Monday, January 30, 2012

bangkai



direnung sekujur tubuh itu,
dari bawah naik ke atas,
dari atas turun kebawah,

dia jelik.

sempurna jasad cukup sifat,
sedang hakikat cela menyelubung,

dia benci.

Saturday, January 28, 2012

entah


28 jan 2012. genap 25 tahun sebulan aku bernafas atas muka bumi yang sering aku label kejam ini. untuk penambahan satu lagi angka dalam umur aku, tidak ada yang istimewa. tangisan demi tangisan yang masih menemani. entah.

aku pandang sekeliling. semua sedang bergerak maju kehadapan. semua sedang menjadi lebih baik. sedangkan aku semakin sesat. entah.

segalanya tidak mampu untuk aku ungkap. semua bicara hanya didalam hati. tak mampu untuk diluah sejujur yang aku rasa. sejujur yang aku lalui. entah.

juga tentang rasa yang sedang aku rasa. aku keliru. apa mahu aku sejujurnya? juga tentang laku yang sedang aku laku. aku bingung. apa yang aku cari sebenarnya? entah.

aku sedar itu salah. aku tahu ini bukan yang sepatutnya. aku sedar aku sedang bermain api. aku tahu mungkin jika diikut pada logik akal fikiran akhir aku nanti macam mana. aku sedar aku degil. aku tahu aku bodoh. entah.

entah.

entah.

entah.

STOP IT STUPID!

Tuesday, January 24, 2012

ku punya nyawa

minggu2 kebelakangan ini aku sedang berhadapan dengan diri aku yang sangat degil. aku sedang berperang sama diri sendiri. memang bukan perkara yang mudah. hampir hilang waras akal fikir aku. sehingga teman khuatir aku menjadi gila. inilah yang wajar aku terima dimana aku kehilangan ketenangan hati bilamana aku sudah semakin lupakan Dia. untuk kerana ini, hati aku meronta tak sabar untuk pulang ke kampung untuk bersama nyawa2 aku.




nyata memang berada disamping nyawa2 aku adalah ubat mujarab untuk aku. sehingga sahabat menegur yang aku kelihatan sangat gembira tatkala aku keluar bersama mereka. aku hanya ketawa. mereka tidak pernah tahu yang malam semalamnya mata aku bengkak lagi. dan sememangnya aku tak mahu mereka tahu. ingin aku cuma mahu bersama mereka.




dan betapa, berada dalam lingkungan keluarga itu menenangkan. lebih2 lagi semenjak peningkatan usia aku. selaras dengan peningkatan kacaunya jiwa aku. perasaan untuk sentiasa bersama ibu ayah semakin kuat. tapi, ini aku kan? ego. tak mungkin akan aku mengaku mahu begitu depan ibu ayah aku. tapi sungguh, semakin dewasa ini perasaan mahu sentiasa bersama mereka sangat kuat. lebih2 lagi dengan bebanan perasaan yang sedang aku galas sekarang. hanya mereka mampu bikin tenang hati jiwa aku tanpa perlu aku suarakan apa2. sungguh mereka adalah penawar untuk semua penyakit jiwa yang aku cari sendiri.




semoga aku diberi pinjam mereka2 ini dengan lebih lama lagi.




dan




semoga aku yang pergi dulu.




Saturday, January 21, 2012

depresi

mata bengkak.
lagi.
untuk entah yang keberapa juta kalinya.

aku semakin takut sama diri sendiri.
hati terlalu amat lemah untuk segalanya.
lemah lembik lunyai hancur.

semoga jauh aku dari tekanan perasaan yang terlampau.
AMIN

Wednesday, January 18, 2012

h.e.l.p

with this mixture of feeling
im exhausted
and I hate it

gila aku datang lagi
waras aku hilang entah kemana
sungguh aku benci

Ya Allah,
please guide me
aku makin hilang arah
pelihara aku dari hilang pedoman

someone,
please help me
with anything u can
:(

Saturday, January 14, 2012

jauh dan hilang

sedang terdiam seribu bahasa.tak dapat diluah dengan kata segala yang menghimpit jiwa.seribu satu perasaan menyesak rasa menerjah akal waras fikiran yang ketandusan iman.tak tahu kemana harus dituju dan diputus.segalanya amat menakutkan.kehilangan demi kehilangan sedang dirasakan.sesungguhnya,aku mahu pergi jauh.dan jauh.dan jauh.

ah!sungguh,aku benci!

