Thursday, December 31, 2009

::.gudbye2009.::


31 disember 2009 berlabuh. tinggal hanya beberapa jam untuk ke 2010. satu lagi tahun baru untuk aku. untuk semua. terima kasih Tuhan diberi sempat untuk aku bernafas setahun lagi dibumiNya. walaupun secara praktikalnya banyak yang telah aku sia2kan. secara zahir batinnya banyak dosa yang telah aku himpun. tapi tetap aku bersyukur pada Dia masih diberi aku sempat untuk sedar. masih diberi masa untuk aku bertaubat. dan tahun ini, ingin aku akhiri dengan ucapan terima kasih kepada insan2 kesayangan aku :

1. kepada ibu ayah nenek. pengorbanan kalian tak terbalas.
2. kepada nein, ayie, yul. ikatan kita tambah kukuh.
3. kepada shah, min, fairus, ajan, apis, sasz, ejai, angah, kay. sentiasa ada sama aku.
4. kepada yuna, coh, tiqah, add, edah, ashu, farah. sentiasa ada sokong aku.
5. kepada az sekeluarga. terlalu banyak membantu aku. sangat segan.
6. kepada rakan sekelas yang 13 itu. sentiasa membahagiakan aku.
7. kepada sahabat, kenalan, saudara mara yang lainnya. terima kasih atas segalanya.

dan untuk akhir 2009 ini juga. aku mahu mohon maaf atas segalanya. atas segala dosa aku pada kamu2 kesayangan aku. atas segala salah aku pada kamu2 disekeliling aku. atas segala khilaf aku pada mereka2 yang pernah terasa. aku mohon maaf. juga pada dia. aku ingin tutup buku segala tentang dia. sudah cukup. sini saja akhirnya. mahu lepaskan segala sakit. mahu mulakan dengan tenang. insyaAllah.

Wednesday, December 30, 2009

::.akhirDISEMBER.::


dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kelmarin bertarikh 28 disember 2009 genap aku 23 tahun. dan lagi beberapa hari saja lagi angka itu akan bertambah. 23. ya 23. ape yang aku capai? ntah. aku tak nampak. tapi, alhamdulillah masih diberikan nafas disetiapnya untuk aku sedar dosa semalam dan diberi sempat untuk taubat pada Dia. insyaAllah. dan pada tarikh tersebut juga, satu emosi telah mengganggu hari aku. wahai aku, sudah2lah.

semalam bertarikh 29 disember 2009 aku menonton wayang bersama kakak aku bertempat di mid valey. kami menonton mualaf dan avatar. komen untuk keduanya. sangat best. sangat berpuas hati. mungkin sedikit tidak puas untuk mualaf kerana terlalu sekejap ceritanya. dan seperti biasa, filem allahyarham yasmin ahmad memang banyak pengajarannya. punya banyak ilmu yang terselit disetiap babak ceritanya. tentang hidup. tentang mati. dan masih aku tak faham. kenapa orang ramai susah nak faham filem2 dia. kenapa orang ramai sering menjadikan filem dia sebagai filem yang berkontroversi. kenapa ea? dan untuk avatar. sangat hebat ceritanya. sangat menarik grafiknya. sangat cantik. sangat suka. akhirnya. tercapai jugak niat aku untuk menonton filem2 yang ada dalam list tontonan aku untuk akhir tahun nie. list untuk tahun depan dah ada. jika ada sempat, jika punya rezeki, pasti akan aku pergi tonton.

dan bertarikh hari ini. tiada apa yang dibuat. hanya duduk diam dirumah. dan kemudiannya emosi itu datang kembali. mengalir lagi. ya. masih. tido. bangun. lebih baik. sahabat baik aku kata , "dahla jaja, lusa dah tahun baru." ok dah. aku pun mahu sudah. dah ok. the end. senyum.

Sunday, December 27, 2009

Draft Dec 27, 2009 0548pm

orang cakap:
'never explain urself to anyone. bcoz the person who likes u doesn't need it. and the person who dislikes u won't believe it'







Saturday, December 26, 2009

::.berHATI2.::

lagi tentang nahas jalan raya yang membabitkan sebuah bas express. 10 terkorban didalam nahas. dan punca nahas; pemandu bas terlelap.

aku memang sangat terkesan sama berita kemalangan jalan raya yang meragut nyawa. sekelip mata sahaja, insan yang tersayang pergi buat selama-lamanya. atau mungkin juga berlaku pada aku. sekelip mata, aku pergi selama-lamanya. mungkin. ia tak mustahil. dan aku juga pernah merasakannya. kehilangan yang tersayang akibat nahas jalan raya. atuk aku. ya. sekelip mata aku kehilangan atuk. kehilangan untuk selamanya. kehilangan yang mengejut.

memang. ajal maut jodoh pertemuan telah ditetapkan oleh Dia. tapi pokok pangkalnya tetap adalah kita. jadi, berhati2la. kita sering kali terlupa. kita sering kali mengikut kata hati. beringat lah. kalau kita boleh lakukan, cuba lakukan. untuk kebaikan kita, untuk kebaikan semua. tak rugi pun untuk berhati2. tak susah pun untuk menitik beratkan keselamatan semasa memandu. tapi jika tetap terjadi, itu adalah ketetapan Dia.

kesimpulannya, berhati2lah semasa memandu.

peringatan untuk aku.
peringatan untuk adik2 aku.
peringatan untuk sahabat2 aku.
peringatan untuk semua2 kamu.

::.sehariSEMALAM.::

semalam 25 disember 2009. aku mendapat hadiah dari ibu & ayah. speechless. first, sebab hadiah diberi awal. second, sebab hadiah itu pernah aku mintak tapi aku tak benar2 maksudkannya. third, sebab aku segan. adeh. aku sangat menghargai pemberian mereka itu. thanx a lot ibu ayah. sangat cinta ibu ayah. bukan kerana pemberian itu. tapi kerana memang aku cinta. cuma aku segan mahu luah. cuma aku segan mahu tunjuk. ego. tidak. aku malu. ya. malu.




dan bertarikh semalam juga. telah diadakan makan2 doa selamat. berkumpul ahli keluarga anak cucu cicit onyang. ramai. tidaklah sehebat family day sebelah ayah. tapi cukup untuk sesak satu rumah. semua sudah menua. semua sudah membesar. semua sudah memanjang. hampir tidak kenal itu siapa ini siapa. terutama si kecil2 yang sedang membesar. perlu dikenalkan ini yang pertama itu yang kedua. perlu diberitahu ini iman itu adam sana zahra sini tia. bagi si bujang2 soalan lazim kat mana sekarang? dah kerja ke? blajar bila habis? dan bagi yang agak malang akan ditanya bila nak kawen? begitulah adanya begitulah biasanya bila sudah lama tak bertemu.



bagi malamnya. aku dan sahabat2ku yang biasa; min, shah, fairus, ajan & daus pergi menonton wayang di bukit tinggi. cerita sherlock holmes. best. aku suka. yang aku tak suka. panggung wayang itu terlampau amat sejuknya. sungguh aku tak tahan. memang aku tak duduk diam. dan tontonanku agak terganggu serba sedikit. sejuk gile babeng. sebelum balik singgah makan bagi panas badan. sampai rumah jam 4 lebih.

dan pagi tadi. aku telah diberitahu. tidak lagi dibenar keluar malam. adeh. speechless. tak tahu mahu kata apa. diam. terima saja.

