Monday, November 1, 2010

tak nak kawen


aku mahu sudah sama apa yang sangat mudah sering keluar dari mulut aku.
mahu kahwin. nak suami. nak teman hidup. mahu anak kembar. nak kawen.

aku pun tak pasti kenapa, tapi ayat itu memang sangat mudah meluncur dari mulut aku sedang hakikat pastinya yang aku sendiri tahu, apatah lagi orang sekeliling terdekat aku bahawasanya aku memang belum bersedia untuk itu. masih belum lagi.

ok, memang nyata dan terang yang aku menipu kalau aku cakap aku tak nak kawen. bohong. tetapnya hati kecil aku memang mahu. apatah lagi dengan berlumba-lumbanya orang rapat disekeliling aku menuju ke gerbang itu. sesungguhnya aku manusia biasa. tapi, jodoh ditangan Dia kan? aku berserah. dan doa. usaha? ntah.

berkahwin, maknanya aku sudah berada dalam tanggungan suami. aku terlepas daripada tanggungan ibu ayah. tanggungjawab aku sudah pada suami aku. sedang pada ibu ayah belum sempat untuk aku membalas segala yang memang sangat nyata tak mampu untuk aku balas. aku anak degil. aku anak yang tak pernah membanggakan mereka. aku anak yang terlalu bergantung atau dalam erti kata lain selalu menyusahkan mereka. sekurang2nya, aku mahu balas sedikit jasa mereka yang telah bawa aku kepada aku sekarang. tidak membanggakan, cuma sekurang2nya aku sudah punya sesuatu daripada jasa pengorbanan mereka. sungguh memang bukan aku anak yang baik. tapi aku mahu mencuba. pohon didoakan.

makanya, aku mahu menolak ketepi dulu soal kawen yang selama ini aku gurau mahukan. ok, aku tipu. memang aku mahukan. tapi bila memikirkan faktor2 seperti diatas dan faktor2 lain seperti ketiadaan calon suami makanya aku mahu bersenyap tentang rasa mahu kawen ini. tak mahu lagi meroyan mahu kawen. aku cuba. dan mahu cari duit banyak2.
:)

tapi, ini ingin kata hati aku. rancangan Dia memang aku tak pernah tahu. anything can happen. kun fayakun. kan?


*its better to be single yet inspired, then to be in a relationship yet confused -Azreel Azhar

0 comments: