Monday, August 20, 2012

tolong aku please

tak tau bagaimana hendak dikhabarkan tentang hati. bukan porak peranda. bukan kacau bilau. jauh sekali tenang lenang. diri jadi jauh lagi dari Dia. Ramadhan berlalu sangat sia2. entah dah kenapa dengan diri. haih~

kenapa apa yang dirasakan sekarang ini susah. banyak sangat2 mahu difikir dan ditimbang tara. banyak. aku harap yang perjalanan itu mudah. sebab aku dah penat dengan apa yang pernah aku lalui. untuk menjadi kecewa aku rasa aku mampu untuk hadap. cumanya yang takut untuk aku hadap aku ulang salah dulu. itu yang terpaling aku takutkan. Ya Allah, kenapa aku rasa semakin jauh daripada Mu? sesak hati aku untuk semua nie. aku bingung, jalan mana yang sepatutnya aku pilih? terlalu keliru. serasa tak mahu membuat sebarang keputusan. serasa mahu terus menyorok daripada segala. tapi sampai bila? haih~

aku perlukan sesuatu yang aku tak tahu apa.

tolong aku please.

Sunday, August 5, 2012

mata bisu

redup bening mata menatap
bibir katup senyum diukir
tersirat apa didalam setiapnya itu?

mencari ikhlas disetiap pandangan
keliru untuk ditafsir persatunya
apa agenda yang sedang disembunyi?

mencari jujur untuk setiap bicara
mungkinkah hanya sekadar penyedap kacau jiwa
atau cuma mainan kata?