Thursday, December 24, 2009

::.dizEVENING.::


sepanjang petang dada tak henti berdebar. sangat sesak. lalu aku berkeputusan melelapkan mata walaupun pagi tadi aku sudah bangun kesiangan. degupan jantung yang kencang ini memang tidak menyelesakan aku. lalu aku lelap.

kemudiannya aku terjaga oleh panggilan telefon. tertera nama 'ayahanda' lalu aku jawab. suara ibu. ibu tanya. aku jawab. ibu cakap. aku balas. ibu cakap. aku jawab marah. ibu tanya. aku jawab marah lagi. ibu cakap lagi. aku jawab marah lagi. dan lagi. dan lagi. hebat kan aku? memang derhaka.

selepas perbualan berakhir, akal yang waras berkata. kenapa aku tak boleh jawab elok2? kenapa aku perlu marah2? aku melepaskan nafas. berat. aku memandang siling. termenung. kenapa susah untuk bercakap baik2 sama ibu? dada aku sesak. satu perasaan terbeban. perasaan berdosa.

tiba2 guruh berdentum agak kuat. aku sedar dari khayal. hujan mencurah lebat. angin bertiup agak kuat. aku bangun. aku keluar. membiar diri dibasahi hujan. aku menarik nafas dalam. aku berjalan dalam hujan. kemudian aku berteleku termenung kosong sehingga hujan reda. aku memang suka diri dibasahi hujan. merasakan ada sedikit tenang. merasa sedikit lapang.

ibu, maaf...
=(

::.hatiMACAMsebak.::



bahu tegang.
tengkuk kejang.
jantung kencang.

tiba2 hati rasa sebak. sebak oleh kisah cinta orang yang pilu. sangat terkesan dihati. sampai rasa mahu hadir pada orang itu dan peluk dia kuat. sampai rasa mahu dakap dia dan biarkan dia menangis dibahu aku jika dia mahu. rasa mahu ada disisi dia. mungkin kerana aku pernah alami pedih itu makanya aku mahu berperilaku sebegitu.

ntah. kadang2 aku sendiri tak faham. tak faham sama hati yang sangat mudah terkesan sama cerita2 orang yang entah siapa2. terasa jauh didasar hati. memang dasar hati tisu. memangnya aku.

tapi kadang2 aku pun tak faham. hati aku keras juga. dan seringnya kekerasan hati itu aku gunakan pada waktu yang salah. pada situasi yang tidak sepatutnya.

oh hati. baik2lah kamu didalam ini. kau sudah tidak cantik. kerana aku salah mencorakkan. maaf. aku akan cuba tidak merosakkan kamu lagi. aku akan cuba.

tiba2 aku rasa mahu dipeluk erat kuat sekarang.

Tuesday, December 22, 2009

::.duniaLUAR.::


mata terkebil jiwa menerawang.
tentang aku yang masih manja.
yang masih bersembunyi dibalik ketiak keluarga.
yang masih berselindung dibalik bayang sahabat.
mampukah untuk aku berdiri sendiri kelak?

dunia semakin hari semakin kejam.
sedang aku tetapnya masih jua begini.
mampukah untuk terus kuat pasaknya.
menghadap sengat dunia yang nyata?
mampukah untuk terus lurus jalannya.
mengharung dunia yang menggegar iman?

aku yang terus2an manja.
usia sudah tak terbilang dek jari.
sedang pengalaman masih secubit cuma.
kuatkah untuk hadap ganasnya dunia?
tahankah untuk temu dunia yang kehabisan belas?
mampukah untuk aku?

hmm...
insyaAllah.

Saturday, December 19, 2009

::.outing.::

semalam bahagia=)

alhamdulillah.
masih diberi kesempatan itu.
kesempatan aku untuk ketawa.
kesempatan untuk aku bergembira.
kesempatan untuk aku bersama sahabat2 aku.
terima kasih Tuhan.

masih berharap jauh nun didasar hati.
semua kita. sepuluh kita.
berkumpul bergembira sama.
aku yakin.
satu hari itu akan ada nanti.
akan ada.

kamu2 tahu?
bagi aku waktu paling gembira semalam.
adalah masa makan kita.
di al-bidayah.
di ikea.
di mcd terutamanya.
suka bikin kecoh.
suka makan.
patutla kita gemuk.

anyway geng,
welcome to my club!
hahahaha.
=DDD

Thursday, December 17, 2009

::.MAALhijrah1431.::


demi terhamparnya sejadah itu.
tiba2 hati sebak.
air jernih itu mengalir.
untuk kesekian kalinya.
terus2an mengalir.

selamat tahun baru.
untuk aku terutamanya.
telah berlalu lagi setahun.
berlalu dengan sia2.
lagi.

salam hijrah.
harapan untuk lebih baik.
dari yang sebelumnya.
betul2 maksudkan.
betul2 inginkan.

semoga tahun ini bertambah matang.
semoga tahun ini hati selaras sama akal.
semoga tahun ini berkurang dosa.
semoga tahun ini bertambah bijak.
semoga tahun ini kurang amarah.
semoga tahun ini kekal bahagia.

untuk keluarga tercinta.
untuk sahabat tersayang.
untuk aku.

amin.

Wednesday, December 16, 2009

::.naikLAGI.::


berat aku bertambah lagi.
ya.
dengan sangat jayanya.
ya.
dan aku sangat tidak berbangga dengannya.
adeh.

rase macam sia2 je ape aku wat slame nie.
tapi hakikatnya, salah aku. ya. memang salah aku.
hukhukhuk.
sape suruh? padan muka aku.
huwaa!!!!

takpe.
takpe.
tengokla nanti.
nanti tau.
nanti.
nanti bile tu xtau la.
tapi nanti.
hmmm~~

hait!
u go gurl!
=D

Tuesday, December 15, 2009

::.stronger.::


hopefully today is da beginning of my gud day after all things dat i had faced =)

sebenarnya takde pape pun. cumanya aku punya dalaman makin lemah dan lemah. syaitan pun dok suke la nak kaco. aku pun jadi lembik.

tapi. itu cerita semalam. hari ini dan hari seterusnya, aku nak kuat. sebab aku taw, aku bukan sendiri. aku ada Dia. aku ada family. aku ada kawan2 yang baik. dan aku taw sume2 pun syg aku.

