Wednesday, October 2, 2013

serah pasrah

asalnya aku sudah mahu berpaling bila kamu hadir ada ketikanya cuma.
mulanya aku berjaya tawarkan hati yang pada sebelumnya gila rindukan kamu.
walau tidak selalu kau ada tapi kau masih tak pernah pergi.
yang aku syaki tentang jujur sayang kamu atau punya muslihat disebalik.

aku keliru.

semakin tawar rasa untuk kamu.
dan kamu terlihatkan itu.
dan bersungguh kamu meyakinkan.
dan sungguh aku perempuan yang seperti kerak nasi.
mudah untuk dipujuk.

dan sungguh aku tak pasti.
masih adakah sayang untuk kamu dalam hati.
tawarnya ia kerana yang aku hadap ini realiti.
sedangkan kamu sedang merangka drama2 masa depan kita.
yang kita dua nampak jelas jauh untuk digapai.
tetapnya degil mahu cuba.


kini, aku betul2 berserah pada Dia.
Dia yang telah tuliskan segala tentang kita.
jumpa pisah kita.
semoga ada bahagia untuk aku. 

semoga.

Sunday, May 12, 2013

Draft May 12, 2013 0811am

aku bagaikan baru tersentak dari lena panjang.

Friday, March 1, 2013

muncullah, tolong.

sedih.

untuk aku menaip yang ini, pastinya nanti2 air mata aku akan menitis setitis dua. tak pernah jemu. 

gila.

dua tiga entri bodoh telah aku padamkan. sebab bodoh sangat. yang ini juga akan jadi lebih kurang bangangnya. tapi yang ini aku akan simpan.

entah.

memang rasanya aku adalah manusia yang paling bodoh dalam belajar dari pengalaman. aku jatuh dalam lubang yang sama untuk kali yang keberapa aku tak pasti. sesungguhnya hati aku memang sangat mudah untuk di bolak balikkan. iman yang terlampau sangat rapuh.

aih~

aku tak mahu mengeluh dengan bodoh sendiri, tapi, entah. selalu rasa akulah yang paling malang. entah dah kenapa aku sendiri tak pasti. kekontangan kasih sayang sangat gamaknya. atau terjerat dengan dongeng bahagia sendiri. 

cemburu.

jujurnya, tipu kalau aku kata sedikit pun tak cemburu dengan manusia2 keliling aku. ya, orang kata jangan bezakan aku dan dia sebab aku tak tahu sebenar2 yang mereka lalu. tapi aku tahu mereka sedang bahagia. dan aku sedang sunyi.

berharap.

mungkin kerana itu aku tak bergerak. sebab aku tahu ada orang yang pernah sayang aku (atau cuma aku sendiri yang perasan?) jadi aku cuba dan cuba. untuk apa, aku sendiri kadang tak pasti. tapi aku cuma nak percaya yang dia pernah beri itu jujur rasa dia. walau apa pun sebab kami berpisah sekarang, walau apa jalan cerita drama yang cuba dikarang, tapi yang dulu lagak dia, yang dulu bahasa dia, yang dulu mata dia tak tipu aku. sebab aku tak mahu rasa bodoh lagi.

sudah.

aku mahu rasa sudah. rasa cukup. rasa syukur dengan apa yang aku lalu sekarang. ada hikmah. ada hikmah. ada hikmah. tiap kali itu aku cuba pujuk diri sendiri. sejujurnya jauh dalam dasar hati aku, aku memang mahu seorang teman yang bernama suami untuk teman bimbing aku. aku tak malu untuk mengaku yang aku sedang sunyi. dan bukan semata itu alasan aku mahu berumah tangga. aku lelah dengan mainan lelaki. aku mahu yang terakhir terima seadanya aku dan menjaga aku sampai hujung nyawa aku. 

aku mahu kamu.

muncullah dalam realiti saya.

sebab saya terlalu perlu kamu.

Sunday, January 20, 2013

Draft Jan 20,2013 0319pm

aku cuma mahu dia yang sungguh mahukan aku jadi suri hidupnya. datang pada ibu bapaku dan mohon jadikan aku halal untuknya.

Saturday, January 19, 2013

aura

2012 meninggalkan banyak memori.
pahit.
manis.
pahit.

2013.
diingin dia untuk lebih baik.
semoga.

tapi.

belum cukup sebulan.
hati sudah berbelah.
aura2 negatif mula meresap dalam jiwa.

jadi bagaimana akhir ingin dia nanti?