Tuesday, November 27, 2012

persembahan hati

sejujur rasa dada sesak
sedayanya dilagak biasa

senyum
gelak
ketawa

sedang hakikat bicara bibir gigil
nyatanya hati sedang menangis

biar
biar 
biar

cukup biar aku sahaja merasa
cukup aku sendiri tanggung

demi bahagia mereka2 yang lainnya
juga demi bahagia kamu

senyum bibir ini aku persembahkan untuk semua
agar puas mereka2
agar gembira kamu

sekian


Sunday, November 25, 2012

debar untuk dia

apa yang ada dekat dalam hati ini masih adalah debar untuk dia. aku tak mahu mendabik mengatakan yang rasa ini akan kekal selamanya. tidak. yang aku tetap cintakan dia walau kami tak bersatu. tidak. sebab hati ini sifatnya bolak balik. bila2 akan berubah dengan izin Dia. cuma berani aku nyatakan disini, saat dan ketika ini, memang debar ini masih untuk dia. 

memang sekarang hati aku degil masih mahukan dia. orang kata aku degil. aku kata aku degil. memang aku degil. tapi bagi aku, Allah yang memegang hati aku. jika memang bukan dia tertulis untuk aku, Dia akan hilangkan perasaan yang sarat aku tanggung sekarang ini. terus hilang dari hati aku. terus hilang. 

biar yang ada hanya debar untuk lelaki lain yang akan menjadikan aku halal untuk dia. 

aku hanya berserah pada Dia. tipu kalau kata aku tak kisah. pedih. sedih. kecewa. terkilan. semua ada. 

semua bertanya, kenapa dia? 
jawapan aku, sebab dia cinta aku. 

itu sahaja alasan yang aku ada. aku tahu tak cukup. tak pernah cukup bagi mereka2 yang telah lama hidupnya dari kami. cumanya untuk saat dan ketika ini, aku memang hanya mahu dia. bukan lelaki lain. tapi ia hanya ingin aku untuk saat dan ketika ini. esok lusa aku tak pasti apa kata hati aku. 

aku cuba pegang kata nasihat dia. untuk sabar. sabar. dan sabar. aku tahu, dia juga sedang tersakitkan melihat sakit aku. kami sama2 rasa yang sama. cuma bezanya dia lebih kuat untuk menjadikan aku kuat. tapi orang tak pernah nampak, orang tak pernah tahu.

aku kasihankan dia.
juga kasihkan dia.



Draft Nov 25, 2012 0440pm

cuba dikenang2 semalam. aku sendiri tak dapat untuk pastikan sama ada hati aku yang degil atau memang tertulis ada sesuatu antara kita. aku sorot kembali hari kenal kita. dimana ia hari yang aku tak mengharapkan apa2. dimana ia hari yang telah aku tekadkan untuk kuat dengan bantuan Dia semata. sungguh. hari itu merupakan hari sejarah kita secara peribadinya. untuk kau. untuk aku. hari2 selepas itu kita sering bermonolog sendiri. tak pernah menyangka. kau dan aku akan jadi kita. hari yang kita tak meletak sebarang harapan untuk apa2. tapi sungguh Allah Maha Kaya.

Sunday, November 18, 2012

kosong sepi itu pedih

masih mengejar.
sendiri tak pasti untuk apa.
penjelasan yang telah terang.
tapi masih diharapkan satu keajaiban akan tercipta.
sudah lelah sama harapan, hati tetap degil untuk pergi.

masih tersimpan sebak dalam hati.
mengalir lemah saat tidak terlihatkan.
entah akan sampai bila.
sendiri tak punya jawapan pasti.
dipujuk2 hati tenang, tewas disetiap kalinya.



sudahlah.
dia telah sudah.
wajar untuk kau turut sudah.
sebelah tangan ditepuk yang tinggal angin.
kosong, sepi.
itu pedih kan?

sudah ya?

Sunday, November 11, 2012

mahu dia

pagi bangun mata bengkak.

tengah hari air mata mengalir sampai tido lagi.

tak tahu kenapa terlalu lampau pedih sedih sesak luluh segala rasa.

dicuba sabar tenang terima segala.

tapi masih hancur yang dirasa.



aku mahu dia.

mahu dia.

dia.


tapi...

:(

Sunday, November 4, 2012

magic

senyum.

dicuba untuk seikhlasnya.

berjaya.

tapi jauh dalam hati terkandung satu beban perasaan yang berat. sayu. direnung dia hingga hilang dari pandang. tarik nafas dalam. biar tersekat air mata.  

berat. 

aku tahu. aku nampak segalanya untuk kebaikan. kebaikan daripada semua segi serba serbi. untuk dia. untuk aku. untuk mereka2. untuk semua.

tapi kenapa hati terlalu degil? setiap hari, setiap saat cuba diterima kenyataannya satu persatu. cuba untuk redha pada setiapnya. tapi kenapa rata2 semua hanya untuk sehari dua cuma? pedih untuk hadap semua ini lagi dan lagi. lebih pedih bila jauh disudut hati masih tersimpan harapan.harapan yang nanti akan ada keajaiban. 

aih~

celik la mata wahai seorang aku. mana akan mungkin? jurangnya terlampau amat besar. besar gila dalam nak mampus.

aih~

keajaiban.

akan mungkinkah?