dan kau, kau, kau yang cuba nak porak perandakan kepala aku. yang mahu seliratkan jiwa aku. kau siapa? kau nak apa? memang saja nak kusutkan fikiran aku kan? baik. mari sini. mari aku layankan. kau belum kenal siapa aku.

dan diri aku sendiri. memang amat payah kan mahu berperang sama diri sendiri. sangat mencabar. bilamana terpaksa mengadap segala keinginan2 yang kadang kala tak munasabah. bilamana terpaksa mengadap kenyataan2 yang sering menyakitkan. tapi aku lebih kenal diri aku. aku tahu bagaimana untuk pertahankan diri aku. aku tahu. jadi syaitan, jangan kau dekat untuk memujuk aku. jangan kau hampir untuk menghasut aku. sebab aku taw aku kuat.

maaf.
emosi.

takkan dibiar diri lagi untuk terus2an jahanam. memang tidak akan dibiar. yang lalu akan ku lepas terus berlalu. kenangan pahit dan pengajaran untuk diri aku. biar ia pergi jauh. dan kini. hari ini. saat ini. mahu dijadikan hidup itu lebih makna. akan aku jadikan ia. akan aku. life is so short, so make it sweet.

perlu juga sokongan daripada kamu, kamu, kamu dan kamu. sudikan sokong aku?
;)

Friday, December 11, 2009

::.sepertiDIJANGKA.::


seperti yang ku jangka.
tewas sekali lagi.
menambahkan selirat dijiwa.

off to penang.
mencari sedikit ketenangan.

Thursday, December 10, 2009

::.kau&aku.::


bagaimana rasanya bila kau tersangat faham bahawasanya benda itu adalah salah tapi hati kecil kau telah mula mengatakan; "takpe..." makanya kau teruskan juga melakukan salah itu. kau nampak akibat buruknya. kau arif tentang bahananya. tapi kau degil. tetap mahu didengar kata2 syaitan itu.

dah namanya melakukan benda yang salah, dah tentu2lah di akhirnya akan ada penyesalan. pada masa dan ketika itu, yang hanya termampu adalah membodoh bangangkan diri. dan pada masa itu hati kecil mula mengatakan; "kalaulah...". kau mula menyesali segalanya.

ah! memang dasar kau yang suka menyalahkan yang lain selain diri sendiri. salahnya dari mula dulu adalah kau! kau bijak guna otak membeza bahawa itu adalah salah. tapi kau bodoh memujuk hati membuat penilaian dan keputusan.

akhirnya kau disitu. terperosok disudut itu. merasakan diri sangat jahanam. merasakan diri terlalu jijik. kau malu. kau meratap sesal. serasa mahu mati.

hmm...

kau.
mari sini. mari kedakap aku. mari aku peluk erat. aku mahu bisikkan sesuatu.

kau.
Tuhan Maha Pengampun. Tuhan Maha Penyayang. pergi bersihkan diri. pergi jumpa Tuhan. Dia sentiasa ada.

kau.
bangkit dari silap lalu. bina jati diri baru. hidup perlu terus.

kau.
aku sayang kau. kita saling teramat perlu. mari aku pimpin kau. mari aku dakap kau. bersatu sama aku.

kau adalah aku.
aku adalah kau.

Wednesday, December 9, 2009

::.inginAKU.::


orang kata : "kenapa perlu putus asa? jalan masih jauh. dia gembira, awk nak terus sedih? carilah ganti..."

orang kata : "peluang tak selalu datang. bila ada, grab peluang tu. cuba jalani cinta yang lebih baik."

aku kata : "aku sudah takut mahu cinta. takut terluka lagi."


bila aku fikir kembali, semua itu alasan semata. aku tipu diri aku. aku tipu orang lain. cuma aku ingin peroleh yang ingin hati aku. adakah terlalu tinggi ingin aku? si dia ciri idam aku? memang mahu dibuka hati. memang mahu menerima cinta. aku mahu. aku ingin. tapi mengapa sering yang hadir adalah mereka yang bukan ikhlas cinta aku. yang ikhlas mahu jaga aku. yang ikhlas mahu sayang aku. tapi mereka yang hadir sering punya agenda sendiri. kenapa? adakah tak layak untuk seorang aku yang solatnya rompong sana sini untuk mendapat si dia yang menjaga solatnya? adakah kerana aku likat pekat dosa seluruh jasad maka tidak layak untuk aku si dia yang berilmu agama? aku bukan inginkan si dia yang terlalu sempurna agamanya kerana itu memang tidak layak untuk aku.

aku hanya ingin dibimbing...

Friday, December 4, 2009

::.TENTANGdia.::


aku tak tahu kenapa aku tulis entry ini.

tadi aku terlihat gambar dia bersama teman baru. aku sudah tak kisah. cuma aku tak tahu mengapa mata aku berhenti lama pada wajah dia. sedikit mungkin masih ada rindu jauh terselit didasar hati. wajah yang pernah aku sangat cinta. raut itu ada lembutnya. raut itu ada baiknya. dan dia sendiri. ada baiknya. ada lembutnya.

kami. bermula dengan pantas. berakhir juga dengan pantas.

dulu. aku sangat rasa cinta dia. sayang dia. dan aku yakin. memang itu rasa dia. dan aku sering terfikir. bagaimana rasa sayangnya yang tinggi itu. bagaimana rasa kasihnya yang dalam itu. boleh bertukar maki dan hamun. hanya kerana sekecil2 sebab. aku sebak.

dan akhirnya aku dilepaskan. salah diletakkan dibahu aku. kerana aku ego. kerana aku tak hargai dia. bagaimana lagi hendak aku tunjukkan rasa cinta aku? masih tetap tak terlihat oleh dia. masih kekal salahnya tetap aku. aku menangis.

dia pasti akan ketawa bangga. dia pasti bersorak gembira. bila mengetahui bahawa setelah 6 bulan berlalu, mata ini masih basah kerana dia. mungkin tak semudah dulu. tapi kadang ia mengalir jua.

pernah orang bertanya. masih mahukan dia? jawab aku tidak. memang cinta dan rindu yang dia pernah beri indah. tapi luka yang dia beri sangat perit. sehingga kadang tak tertanggung. makanya, aku cuma mahu ganti dia. yang boleh tolong aku. ubat hati aku. jaga hati aku. tidak dibiar berkecai lagi.

dan kalau boleh.
aku mahukannya sekarang.
boleh?

Thursday, December 3, 2009

::.tentangHATI.::


alhamdulillah. hati aku telah tenang. aku perlu kuat sekarang. aku perlu tenang sekarang. kerana hanya tinggal beberapa hari saja lagi. beberapa hari saja. aku mungkin akan gundah semula. aku mungkin akan down. aku harap hari itu takkan pernah ada. tapi, ini dunia realiti kan? jadi, tidak lagi harus, wajib kena hadap semua itu. walaupun aku tak mahu.

maka hatiku sayang.
kuat!
ape pun jadi.
perlu tabah!
ok?

