Friday, October 29, 2010

bakteria hati


letih mahu membeza2 hidup. letih mahu mengeluh itu ini. kita semua makhluk yang sama dicipta Dia. lebih mereka adalah rezeki mereka. kurang kita, mungkin belum masa untuk kita. bisikan seringkali menghasut untuk kita berperasaan hasad. dengki sama lebih mereka. senyum sinis sama jatuh mereka. dasar manusia.

kita tidak akan mungkin dapat menjangka bagaimana masa depan kita. apatah lagi milik orang lain. bahagia mereka, sengsara mereka bukan dalam logik akal pemikiran kita. bukan dalam firasat hati kita. setiap kita punya rancangan tersendiri demi masa hadapan masing2. tetapi, setiap rancangan yang digubah, tetap Dia yang akan menentukan segala. Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Dia yang mengerti mampu mana kita menghadap kejam dunia. tetapnya, kita perlulah berusaha. usah diserah segala. kemudian baru tawakal dan redha. kan?


* mahu aku bisikkan kalimat ini setiap pagi didalam hati. biar nyah segala rasa hasad yang menjadi bakteria dalam hati.

Tuesday, October 26, 2010

tahniah jantan terhebat


kau memang hebat kan jantan?

sudah diujar usah sentuh
tetap dipujuk dirayu
seribu janji ditabur
penuh sabar penuh manis
tetap mahu tetap ingin
meratah mamah segala

bila kau dapat, bila kau tidak
pengakhirannya tetap akan sama
kau akan tuding jari salah pada dia
sedangkan kau?
sikit pun tak bersalah
kau kan suci
kau kan naif

lantas aku senyum tepuk tangan
aku bangun beri penghormatan
atas persembahan hebat kau
al-maklumlah
kau kan jantan berkuasa
kau kan jantan terhebat
tahniah


*tak semua hebat begini. sebahagian sahaja.

Saturday, October 23, 2010

dongeng


saat ini saya mahu:

dia hadir tunggang kuda
jerit nama saya dari bawah
panjat tingkap culik saya
bawa saya lari kedunia indah
buat saya ketawa gembira
bikin jiwa saya tenang bahagia

*aku mahukan dia yang sentiasa ada untuk aku bila aku mahu. lets keep dreaming.

Draft 23,2010 0234pm

saat ini saya mahu:

kamu hadir menunggang kuda
jerit nama saya dari bawah
panjat tingkap culik saya
bawa saya lari kedunia

usah jadi buta


aku tahu kau sayang
aku mengerti kau cinta
tapi sayang
celiklah,
usah dibodoh diri kerana cinta
sedang kau menderita penuh luka
kuatlah,
usah dibiar segala kerana kasih
sedang hakikat kau menangis pedih


*Ya Allah, Kau lindungi serta peliharalah aku jika aku ditakdirkan jatuh cinta.amin.

Friday, October 22, 2010

Draft Oct 22,2010 0356am

janganlah kau sentuh hati aku
aku masih tak sedia untuk hadap
airmata, usahlah terlalu murah
usah khuatir,
dia tidak akan bisa apa2kan kamu


Saturday, October 16, 2010

surat untuk arjuna masa hadapan 1


kehadapan kamu
keluarlah dari persembunyian
sungguh aku butuh kamu
untuk genggam pimpin tangan aku
untuk atur bimbing langkah aku
menghala ke daerah tanpa air mata
ke daerah penuh ketenangan

really need you now


*aku lelah sama mainan mereka

Sunday, October 10, 2010

Hanya Dia



Hanya Dia yang mengetahui
Pada setiap bentak hati aku
Ditiupnya rasa sabar dalam hati
Untuk aku percaya pada janji2 Dia
Walau selautan air mata menitis
Berharap berkeinginan berkehendak
Mujur masih punya sekelumit sedar
Yang Dia punya rancangan yang lebih indah

Friday, October 8, 2010

thanx for the memory


Jika dibilang-bilang piala yang ada
Memang akulah juara teratas
Pengumpul piala kekalahan

*feels like a never ending loser.

Sunday, October 3, 2010

pemilik kata indah


Wahai kamu si pemilik kata indah
Dekatlah aku
Kenallah aku
Cintalah aku
Nanti aku serah hati aku
Bagi kamu lihat
Getar debar ia
Setiap kali melayan
Bait patah coret kamu