Friday, March 1, 2013

muncullah, tolong.

sedih.

untuk aku menaip yang ini, pastinya nanti2 air mata aku akan menitis setitis dua. tak pernah jemu. 

gila.

dua tiga entri bodoh telah aku padamkan. sebab bodoh sangat. yang ini juga akan jadi lebih kurang bangangnya. tapi yang ini aku akan simpan.

entah.

memang rasanya aku adalah manusia yang paling bodoh dalam belajar dari pengalaman. aku jatuh dalam lubang yang sama untuk kali yang keberapa aku tak pasti. sesungguhnya hati aku memang sangat mudah untuk di bolak balikkan. iman yang terlampau sangat rapuh.

aih~

aku tak mahu mengeluh dengan bodoh sendiri, tapi, entah. selalu rasa akulah yang paling malang. entah dah kenapa aku sendiri tak pasti. kekontangan kasih sayang sangat gamaknya. atau terjerat dengan dongeng bahagia sendiri. 

cemburu.

jujurnya, tipu kalau aku kata sedikit pun tak cemburu dengan manusia2 keliling aku. ya, orang kata jangan bezakan aku dan dia sebab aku tak tahu sebenar2 yang mereka lalu. tapi aku tahu mereka sedang bahagia. dan aku sedang sunyi.

berharap.

mungkin kerana itu aku tak bergerak. sebab aku tahu ada orang yang pernah sayang aku (atau cuma aku sendiri yang perasan?) jadi aku cuba dan cuba. untuk apa, aku sendiri kadang tak pasti. tapi aku cuma nak percaya yang dia pernah beri itu jujur rasa dia. walau apa pun sebab kami berpisah sekarang, walau apa jalan cerita drama yang cuba dikarang, tapi yang dulu lagak dia, yang dulu bahasa dia, yang dulu mata dia tak tipu aku. sebab aku tak mahu rasa bodoh lagi.

sudah.

aku mahu rasa sudah. rasa cukup. rasa syukur dengan apa yang aku lalu sekarang. ada hikmah. ada hikmah. ada hikmah. tiap kali itu aku cuba pujuk diri sendiri. sejujurnya jauh dalam dasar hati aku, aku memang mahu seorang teman yang bernama suami untuk teman bimbing aku. aku tak malu untuk mengaku yang aku sedang sunyi. dan bukan semata itu alasan aku mahu berumah tangga. aku lelah dengan mainan lelaki. aku mahu yang terakhir terima seadanya aku dan menjaga aku sampai hujung nyawa aku. 

aku mahu kamu.

muncullah dalam realiti saya.

sebab saya terlalu perlu kamu.