Monday, May 31, 2010

lagenda budak setan


bismillahirrahmanirrahim...

tak tahu mahu mula dari mana.

disini biasanya aku persoal bicara tentang hati. jadi, hati aku sekarang adalah sangat aman. ok, aku tipu. ada sedikit gusar dalam aman. hati aku yang aman diklasifikasikan sebagai satu perasaan yang agak tenang tanpa sebarang keinginan atau gelojak nafsu yang membabi buta mahupun bentakan jiwa yang ntah apa2. masih punya dua per tiga rasa bahagia selepas tertunai hasrat menyaksikan fynn jamal berpuisi didepan mata yang mana sungguh amat menusuk jiwa. berada dilingkungan keluarga AKAR memang menggembirakan dan membahagiakan aku. aku suka menjadi pendengar mereka. dan tentang hati yang sedikit gusar, aku masih berusaha kuat untuk mengatasi segala yang itu walaupun agak payah untuk aku, namun tetap percaya pada diri dan Dia akan dihilang segala gusar yang menyelit diantara ruang hati.
selesai bicara soal hati setakat ini.

cuti semester 2 bulan yang sangat lama ini, aku cuba untuk isikan dengan perkara2 yang boleh 'menyibukkan' aku supaya aku terhindar dari perasaan bosan. so far so good. tak terlalu bosan. tak terlalu sibuk. cuba buat aktiviti. cuba cari aktiviti. dan disetiapnya, duit mengalir macam air. damn.

next activities:
*wayang
*wayang lagi
*wayang lagi2
*picnic
*bercuti (maybe)

adeh.
sian duit ayah aku.
hurm~~

dan baru perasan.
malam nie sejukla.
memang best tido
nyte~~
:)

*tajuk post dan gambar xde kene mengena ngan cite kat atas



Saturday, May 29, 2010

menanti arjuna


masih tak sampai rasa
arjuna datang bawa bahagia
dalam masa sedetik ini
cuma yakin percaya dalam jiwa
nanti2 akan ada
arjuna melamar bahasa mudah terindah

* punya satu ingin antara berjuta ingin yang ada jauh tersorok disudut hati;
mahukan arjuna yang faham bahasa puisi cabuk aku.

Wednesday, May 19, 2010

rasa kontang


celaru antara mimpi, realiti dan angan

yang lalu disebelah tadi itu apa?
mimpi?
yang melintas dihadapan tadi itu apa?
realiti?
yang kelihatan samar2 tadi itu apa?
angan?

nyata sedang kehilangan
cebisan demi cebisan

Monday, May 17, 2010

pilihan


demi membuat sebuah keputusan
seringkali hati dihambat ragu
dibolak balik rasa yang ada
dikhuatiri keputusan memakan diri
ditakuti diri tersungkur kembali

maka tepuk dada tanya hati
apa sebenar yang diingin mahu
nyah segala ragu yang bertamu
tepis segala hasut yang hampir
mulakan dengan nama Dia
diakhiri tawakal padaNya
insyaAllah dipermudah segala

Thursday, May 13, 2010

kehilangan


andai bisa dibogel raut itu.
mengupas segala tentangnya.
tanpa sebutir bicara.
bahawa dia telah kehilangan.



Friday, May 7, 2010

ralat


melihat pada persembahan fynn jamal di malam puisi riong
ada rasa ralat dihati
masih tidak kesampaian hajat
mahu melihat dia berpuisi didepan mata :(
insyaAllah mungkin
satu hari nanti

ralat jua pada teman seorang
difikir aku gila meroyan
biarlah
apa pernah dia tahu apa dihati aku?
sedang aku perlu faham apa dihati dia