Monday, January 9, 2012

tempat asal cinta; hanya satu


semua ini ujian untuk aku kan? untuk menguji daya tahan aku. untuk menguji lemah aku. entah berapa banyak derai air mata yang telah aku hamburkan. terhambur sia-sia menurut pandang mata kasar mereka. benda yang sama berulang lagi dan lagi. malah semakin parah. semakin jelik. namun tak pernah mahu belajar dari setiapnya. entah apa yang sesuai mahu dikategorikan manusia seperti aku. yang tak pernah mahu serik mengejam diri sendiri. yang tak pernah mahu serik mengejam manusia lainnya.

satu jam yang lalu, aku gagah. sesaat tadi berderai lagi air mata. entah apa lagi yang dimahukan. entah apa lagi yang dirasakan. sunyi? rindu? cemburu? nyata semuanya mainan perasaan. yang aku perlu lakukan sekarang adalah untuk bulatkan dan tekadkan hati. teruskan berjalan dan tak berpaling lagi. berserah pada yang milik.

aku bukan manusia yang baik. apatah lagi yang paling baik. cela aku terlampau banyak. dosa aku menggunung tinggi. sedang saat ini pun masih memalit dosa. memang aku manusia yang tak reti diuntung. dijaga Dia setiapnya.sedang aku, hanya mengingat meminta bila aku paling susah. bila rasa sakit menyiat seperti sekarang, baru aku sibuk sujud. baru sibuk menadah tangan.

tetapi tetapnya tiada tempat lain yang boleh aku pinta selain daripadaMu pemeliharaku. redhakan aku sepenuhnya atas setiapnya yang telah dan sedang berlaku sekarang ini. aku mahu sudah. sesungguhnya rancanganMu yang paling terbaik untuk aku. maka redhakanlah aku atas setiap yang sedang aku lalui. tenangkanlah aku dan ampuni aku.

Sunday, January 8, 2012

Draft Jan 8,2012 0855pm

I keep asking you the same question over and over again. The question that I know its hard for you to answer it, but still I want to ask.

tunjukkan jalan

mahu keluar dari belenggu yang ada
masih tersesat dalam pusingan yang sama
lagi dan lagi
lelah penat sakit
mengejami jiwa sendiri

persis mayat hidup
jasad nyata terlihat dek mata kasar
gemuk gempal berisi
sedang jiwa dan imannya sedang kontang
kosong tidak punya apa

Wednesday, January 4, 2012

Warkah untuk gadis jauh


Kehadapan gadis jauh,

Maaf dari hati terdalam aku pohonkan.

dosa aku pada kamu tak terlihatkan. aku menyakiti hati perempuanmu tanpa kau sedari. tapi aku yakin, jauh disudut hati kamu dapat merasakannya. langsung tak pernah terlintas dalam hati untuk menyakiti hati kamu apatah lagi untuk merampas apa yang terang adalah milik kamu. maaf untuk segala keterlanjuran hati dan perasaan. maaf untuk rasa jauh dan sakit yang kamu tanggung. aku juga sedang tersiat hancur perlahan. tapi, ini salah aku. ujian untuk aku. jadi aku redha.

usah kamu bimbang gadis. bahagia itu tetap milik kamu. memang untuk kamu. setia kamu tak akan tersiakan. tak akan tersiakan.

maaf sekali lagi.

Monday, January 2, 2012

hancur tersiatkan


tidurkan aku dalam lena yang panjang
biar dijaga aku satu hari nanti
segala sakit sesak yang menghimpit ini pergi

hilang arah


hari2 sedang berlalu
tahun silih berganti
masihnya jasad dibumi
namun perlahan jiwa sedang mati
langkah pincang jauh dari landasan
dosa galak berkejaran
hati hitam menjauh cinta Dia
jiwa lelah dalam kesesatan
entah sampai bila

senyap2 aku pohon
diberi kuat jiwa
ditunjuk jalan yang benar
kembali cinta Dia
sebelum bercerai jasad dan nyawa




amin

Draft Jan 2,2012 0130pm

hari berganti
bulan berganti
tahun berganti
manusia berubah