...hmmm...

pada suatu masa itu aku resah sama perasaan aku. resah sama debaran itu. tapi akhirnya aku berkeputusan mahu senyapkan saja rasa ini. macam bukan aku. biarlah. aku rasa itu adalah yang terbaik. kalau ada, alhamdulillah. kalau tak, aku berserah. sebenarnya sekarang aku memang banyak berserah saja tentang hal ini. kerana aku masih ada keyakinan. akan ada. dia ada. satu masa nanti. satu ketika nanti.

dan tadi. borak sama seorang teman. tanya dia sama siapa aku sekarang. tanya dia tentang scandal baru aku. jawab aku telah tiada. jawab aku zaman itu telah lalu. dia ketawa. dia tak percaya yang aku tak punya siapa2. hatta scandal sekalipun. jawab aku kini mahu seorang suami saja. seorang itu saja. kemudian didoakan aku oleh dia. agar ditemukan yang dikehendak aku. dan aku. hanya mengaminkan. juga mendoakan untuk dia.
=)

Wednesday, December 2, 2009

::.sumthingWRONG.::


diri semakin menjadi jahanam.
ego semakin memuncak tinggi.
kesabaran semakin tipis.
kemarahan semakin mudah meluap.
kenapa begini?
aku tak ingin begini.
aku tak nak.
aku tak mahu.

penatnya membesar.
peritnya bila semakin dewasa.
banyak pertimbangan diri telah hilang.
kenapa begini?
aku tak ingin begini.
aku tak nak.
aku tak mahu.

aku sedang tak stabil.
aku mahu sendiri.
mencari diri aku kembali.

Tuesday, December 1, 2009

::.HEZRIQhazel.::


tiba2 tergerak mahu bercerita tentang seseorang ini.
perkenalan yang tidak disengajakan di kl central tatkala aku sedang sendirian tanpa apa2 setelah dompet dan hp aku dicuri. dikala itu aku hanya memandang kosong train yang berlalu dan dikala itu seseorang duduk selang satu kerusi disebelah aku. pandang sebentar. lihat dia seperti mahu mengatakan sesuatu tapi tidak. aku abai. mengalih pandang pada tingkah manusia di seberang dengan pandangan kosong. dan kemudian...

dia : erm tadi train rawang kan?
aku : haah.
dia : awk nak pergi mana?
aku : sungai buloh.
dia : owh samela. nape awk tak naik train td?
aku : mmg saje lepaskan. (sambil tersenyum)
dia : owh..sy nak kejar train td tapi xsempat lak.
aku : owh yeke..sian awk..(berbalas senyum)

senyap.awkward. aku rasa mahu berborak. aku rasa mahu berkongsi.

aku : awk nak taw satu cite tak.
dia : ape die? (muka kelihatan sedikit kaget)
aku : tadi sy punye dompet ngan hp kne curi kat surau.
dia : yeke.camane leh jadi macam tu? (memberikan reaksi minat utk teruskan perbualan)

kemudian kami semakin rancak bercerita. serba sedikit tentang diri dia. serba sedikit tentang diri aku. banyak yang kami bualkan. seronok. sehinggalah sampai di sungai buloh. ayah tak sampai lagi maka aku terpaksa menunggu.

dia : sy temankan awk sampai ayah awk smpai.
aku : eh, tak payahla. sy ok je. lagipun awk nak kejar bas lagikan. dah pukul brape nie. nnt bas xde.
dia : takpe. nnt sy srh abg sy amek. lagipun bahaya awk sorang2. dahla awk xde pape.

aku akur dan dia menunggu bersama aku. kami berborak lagi sehingga ayah sampai.

dia : nak sy jumpa ayah awk?
aku : ha? erm suka ati..(sedikit terkejut)
dia : oklah, jom jumpa ayah awk sekejap.

menuju ke ayah. dia salam dan berborak sebentar dengan ayah sebelum berlalu. tiba dirumah, aku call dia dan mengucapkan terima kasih kerana meneman. rasa terhutang sama dia. selepas itu, tiada lagi khabar tentang dia. itulah pertama dan terakhir aku jumpa dia.
pada mulanya aku ingat hari itu adalah hari malang aku. tapi ternyata tidak. manis kenangan itu.
=)
tapi sayang. kami dah lost contact. pernah cuba mencari. tapi tak berjaya. biarlah. tapi dia adalah salah satu kenangan manis dalam lipatan hidup aku yang tak mungkin aku lupa.
dia adalah HEZRIQ HAZEL.

Sunday, November 29, 2009

::.aku&sesuatu.::


malam tadi tengok movie dicineleisure. yang terlibat ajan, fairus, min, nein dan ayie bersama 2 org studentnya. perbalahan kecil timbul untuk memilih antara new moon dan ninja assasin. at last, new moon menjadi pilihan sebab ninja assasin dah fully booked. wayang start. slow. takpe. slow lagi. sabar. aksi sket. ok. ending. shit. kesimpulan. tak payah tengok cite nie. bosan. tak payah tengok. boring. jangan dijejak panggung wayang dengan niat nak tengok cite tu. batalkan. kau akan menyesal. tunggu dvd kuar. tak pun tunggu astro kuarkan. ok. rasa2nye dengar org cite pun cukup.

masih mahu menonton wayang. ninja assasin. dan yang akan datang. the princess and the frog. sherlock holmes. dan mungkin. avatar.

...tarik nafas panjang...

ada rasa mahu jauh dari manusia2 yang baru. ada rasa sudah tak mahu rapat sama sape2. rasa cukup sama yang sedia ada rapat. rasa kompleks didalam diri. rasa beban yang ditanggung diri. bagai tak tertanggung. semakin berat apabila berfikir tentang keinginan hati yang telah lama ingin. tapi realiti tidak mungkin akan digapai. aku ingin. sangat inginkan itu. teramat mahu. tapi hakikatnya memang perit. aku harus terima. aku harus pasrah. kerana ini realiti. tiada lagi dongeng aku. mahu terus berfantasi. tapi. tetap harus berdepan dengan kenyataannya. hakikatnya. realitinya. saat ini. yakin aku tentang itu. semakin menipis. kerana aku berfikir secara logik akal. susah untuk aku. bukan putus asa. itu adalah realiti. itu adalah logik. itu adalah nyata. cukup. diam. aku mahu pergi jauh. mahu sendiri. untuk seketika. dan. aku masih percaya. Allah Maha Pengasih. Dia tahu rasa aku. Dia tahu ingin aku. Dia tahu hati aku. hanya Dia yang tahu.


