakan. ya, kau memang tak nampak. dan kau takkan pernah akan tahu. aku yang hadap segala. dan aku tak suka. ini hal keluarga aku. kau tolong tutup mulut dan pergi jauh. bagilah aku peluang untuk rasa bahagia dan tenang bersama keluarga aku. tolonglah.

Tuesday, January 18, 2011

Draft Jan 18,2011 1008pm

Tuhan,
jika memang telah tertulis dia untukku
tempatkan hanya aku dihati dia

i love you


usah dipersoal mengapa aku sayang cinta kamu
sungguh aku tidak punya jawapan
cuma yang pastinya
jika kamu tiada
hati ini akan berderai
jiwa ini akan kontang
jasad ini akan longlai


Monday, January 17, 2011

tunjukkan jalan



tiba2 perasaan menjadi sayu bilamana aku memikirkan tentang masa hadapan. aku sudah tak mahu mempersoal tentang keputusan yang telah aku bulatkan dalam hati. aku hanya mahu untuk terus tanpa mengira apa yang bakal jadi, tanpa memperduli jika ada akibat buruk daripada keputusan aku. tapi tenyata aku hanya membohong diri. ternyata yang aku tidak boleh lepas dari memikir tentang keputusan yang telah aku putuskan kira2 2 bulan yang lalu. ia sentiasa berlegar didalam kepala. aku khuatir, jika aku tak kuat untuk menempuh kemungkinan2 tersebut. tapi, jauh disudut hati aku juga ada berbisik bahawa aku mampu. kehidupan tidak mungkin sempurna walaupun kita mahukannya sempurna. tetap akan pasti ada kurang sana sininya. tidak akan mungkin sempurna. makanya, diam2, aku panjatkan doa pada Dia, agar diberi petunjuk untuk setiap langkah aku. aku doa pada Dia, agar aku tabah dan kuat mengharung segala apa kemungkinan yang bakal tiba. segalanya ketentuan Dia. aku hanya merancang.

amin.

Thursday, January 13, 2011

Draft Jan13, 2011; 1105pm

adakah salah untuk mengungkapkan kata2 sayang dan rindu setiap hari dan ketika?
adakah ia kelihatan murah apabila kata2 itu diungkap dengan terlalu mudah?
adakah mungkin untuk satu ketika nanti ungkapan itu hanya sekadar ungkapan tanpa makna yang sebenar?

persoalan yang bakal mengundang pelbagai bentuk jawapan.

dan dari sisi aku sendiri, ia adalah bergantung pada rasa hati. ungkaplah sebanyak mana, jika memang benar itu rasa kamu. usah jadikan ia mainan kata. ungkapkan hanya bila ia selaras sama hati yang rasa. dan berpadalah pada ketika2nya.

aku cinta kamu.

Saturday, January 8, 2011

berhenti mencari rindu




aku mengaku memangnya aku agak kecewa sama apa yang aku baru dapat tahu. tapi aku gagahkan hati, maniskan muka, tahankan air mata dari untuk gugur. agak pedih, tapi, biarlah. sekurang2nya aku tahu. dan aku juga tahu, bukan mudah untuk melupakan kenangan. memang payah. ia mungkin mengambil seluruh nafas untuk melupakan sebuah kenangan itu. makanya, aku redha untuknya. i'll just go with the flow.

Sunday, January 2, 2011

kamu


kehadapan seorang kamu yang aku rindu

dengan cebisan keyakinan yang tinggal, telah aku serahkan hati ini untuk kamu jagakan. ketahuilah oleh kamu bahawa, bila telah aku kasihkan kamu, insyaAllah hanya kamu sampai ke syurga dengan izinNya. hati yang aku beri itu sudah aku tekad terima apa juga kemungkinan yang akan kau laku padanya. hendak kau belai, hendak kau henyak, aku terima.

walau mungkin kini kasih sudah tidak sehangat semalam. namun aku senyumkan bibir, pujukkan hati untuk hadap segala yang akan mungkin. aku panjatkan pada Dia, jika salah langkah yang aku atur ini, pohon Dia tetap gagahkan aku dipasak bumi. dan aku mohon, kamu sentiasa dilindung seperti nyawa2 aku yang lain.

amin.