Sunday, July 29, 2012

sikit rindu

aku tengah rindu. walaupun secebis cuma, aku yakin ini rindu. bukan cinta, tapi aku sayang. macam mimpi bilamana apa yang aku bayang menjadi nyata satu persatu. pasti ada hikmah yang tertulis disebalik semua yang berlaku. aku sedang cuba mencari menunggu hikmah yang tersembunyi. aku hargai sayang yang diberi. kerana setelah hampir 26 tahun aku bernafas, aku tahu yang bukan senang2 untuk orang sayang kita terutamanya aku yang tak punya apa. aku tak baik. aku tak cantik. aku tak kaya. aku tak bijak.aku tak kelakar. aku tak punya lebih apa2 pada pandang aku sendiri. tapi Allah berikan tiap pandangan orang itu berbeza dan aku tak pernah tahu apa yang dilihat oleh orang2 keliling aku pada aku yang buat mereka2 yang sebilangan ini masih mahu kekal disisi aku. kerana itu aku sangat menghargai mereka2 yang jujur ikhlas sayang dan terima aku apa adanya. kerana aku tahu bagaimana susahnya berusaha untuk membuat orang sayang kita tanpa sebarang kelebihan dari pihak kita. bukan perkara mudah. lagi2 aku yang punya perangai gila meroyan tak stabil. kerana itu aku sangat2 menghargai mereka2 yang menyayangi aku tanpa syarat. aku tahu, ucapan terima kasih tak mencukupi untuk menzahirkan rasa terharu aku pada mereka2 yang tiada pertalian darah dengan aku menerima aku apa adanya. tapi cuma itu yang aku mampu ungkapkan. terima kasih dari lubuk paling dalam aku ucapkan untuk kamu2 yang masih kekal tahan dengan fiil aku.

terima kasih juga untuk kamu.

sebenarnya ada sedikit rindu.

Sunday, July 15, 2012

doa senyap

perjalanan hidup aku sekarang sedang meniti waktu2 dimana hajat aku dimakbulkan satu demi satu. sekali termakbul, aku senyum syukur. kali kedua termakbul, sekali lagi senyum syukur. kali ketiga termakbul, aku sudah mula takut. aku sudah malu. betapa sempurnanya cacat cela aku pada Dia, masih Dia mahu perkenankan doa2 aku. 

dan tentang seperkara ini yang aku pernah sekadar angankan sedang berlaku satu babak demi satu babak. yang pernah angan itu aku sendiri tepis dan kata pada diri, itu tak akan mungkin. tetapi betapa besarnya kuasa Dia. jika itu hendak Dia, maka akan jadilah ia. cumanya aku tak pasti adakah memang sudah ini tetap Dia atau satu lagi ujian untuk aku? terlalu sukar untuk menentukan. aku jalani hari2 dengan perasaan gundah yang tak pernah henti. takut. teruja. terharu. gembira. semuanya bergaul menjadi satu. 

bila dikenang momen itu, manis. perkara yang berlaku tak terduga sesungguhnya akan melonjakkan paras adrenalin seseorang. menjadikan seseorang seperti aku ini excited berdebar tak tentu. tersenyum tersipu sendiri2. persis si gila lagaknya. seminggu dua macam bergelumang dalam gula kapas. manis. masuk minggu yang ketiga perasaan mula surut. alasan? tak pasti. mungkin telah ditegur realiti bahawasanya besar jurangnya. serasa seperti tidak akan mungkin. mula dijarakkan segala harapan2 yang akan mungkin demi mengelakkan ada pihak yang terluka nantinya. walaupun pertikaian demi pertikaian dihujahkan, tidak akan memungkinkan untuk mendapat satu jawapan yang tepat. cumanya aku percaya,jika memang telah tertulis di Loh Mahfuz sana, Dia akan memudahkan jalannya kan? walau besar mana pun dugaan cabarannya nanti.