Friday, November 27, 2009

::.SOMETHINGinside.::




When the one thing you’re looking for
Is nowhere to be found
And you back stepping all of your moves
Trying to figure it out
You wanna reach out
You wanna give in
Your head’s wrapped around what’s around the next bend
You wish you could find something warm
'Cause you’re shivering cold

It’s the first thing you see as you open your eyes
The last thing you say as your saying goodbye
Something inside you is crying and driving you on
It’s the first thing you see as you open your eyes
The last thing you say as your saying goodbye
Something inside you is crying and driving you on
'Cause if you hadn't found me
I would have found you
I would have found you

So long you’ve been running in circles
'Round what’s at stake
But now the times come for your feet to stand still in one place

It was your first taste of love
Living upon what you had

It’s the first thing you see as you open your eyes
The last thing you say as your saying goodbye
Something inside you is crying and driving you on
'Cause if you hadn't found me
I would have found you
I would have found you

something inside by jonathan rhys meyers~~

suka mata die yang akan hilang bila dia senyum. suka suara jantan dia. suka karekter dia. suka dia. suka dia. suka dia=)))

lagu nie adalah ost august rush. cite dia menarik n agak touching. aku suka cite die. aku suka lagu2 die. aku suka. aku suka=))

aku rasa sesuatu
dan aku mahu diam perhatikan
boleh kan?
=)

Wednesday, November 25, 2009

::.me&you.::




aku bosan. maka aku hasilkan ini. detik2 manis. saat2 gelak tawa aku bersama famili dan teman terchenta. kenangan terindah aku. seperti mahu putar kembali masa. pada setiap saat ketika itu. kerana sungguh aku merasakan kebahagiaannya. indah.
=)

Tuesday, November 24, 2009

::.deritaMERINDU.::

kau katakan cinta gunakan akal
bila aku gunakan, kau yang menyangkal
bagaimana nak kekal?
kau katakan cinta gunakan minda
bila aku gunakan, kau yang tak percaya
bagaimana nak bahagia?

maafmu tak bererti, kau mudah sesali
berulang kali telah kau mungkiri
manis mulut berjanji terpedaya lagi
menanti biar terus didustai

kaulah bahagia bagiku
kaulah derita bagimu
esok lusamu
tak ku kenal lagi engkau siapa


dan aku cuba sedaya upaya
telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
bagaimana ingin aku membencimu
jikalau setiap hari merindu
sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia
aku pilih derita

mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
akan ku biar tiada ku tetap kan setia
entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
esok seperti semalaman yang tak berubah


kaulah tanda tanya..kau tiada titik noktah
ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula


seandainya kau berada di depan mata
mudah untuk aku berkata-kata
supaya dapatku melihat seraut wajahmu
walaupun belum tentu kau mahu bertemu
apalagi memandangku
setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan
aku masih terkilan

jika kau dapat memahami hati seorang perindu
baru kau tahu derita hatiku
jika suatu hari nanti giliran kau merindu
baru kau ingat derita diriku
segala yang berlaku bukan kemahuanku
apa gunanya bahgia
jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
aku pilih derita merinduimu


song by ahli fiqir derita merindu~~


bila aku amati bait2 lirik lagu ni aku teringat tentang kisah cinta lama aku. lagi. bagai mengisah tentang rasa aku pada suatu ketika itu. begitulah yang aku rasa. macam sampah. dan tadi, aku terjumpa satu folder gambar2 dia lalu ditransfer ke recycle bin semuanya. habis tamat segala tentang kami.


Monday, November 23, 2009

::.DIAyangAKUmahu.::


alkisah si dia yang bagaimana aku mahukan. hanya keinginan. tidak wajib untuk dapat, hanya sekadar ingin hati kecil aku~~

pertama, aku mahu dia yang bisa terima aku seadanya aku. sungguh aku banyak kurang jauh untuk sempurna.

kedua, aku mahu dia yang punya ilmu agama yang bisa bimbing aku.

ketiga, aku mahu dia yang tidak akan membuat mata aku basah.

keempat, aku mahu dia yang bisa sentiasa buat aku senyum dan ketawa.

kelima, aku mahu dia yang punya seni. sungguh aku cemburu sama mereka yang berseni itu.

...jap...

dan pernah aku bertanya sama ibu. suami untuk aku yang bagaimana dia mahukan?

kata ibu, biarlah yang ada agama. boleh bimbing.

kata ibu, biarlah yang ada harta. tak perlu kaya raya. yang penting mampu.

kata ibu, biarlah yang pandai bergaul. macam cik asim. tak banyak cakap, tak kurang cakap.

kata ibu, hensem itu bonus.

kata aku,
hehehe.
beriye je kan?
macam dah gatal sangat nak kawen.
;)

Friday, November 20, 2009

::.janganKAUhenti.::


selamat bersendirian~~

sangat pathetic ayat tu kan bila diungkap dikala kita mahu berteman tapi ditinggal bersendirian?
memang kesian~~

tapi dari sudut lainnya, sebenarnya kita memang perlu ruang untuk bersendirian. sebabnya, dengan bersendirian itu kita dapat mengenali lebih tentang diri kita yang selalu terabai dek kerana sibuk untuk mengenali dan memahami orang lain. makanya, tiada salah untuk bersendirian.
lagipun, mati nanti, sendiri jugak kan?

.....................................................................................

untuk my mr future yang tidak ku tahu siapa~~

jangan kau henti by qi razali

jangan ditangiskan semua yang berlalu
kini ku harapkan
janji2mu biar ia berlalu
semua yang ku tunggu
hati berubah kecewa selalu
jangan kau henti
mencariku kekasih
biar raut wajahku tak kau kenali
adakah aku bersalah
membiarkan kau pergi
segala rasa kini tinggal kenangan
jangan kau henti
merinduiku kekasih
biar cinta yang palsu datang dan pergi
jangan kau henti
kerna ku pasti
takkan henti menantimu sayang...

