Sunday, February 27, 2011

tentang rasa yang dirasa


bibir seakan terkunci tatkala mendengar satu pengakuan. cuba dilagakkan biasa, agar tidak terperasankan tentang debar didada. nyata selama ini telahan hati aku tidak menipu. sungguh benar apa yang dirasa. aku bermonolog sendiri. diam2 aku panjat syukur. tidak diluah sebelum ketika ini. Tuhan Maha Mengetahui tentang segalanya. telah diatur yang sebaiknya untuk semua hambanya. kamu wajar mendapat yang terbaik. memang yang terbaik adalah untuk kamu. dan untuk aku, alhamdulillah. baik2 semuanya. akan aku harung apa jua segala, insyaAllah. biar apa pun yang akan berlaku dan peroleh, akan ku kira sebagai rezeki dan yang tidak akan ku kira punya hikmah disebaliknya. sentiasa dimohon oleh aku agar tetap tabah dan kuat untuk segalanya. dan tidak akan mati sebelum masanya.

:)

Saturday, February 26, 2011

hadap selagi mampu


pernah seorang dua saudara dan juga sahabat bertanyakan tentang masalah cinta yang mereka sedang harungi. jujur kalau ditanya pada hati dalam aku, aku akan suruh mereka pergi, lepas, tinggal dan berhenti menjadi bodoh kerana mereka2. ini kerana aku tidak mahu melihat kamu2 diluka jiwanya. kerana aku pernah hadap. dan ianya sangat pedih. dan aku tidak mahu sayang2 aku sakit. itu memang jawapan hati aku. tapi, rata2 jawapan yang akan keluar dari mulut aku adalah, hadap selagi mana kamu mampu dan percaya. kerana aku percaya, biarlah aku senaraikan seratus perilaku buruk mereka2, tetap kamu2 akan mencari satu kebaikan mereka2. kerana hati sedang sayang. kerana hati sedang cinta. kewarasan akal akan jatuh ditempat kedua. makanya, aku suruh kamu2 hadap. disuatu ketika nanti, kamu2 sendiri yang akan membuat keputusan.

makanya, begitu juga nasihat yang aku beri pada diri. biar aku hadap segala apa yang kudrat hati aku mampu. yang penting, setiap pagi aku wajib bangun selagi nyawa berhuni didalam jasad. biarpun sehancur mana yang aku rasa.



* women change for one of two reasons:
1. they have learned a lot OR
2. they have been hurt too many times - azreel azhar


Thursday, February 24, 2011

sabar


adakah memang aku yang tidak punya kesabaran?

untuk perkara yang sebegini, bagaimana harus laku aku lagi? untuk dibiar segala dan mengikut segala. tapi, aku juga punya perasaan. kerana perasaan aku yang kuat itulah maka lahir laku aku begini. aku yakin, siapa2 yang mengalami juga akan merasakan yang sama. akan berperilaku yang sama. sekarang aku tak pasti untuk apa sebenarnya airmata ini mengalir. sedih. kecewa. letih. segalanya. yang pastinya, bukan untuk kegembiraan.

haruskah untuk aku terus bersabar?
atau terus berlalu tanpa kata?

Sunday, February 20, 2011

aku


aku sekarang:


sedang meniti hari sama seperti mereka2 yang pernah aku benci kata jelik perangai mereka. perlahan aku sedang jadi seperti mereka2. malah, mungkin lebih dari mereka2.
sungguh, Tuhan memang sangat adil.
untuk kamu2 yang pernah aku kata. maaf aku pohonkan dari hati yang terdalam. maaf.


bila aku sering kalah sama musuh aku, diam2 pernah aku harap untuk dimatikan sahaja aku.


adakah mungkin untuk aku perbetulkan kembali segala pincang jalan hidup aku?


peperangan yang entah-bila-akan-sudah.

Tuesday, February 15, 2011

cinta jauh


aku pergi saat cinta sarat didada

melepas segala bahagia yang ada

dengan harapan ia akan selamanya

hingga ke hari tua, hingga ke syurga

Saturday, February 12, 2011

be tough


kamu gagah kan?
kamu pernah hadap yang lebih teruk kan?
kuatla sayang.
semua ini dugaan.
biar sakit, biar perit.
senyumlah.
usah menangis lagi.
insyaAllah kamu akan baik2 saja.

:)

Friday, February 11, 2011

learn to live half alive



air mata masih tidak mahu mengering. akal sudah tidak dapat berfikir apa yang sewajarnya. maka, dia terus sendiri bersama dunianya. hendak dibawa diri jauh tidak tahu ke mana. kekecewaan tidak pernah jemu menziarahi dia. dalam hati diam2 dia doa. agar tidak ditarik perasaan2 yang dia punya. tidak dimatikan jiwa yang dia punya. kerana apa yang dirasa dia kini, kosong. dia tidak mahu menjadi manusia tanpa perasaan. tidak pernah diingin dia.

Tuhan, tolong terus diberi kuat untuk dia menghadap kekecewaan yang sering hadir bertamu.
Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk dia.

Monday, February 7, 2011

selamat diijab kabul

demi terlafaznya akad
sah dia milikmu
senyumku di sulam sebak
bukan tidak gembira kau bahagia
cumanya
aku rasakan sedikit kehilangan

tahniah sahabat
selamat melangkah ke alam baru
didoakan kalian bahagia hingga ke syurga
amin
:)

Saturday, February 5, 2011

when my soul die


benda yang ditakuti sedang mengintai2 ruang untuk menampakkan diri. sedikit sebanyak, tanda2 yang dulunya sedang kembali. hendak aku tegaskan dalam hati, hendak aku percayakan dalam diri bahawa sejarah lama tidak mungkin akan berulang. tapi tetapnya, siapa aku? dirompong solat aku, aku mohon diberikan petunjuk untuk itu. dijauhkan atau didekatkan. sejarah lama masih tak mampu mengajar aku. makanya, segala kemungkinan yang akan mungkin, aku akan hadap. aku perlu hadap. sambil membodohkan diri sendiri. sambil membenci diri sendiri.

bila airmata mahu kering?
bila hati mahu tenang?
bila hendak berhenti memalit dosa?

:(