Sunday, December 30, 2012

jawapan atas langit

tak tahu apa yang harus dan perlu percaya sekarang. segalanya kabur. berkabus. berkabut.
hadir dia saat aku tekad untuk tak mahu. manis. indah. bunga2. terawang2.
tapi bahagia yang tertulis sekejap cuma. sekelip mata.
dan untuk menangung lukanya, hanya Dia yang tahu.
cuba direnung2 semua segala mana silapnya, namun masih tak terjangkau dek akal.
persoalan demi pertanyaan diaju, namun tidak terjawab.
akhirnya sendiri meratap mengharap.

untuk kesekian kalinya;
bangun tiap pagi pujuk diri untuk kuat.
pandang cermin tiap lepas mandi pujuk diri untuk senyum.
langkah keluar rumah tiap hari pujuk diri untuk gagah.
zikir dalam hati tiap saat pujuk diri untuk redha.
hari2 setiap waktu setiap saat terkenang.

aku kuat percaya yang tetap bahagia akan ada untuk aku.
tak pernah hilang percaya tentang satu ini.
sebab aku percaya pada janji Dia.
akan ada satu ketika nanti.
akan ada.

cumanya, untuk lalui hari2 yang sekarang ini memang rasa macam bernafas dalam air.
tersekat segala salur nafas.

kalau boleh, esok pagi aku bangun, segala sakit yang aku tanggung hilang.

itu pun kalau masih bangun.

Saturday, December 15, 2012

soalan balas hampa bisu

mahu aku ketawakan diri sendiri sampai puas berlinang air mata.
ditarik kembali memori2 lepas.
dibelek setiap satu, mana silapnya?

untuk kali ke 897 juta kalinya aku diperbodohkan.

rasanya memang indah;
macam gampang.

*terdiam*

sebenarnya...

apa mahu kamu?
apa ingin kamu?
apa tujuan kamu?

dan sejujurnya aku mahu tahu,
apa dosa aku pada kamu?


dan bodoh apa yang dipikul aku sehingga buta untuk terlihatkan?