Tuesday, November 17, 2009

::.HOLIDAYaku.::

lama meninggalkan sini. banyak hendak dikata cuma tiada sempat. akhirnya malam ini aku kembali disini meluah kata hati atau mungkin lebih tepat hanya untuk bercerita.

mahu dikisahkan bahawasanya final exam aku untuk sem nie adalah sgt2 sux! dan sesungguhnya aku sangat takut pada ketika ini.bagaimana akhirnya? aku mahu menangis lagi=(

makanya selesai final exam aku berangkat pulang ke kampung halaman dan meneruskan hidup aku. berada dirumah aku kan lebih tenang.

aktiviti pertama dihari cutiku:
tolong ibu di kantin bersama jejaka2 yang perasan diigau oleh para gadis. sangat penat. enjoy? boleyla~~

aktiviti kedua dihari cutiku:
merasmikan kereta baru ejai. saga putih. WTF 19__. berjalan2 ditempat kenangan. pantai remis.



aktiviti ketiga dihari cutiku:
berjimba bersama shah, min, angah n sasz di da curve. konon nak tengok wayang. dapat berita, sangat ramai umat dan 2012 dah sold out. cancel. pegi makan ditempat yang direkomen dek sasz. name tempat, lupe. tapi laksa die mmg sgt sedap. pastu jalan2 pusing amek gambar. sambar sepasang kasut vincci yang telah di'less'kan 50%. balik. singgah mcd. makan aiskrim. makan burger. sangat kenyang. balik.



aktiviti keempat dihari cutiku:
tiada dalam rancangan. tengok rally disepang. jalan yang lecak. mencabar. best. hujan turun renyai2. jatuh. seluar kotor. program selesai. pulang. singgah tesco. shopping. balik. letih. tido. tak sempat update blog lagi~~



aktiviti kelima dihari cutiku:
girls day out. meronggeng bersama yuna, coh, tqah dan izan. marathon wayang. sangat best. sangat enjoy. terkilan. tak sempat beli kasut. kol11 lebey sampai umah. tdo.




aktiviti keenam dihari cutiku:
takde lagi. will be updated soon.

haih~~now dah kene flu. dok merayap jer. memang tak tough. adeh!

Thursday, October 29, 2009

::.JIWAitu.::


hampir saja jiwa
terlepas dari genggaman
hampir saja hilang jiwa
yang telah kontang diteguk

mujur sempat sedar
mujur sempat jaga

dirangkul kembali jiwa itu
kejab!
tidak akan dibiar lepas

akan ditatang jiwa itu
akan diisi jiwa itu kembali penuh
tidak akan dibiar dihanyut lemah
oleh hasut si syaitan
tidak akan dibiar goyah
dimain si sial

Friday, October 23, 2009

::.TINGGALaku.::


tiba2 bibir terkunci
tiba2 jiwa kosong
tiba2 hati sangat sayu
tiba2 mata rasa basah

tiba2 terasa seperti semua mahu meninggalkan
tiba2 terasa seperti semua mahu pergi jauh
tiba2 terasa semakin sunyi

tolong kamu semua jangan tinggal aku
mari sini sebelah aku
teman aku bicara
teman aku bercanda

peluk aku semua usah lepas
rangkul aku semua usah regang
aku mahu terus bersama kamu
aku mahu tetap disisi kamu
wahai sahabat...

Sunday, October 18, 2009

::.MASIHada.::


semua cakap sudahlah
semua bilang cukuplah
tapi jawab aku biarlah
tapi balas aku tak mengapa
kerana kukira rasa dijiwa telah kuat
tanpa sedar masih ada lemah

tapi memang begitulah adanya aku
bila telah datang degilnya
tetap dimahunya
seribu satu alasan dicipta
sejuta kata ditutur
agar kepuasan dirasa
yang akhirnya tetap merobek jiwa

matahariku yang kelam.
aku mahu jumpa kau lagi yang terang.
tolongla...
hadirlah dalam mimpiku lagi.
=(

Friday, October 16, 2009

::.jatuhCINTAlagi.::


disuasana kelam itu.
hati aku berdebar.
rasa itu.
rasa yang aku rindu itu.
telah kembali pada aku.
rasa cinta pada insan gagah.
indah.
manis.

kata dia.
senyum dia.
jenaka dia.
segalanya tentang dia.
bikin jantung berdegup kencang.
indah.
manis.

saat itu.
aku rasa sayang dia pada aku.
aku rasa cinta aku pada dia.
rasa kami saling melengkapi.
indah.
manis.

tiba2...

dia hilang dari pandang.
dia lenyap dari khayalan.
aku tersentak.
aku terkesima.
sedih.
sunyi.

aku telah jaga dari mimpi indah itu.
yang tinggal hanya ingatan.
kenangan sekejap antara kami.

mungkinkah kita akan ketemu lagi?

Friday, October 9, 2009

::.mahuAKU.::



ada insan gagah mahu sayang aku.
ada insan gagah mahu cinta aku.
ya.
memang aku mahu disayang.
memang aku mahu dicinta.
kerana rasanya amat manis.
sungguh.
ia bisa buat kamu senyum sendiri.
ia bisa buat kamu ketawa sendiri.
tapi.
aku masih tak punya rasa.
aku masih takut.
aku masih keliru.
adakah dia?
benarkah dia?

...............silent................

jadi bagaimana?

Tuesday, October 6, 2009

Draft Oct 6, 2009 0211am

hati kosong
jiwa terapung

Saturday, October 3, 2009

::.dia.::



Tuhan

aku sudah penat
bermain

Tuhan
aku sudah lelah
keliru

aku mahu dia Tuhan
hanya seorang dia
disisi aku
dihati aku
dicinta aku

mana dia Tuhan?
andai bisa kau tunjukkan dia pada aku sekarang
andai bisa aku jadi suri hidupnya tanpa ragu sekarang
andai bisa dia jadi segalanya untuk aku sekarang

temukan aku dengan seorang dia Tuhan
yang cinta aku
yang jaga aku
yang bimbing aku
hanya dia Tuhan



Wednesday, September 30, 2009

::.GOSSIPing.::


dalam kelas ctu 592
usai test...
(paper masih tak anto lagi tu, ustaz sirajuddin siswadi putra bersuara...)


ustaz : jaja, saya ade berita gembira untuk kamu (sambil tersengeh2)

aku : ape die ustaz? (wat2 muka konon sangat excited)

ustaz : en. zul cakap, kalau student ustaz nak kawan ngan saya boleh je..tapi kawan je la...macam mane jaja?(maseh tersengeh2)

aku : eh,boleh je ustaz...saya pun nak kawan je... (sengah2 wat2 segan depan ustaz)

ustaz :
saya ade satu lagi berita nie...(maseh menyengeh)

aku :
ape die ustaz? (wat2 muke excited + curious)

ustaz : en. zul dah bertunang (sengeh lagi)

aku :
(terdiam tak terkata, serasa senyum bagai terpaksa)


few second later....


aku : ohhh...bile die kawen ustaz?(cube untuk senyum)

ustaz :
cuti sekolah tahun depan(sengeh lagi)

aku :
ohhh...(wat2 bz)

ustaz : awak ok jaja?(maseh meleret)

aku : saya ok je ustaz.saya redha. saya boleh terima kenyataan.(cuba senyum seikhlas mungkin)

ustaz :
alhamdulillah...saya takut je awak tak boleh terima kenyataan tadi...(sengeh + gelak mengejek)


*silent*

hati tiba2 sayu.
hati tiba2 termangu.
tiba2 rasa sedikit kecewa.
tiba2 rasa senyum palsu.
kenapa?

aku tak kenal dia.

jauh sekali cinta dia.
admire dia?
sungguh!

