Tuesday, November 30, 2010

prayer


jauh disudut hati hitam mohon doa:

dengan serendah hati dipohon
apa yang dimilik hingga hari ini
segala yang ada disebelah jasad dan hati
kekal sampai akhir nyawa

amin


*kita selalu mahu apa yang sebenarnya kita tak perlu. kita selalu dapat apa yang kita tak tahu kita perlu. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui-wani ardy

Saturday, November 27, 2010

Draft Nov 27,2010 0347pm

terpalit lagi
satu tompok hitam
menjadi besar
lantas sesal datang
amuk pada diri
bagaimana mahu dicuci tompok

Wednesday, November 24, 2010

Draft Nov 24,2010 0102am

penat menimbang segala hukum tindakan
yang itu salah, yang sana betul
biar diharung cebis2 yang tinggal
bagi sekeping hati rasa cebis2 bahagia
walau hanya untuk seketika

Saturday, November 20, 2010

always be there


aku dah lama perasankan sesuatu tentang aku.
lagi.
tapi tetapnya aku manusia yang tak reti diuntung.
tak reti mahu bersyukur dan beringat disetiapnya.
betapa dikebanyakan kejadian buruk yang menimpa aku,
menunjukkan bahawa Dia sentiasa ada dengan aku.
meringankan, memudahkan aku mengharungi segala.
sentiasa bersama aku dari sekecil2 masalah yang aku hadap.
sentiasa ada bila aku perlu.
sentiasa lindung aku.
sentiasa.
.
.
.
.
.
.
.
sedangkan aku?

Friday, November 19, 2010

Draft Nov 19, 0451pm

seringnya rasa mahu mati menjengah
terlalu lampau penat sama dosamahu asingkan ia jauh
agar tidak sebati menjadi adunan
seringnya gagal

Monday, November 15, 2010

romantika di kuala lumpur


dari petang semalam, sehingga ke hari ini. aku disajikan oleh clip 'Romantika di Kuala Lumpur' yang aku kira sedang menjadi topik hangat perbualan di ketika dan saat ini. komen di facebook berjela mengutuk tentang ini. begitu juga di blog2 persendirian. rata2 semua membenci. tidak kurang juga yang risau. aku tonton clip tersebut petang semalam yang telah di post oleh seorang sahabat di facebook. habis tonton, aku speechless. untuk komen barang sepatah dua ayat juga aku tak mampu untuk menggambarkan betapa jelik dan bencinya aku terhadap laku mereka. dan clip itu hanya aku mampu tonton sekali sahaja.

aku bukan gadis yang baik kerana aku sendiri punya jahatnya. aku sendiri punya 'dirty little secret'. konklusinya, memang aku bukan seorang yang baik, yang boleh dijadikan contoh tauladan. bukan aku.

tapi, demi aku tertonton clip terbabit, aku sedih. aku benci. aku takut. aku sedih terfikir, apa masa depan mereka khususnya si perempuan? aku sedih, apa rasa mak ayah mereka jika mereka menonton laku anak mereka begitu? aku benci, kenapa begitu mudah? aku takut, bagaimana laku anak2 aku kelak? banyak yang aku mahu persoalkan dan maki hamunkan. cuma aku simpankan jauh2 dalam hati. kerana aku risaukan yang ini:

rasulullah saw bersabda: "sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (h.r. tirmizi)

dunia memang semakin menakutkan sekarang. sekarang sahaja sudah begini. kelak? zaman anak2 aku esok, macam mana? demi benda yang sebegini, akan mula terlintas untuk aku tak mahu berkahwin dan punya zuriat. kerana aku takut. aku khuatir tidak cukup bimbing, mereka akan sesat terpesong. aku bimbang jika perangai buruk aku yang melekat dalam diri mereka akan memudaratkan mereka. aku risau jika dunia kejami mereka.

macam mak-mak kan?

aku takut. betul. aku tak tipu. aku risau. aku bimbang. aku khuatir. dan segala makna yang sewaktu dengannya.

sesungguhnya budak2 zaman sekarang memang pantas majunya. moden fikirannya. matang lagaknya. terbuka lakunya. hilang malunya. dan begitu bangga mempamer dosa.

mohon dijauhkan dari keturunanku. amin.

Tuesday, November 9, 2010

keajaiban



aku sedar

laku aku begini
tidak mungkin membawa aku pada kamu

apatah lagi untuk intim sama kamu
aku memilih untuk perhati kamu jauh2 diam2
sambil diteman bait indah bahasa kamu
sambil berharap
kalau ada mungkin keajaiban berlaku



"I don't want a serious relationship. I'm young and restless. I want someone who I can act like a complete dickhead around, that we can spend hours talking about the most pointless things. I want someone who makes me laugh and who I can plan stupid things with; that will never happen. I want someone I can tell my secrets too and waste my weekend with and act like 5 years old again" - Tumblr

Friday, November 5, 2010

do not disturb


saat dulukala
kau buang aku jauh sama bisu kau
bilamana aku sudah terlampau untuk biasa
tiba2 kau bertempik tanpa salam
kau kenapa?
bersuara bagai tak punya akal
pergi jauhlah
aku tak pernah perlukan kau


*tiada yang baik dari dia

Monday, November 1, 2010

tak nak kawen


aku mahu sudah sama apa yang sangat mudah sering keluar dari mulut aku.
mahu kahwin. nak suami. nak teman hidup. mahu anak kembar. nak kawen.

aku pun tak pasti kenapa, tapi ayat itu memang sangat mudah meluncur dari mulut aku sedang hakikat pastinya yang aku sendiri tahu, apatah lagi orang sekeliling terdekat aku bahawasanya aku memang belum bersedia untuk itu. masih belum lagi.

ok, memang nyata dan terang yang aku menipu kalau aku cakap aku tak nak kawen. bohong. tetapnya hati kecil aku memang mahu. apatah lagi dengan berlumba-lumbanya orang rapat disekeliling aku menuju ke gerbang itu. sesungguhnya aku manusia biasa. tapi, jodoh ditangan Dia kan? aku berserah. dan doa. usaha? ntah.

berkahwin, maknanya aku sudah berada dalam tanggungan suami. aku terlepas daripada tanggungan ibu ayah. tanggungjawab aku sudah pada suami aku. sedang pada ibu ayah belum sempat untuk aku membalas segala yang memang sangat nyata tak mampu untuk aku balas. aku anak degil. aku anak yang tak pernah membanggakan mereka. aku anak yang terlalu bergantung atau dalam erti kata lain selalu menyusahkan mereka. sekurang2nya, aku mahu balas sedikit jasa mereka yang telah bawa aku kepada aku sekarang. tidak membanggakan, cuma sekurang2nya aku sudah punya sesuatu daripada jasa pengorbanan mereka. sungguh memang bukan aku anak yang baik. tapi aku mahu mencuba. pohon didoakan.

makanya, aku mahu menolak ketepi dulu soal kawen yang selama ini aku gurau mahukan. ok, aku tipu. memang aku mahukan. tapi bila memikirkan faktor2 seperti diatas dan faktor2 lain seperti ketiadaan calon suami makanya aku mahu bersenyap tentang rasa mahu kawen ini. tak mahu lagi meroyan mahu kawen. aku cuba. dan mahu cari duit banyak2.
:)

tapi, ini ingin kata hati aku. rancangan Dia memang aku tak pernah tahu. anything can happen. kun fayakun. kan?


*its better to be single yet inspired, then to be in a relationship yet confused -Azreel Azhar