langsung tidak.
mungkin cuma aku cemburu.

orang keliling aku telah temu bahagia.

sedang aku masih meraba bahagia.
bukan aku tak mahu mereka bahagia.
sumpah tak!
cuma kadang2 hati dicuit cemburu.
selebihnya...

aku gembira mereka bahagia.

sungguh.
ikhlas.
(",)



HAHAHAHA...

adoila~~
ustaz aku ni. ade ke digosipnye aku dengan en.zul hatta tu. siap cakap ngan en.zul lagi tu. memang kelakar. aku pun suke dok layan ustaz aku tu. ustaz kesayangan la katakan ;) claz ctu kita memang kelakar kan kawan2. pasni sunyi sketla claz kita tanpa gosip aku ngan en.zul. hehehe~~

*actually, kisah kat atas banyak yang aku tokok tambah.hee~~~

Tuesday, September 29, 2009

::.mimpi.::



Sahabat.
Layak ke untuk aku gelar kamu itu.
Sedang kamu telah buang aku dari hidup kamu.
Jadi, apa layaknya gelar untuk kamu?
Sial?
Bajingan?
Bukan aku untuk gelar orang begitu.

Hmmm...

Patutnya aku juga telah buang kamu jauh dari hidup aku.
Tapi bagaimana harus aku?
Masih teringat.
Masih terkenang.
Masih termimpi.

Malam kelmarin aku mimpi kamu.
Kita borak baik walau tak mesra.
Dan aku berkeputusan untuk tunggu kamu.
Mimpi bodoh.

Apa rasionalnya aku untuk tunggu kamu?
Sedang kamu awal2 lagi sudah ada ganti aku.

Hati mahu cari ganti kamu.
Hati mahu rasa bahagia cinta macam dulu.
Tapi hati masih tak mampu.
Nanti2lah.
=)

Saturday, September 26, 2009

::.LASTciteRAYA.::


syawal ke-7

kisah semalam.

petang.
masak laksa johor. ibu buat lasagna. jamu kawan2 nein dan jugak kawan2 aku.
yang hadir : k.fila, k.su, acap, min, ejai, sasz dan .....
yang tak disangka hadir.
abang aku. dulu dan kini. apis. sangat rindu dia. lame xjmpe. tembam lagi. rambut karat. tapi masa cemburu kami. kami dapat bersama hanya sekejap. tak puas bergurau. tak puas bermanja.
=(
tapi, cukupla. dari takde kan?ntah bile jumpe lagi. hmmm~~~

malam.
shah datang. fairus datang. min masih tak balik2. makan lasagna. main mercun. main bunga api. kasi abes sume stok yang ade. seronok. kelakar. bahagia.
=)
tak sangka kawan2 aku takut mercun. hahahaha~~~
abes cite raya.esok balik shah alam. sangat malas.

........
........
........

aku takut aku terjatuh cinta....
aih~~~

Friday, September 25, 2009

::.mulaTERASA.::



syawal ke-6

suasana dah tak raya. ramai yang dah abes cuti. ramai yang dah mula kerja. rumah dah mula sunyi. tak seronok. si kecil2 yang nakal sudah pulang. sunyi. tak suka.

begitu juga family day tempoh hari. paginya sesak dengan saudara dekat jauh. kecoh. kabut. malamnya tinggal cik yatim sekeluarga. sunyi. sepi. tak suka.

tapi, sume tu adatkan. memang slalunya akan begitu. setiap perkara akan ada lawannya. aku harus biasa. tak semua kekal. tak semua milik kita. tapi juga harus percaya. setiap yang hilang ada gantinya. setiap yang jadi ada hikmahnya.
hmmm~~~

hari raya. hanya inilah ketikanya kita berkumpul. beramai. bermesra. setelah sekian lama terpisah dek tanggungjawab masing2.
hmm...
masih berjiwa rupanya aku. tapi sayang. aku sudah terlepas saat berharga di awal syawal. aku biarkan ia berlalu tanpa kemanisan. gambar pun tak banyak. kesal yang tiada guna.
aih~~
bodoh.
ngade2.
padan muka aku.

Thursday, September 24, 2009

::.KAWANsembunyi2.::


kawan sembunyi2.

matt.

dia adalah kawan sembunyi2 aku. kawan yang aku tak pernah jumpa untuk tempoh lebih kurang 5tahun sejak kenal kami. tak pernah menatap mata ke mata. hanya berganti gambar. kawan yang tidak sentiasa ada untuk aku. tapi bila dia ada, sentiasa buat aku senyum. bila dia ada, sentiasa mahu dengar cerita aku. bila dia ada, sentiasa sokong aku.

kata dia. manis. bahasa dia. baik. bisa bikin cair hati. tidak lekang suruh aku jaga diri. kadang2 panggil aku princess. gurau dia. nasihat dia. sungguh. kadang2 aku terharu.

hubung kami hanya handphone. sms. jarang skali untuk berbual. hanya sekadar sms. juga tidak kerap. tapi mungkin kerana ikhlasnya hati kami untuk berkawan. makanya kami masih lagi kawan sampai kini. walaupun hanya sembunyi2.

terima kasih teman. terima kasih sahabat. hadir dalam hidup aku. buat aku ketawa. buat aku senyum. tatkala baca bait2 sms dari kamu. terima kasih masih jadi sahabat aku. terima kasih sayang aku. terima kasih rindu aku. kamu adalah salah seorang sahabat terbaik aku. kamu adalah salah seorang yang berharga dalam hidup aku. doaku moga kekal hubung kita.
insyaAllah~~
=))

Tuesday, September 22, 2009

::.RAYAtiadaJIWA.::




Syawal yang ke-3.

malam tadi, satu lagi memori dicipta.takde ape sangat.cumanya mungkin sebab aku yang tengah takde jiwa raya nie menganggapnya sebagai salah satu kenangan yang agak manis dalam lipatan hidup aku. salah satu kenangan yang ada untuk aku ingat untuk raya tahun ni. main mercun + bunga api ngan nein,ayie,ajan,peah n si kecik fitri yang keletahnya sering buat kami semua ketawa.

hari ni dah masuk raya yang ke-3.bagi orang lain, mereka sibuk fikir mana lagi rumah yang hendak diserbu.aku?masih kekal di rumah ni tak berjalan kemana.untuk raya pertama dan kedua, aku hanya dibilik bersama kakak aku siapkan mugs2 untuk family day.at first macam seronok.bila masuk hari ni aku rasa rugi. untuk hari raya yang mana aku patut gembira jumpa sedara mara, patut seronok berjalan2 tapi aku hanya disini.macam takde life pun ade.aih~~

arini akan sibuk untuk set up untuk family day esok. esok pun bakal sibuk ngan family day.

org kata : "bestnya ade family day!" sambil senyum kononnya kagum.
aku kata : "bosan~~" sambil senyum paksa.

tapi mungkin family day tahun ni best kot.sebab kami yang jadi tuan rumah.ade jiwa sket kot aku.ntah.mungkin.

hmm~~

memangla aku takde jiwa nak beraya.tapi bila aku fikir balik, kalau aku buat apa yang sepatutnya orang buat mase raya, mungkin tak banyak, sikit, jiwa raya aku akan datang.mungkinlah.

bilanya ntah aku nak berjalan raya.aih~~

nape raya aku tak macam orang lain?
tiba2 macam sedey~~
:(

Monday, September 21, 2009

::.welcomeSYAWAL.::



Cepat masa berlalu.
Ramadhan dah berakhir.
aku?masih begini adanya.sayang.aku rasakan ramadhan aku berlalu sia2 je.tidak aku gunakan sebaik2nya.memang sayang.

Semalam 1 Syawal telah berlalu
Perasaan.
Kosong.
Sebelum raya aritu lagi memang xde perasaan excited langsung nak beraya.cumanya, aku nak baju raya je.lain2 aku xde jiwa.kenapa?adakah mungkin sbb aku dah makin besar makanya aku begini? tapi aku tengok kwn2 aku excited je nak raya.
hmm...
ntah.
xde jawapan.

termenung~~~

seronoknya zaman kecik2 dulu kan?

Sunday, September 13, 2009

::.mencariKESEMPURNAAN.::



sempurna.
semua orang mahu menjadi sempurna. semua orang mahu dapat yang sempurna. jelasnya, semua inginkan kesempurnaan. cuma bagi setiap individu, konteks dan pandangan sempurna adalah berbeza.

satu masa dulu. pernah aku jatuh cinta pada seseorang yang aku anggap sempurna dimata aku. ingin aku lepaskan dirinya pada mulanya. sebab aku takut. tapi aku cinta dia. jadi bagaimana? tetap aku teruskan rasa cinta itu. menyulam kasih, menganyam cinta. sangat indah.

perlahan aku berubah. cuba menjadi sempurna. seperti ingin dia. kenapa? sebab sayang. lagipun, menjadi sempurna bukan sesuatu yang buruk. untuk aku menjadi lebih bagus. ok la tu kan? cumanya, perlahan-lahan aku jadi bukan aku. jujurnya, aku rasa sebuah tekanan untuk kesempurnaan itu. aku rasa sesak. kerana konteks sempurna aku tidak sama dengan konteks sempurna dia. tapi masih tetap aku mencuba. tapi masih tak terlihat oleh dia.

sehinggalah pada satu ketika terlerai ikatan cinta kami. sangat sedih. tapi tidak mengapa. mungkin ada hikmah disebaliknya. dan salah satu daripadanya, aku masih boleh jadi diri sendiri. mencari kesempurnaan diri aku sendiri. dengan versi aku sendiri.

pergilah kamu. semoga kamu ketemu insan yang kamu impi. tetap aku disini. mungkin tak sentiasa tapi masih akan, doa untuk kebahagiaan kamu. diharap kamu pun sama ya?=)


kenangan~~


* entri ini aku tulis selepas membaca kisah ms sempoi yang sudah tawar hati dengan mr.sempurna yang ingin dia menjadi mrs.sempurna. susah sayang. terimalah dia seadanya dia sebagaimana dia menerima diri kamu.


Saturday, September 12, 2009

::.EDITmengedit.::



hari ni masa abes dengan edit gambar.
puas.
lama dah nak wat.
baru arini dapat wat.
abes sume keje lain terbengkalai.
takpe.
nanti aku watla.
lalalala~~~

=)


adik, aku, kakak & adik.

clazmate aku untuk 3thn nie.


aku.

dan lagi aku.


wajiblah untuk sume2 gambar tu ade muke aku.
dah aku yang edit kan?
so.
jangan muntah ijau k.
hehehe~~~

;)

Friday, September 11, 2009

::.PESANANseseorang.::



terimalah.

dia tak pernah nakkan kau.
dia sekarang dah ada org lain.
dia dah lama tak nak kau.
dia cuma nak main2.

tapi tidak.

kau tolak untuk percaya.
kau rasa kau lebih kenal dia.
kau tahu dia siapa.
kau benci orang semua.

berhentilah.

siapa yang kau bohong selain engkau sendiri.
dia tidak cari engkau
dia tidak peduli engkau
dia sudah lama pergi

cuma kau degil untuk memancang nisan.
sampai bila.

pecah suria pagi adalah selepas segelap2 malam.
maka harung sahaja runcing beku gelita.
mana ada kesepian yang tidak lama?
sesaat dalam siksa tak pernah setimpal dengan seribu hari bahagia.

kerana masa itu ilusi.
sepintas untuk yang menunggu.
seabad untuk yang tak mahu.

benar. hidup ini kejam. benar. tidak aku diadilkan. benar.
tapi yang ini benar juga:

betapa mudah kita membiar jiwa hancur.
sedangkan dari kecil ditatang mak ayah.
betapa mudah kita membiar diri ranap.
sedangkan dari kecil dijulang tak sudah.

betapa murah.

kalaulah tahu mak ayah.
kalaulah tahu betapa kita tak sudah2
membiar jiwa dan diri jadi murah dan mudah.

kalaulah.
pasti hancur dan ranap
seorang mak
seorang ayah.

entri ini adalah untuk mereka2 yang hidup dengan penafian.
ditulis dengan jujur, semoga didengarkan.

FYNNjamal

................................................................................................

aku kata :

Tiada salah melainkan benar apa yang dikata.
Kita hancur hanya kerana seseorang yang baru sedetik kita kenal.
Memang tidak berakal.
Kasihan ibu ayah...

Renung2kan~~~
=)

Thursday, September 10, 2009

::.insanGAGAH.::



Hati aku sebal
Jiwa aku bengang
Mengapa perlu laku kau begitu?
Mengapa perlu bicara kau begitu?
Ada apa dimindamu ya?

Wahai makhluk Allah yang gagah
Sungguh aku bosan
Sungguh aku mual
Dengan sikap kau yang begitu

Tidak salah kiranya kau mengagumi
Mungkin kerana kau tak miliki apa yang aku punya
Maka jadinya kau begitu?
Mungkin...

Tapi insan gagah
Layaknya gagah kau untuk melindungi yang lemah
Tapi kenapa kau ingin merosakkan yang tak berdaya itu?
Kenapa kau biarkan nafsu itu beraja dalam diri?

Bukan aku benci kau si insan gagah
Jauh sekali ingin menghakimi kau
Sedang diri aku masih jauh solehahnya
Masih banyak jahatnya...

Hanya aku muak
Muak mengenali insan gagah
Yang hanya itu difikirannya
Yang hanya itu diiginkannya...

Tapi...
Tidak semua
Hanya segelintir...