Saturday, May 28, 2011

rasa manis



aku rindu saat kami yang sekelumit cuma itu.
dalam hiruk piruk hancur luluh hati aku, dia bawa senyum dibibir dan debar dihati.
sangat manis.
betapa aku rasa lama telah hilang rasa manis aku kecap sehinggalah ke hari itu.
mudah dan singkat.
tapi sangat terkesan dalam hati.
jika boleh, aku mahukan ia untuk satu jangka masa yang lebih lama lagi.
saat yang sekejap cuma itu aku rindu.

juga rindukan dia.

Tuesday, May 24, 2011

hilang



bila ditanya bagaimana aku?
bila ditanya bagaimana dia?
bila ditanya bagaimana aku dan dia?

aku kelu tak tersuarakan. kerana segala rasa yang pernah berlagu riang dalam hati terbang hilang entah ke mana. kosong tidak beritma.

aku buntu tak terjawabkan. kerana apa yang disimpan Dia masih tidak terlihatkan tentang hujung perjalanan dan kesudahannya.

aku sedang hilang punca.
aku sedang pasrah.

Monday, May 23, 2011

masih


aku fikir yang aku sudah mampu. lantas aku suarakan pada dia tentang mampu aku.



nyatanya masih tidak.



mata ini masih basah. rasa itu masih ada.
masih ada.



aku masih rapuh.

Wednesday, May 18, 2011

tak terubahkan



mungkin tidak pernah tertulis diatas sana tentang aku dan kamu akan bersatu.
mungkin cuma yang tertulis disana, hadir kamu hanya sekadar untuk menguji.

entah.

setiap hari, cuba disimpulkan ceritera ini. namun, masih tak terjangkau dek akal memikir tentang bagaimana ia harus diakhirkan.

kamu keliru, aku bingung.

tidak cukup hendak dipentingkan hati kita semata. pemilik hati yang lain juga perlu diambil kira agar tidak terlukakan.

tetapi, tetapnya saat ini jiwa aku masih berdegil. cuba dibina kepercayaan demi kepercayaan yang akhirnya hancur satu persatu. dan akhirnya kini, aku terduduk. tidak tahu kemana arah langkah hendak diatur. lelah jiwa untuk menimbang keputusan yang sewajarnya.

Ya Allah,
keluarkanlah aku daripada kebuntuan ini. segala ketentuanMu aku terima. sesungguhnya hanya Kau yang mengerti apa yang terbaik untuk aku, dia dan mereka.
amin.


---------------puisi yang aku cuba pegang untuk memujuk dan menyedar diri------------------


tak terubahkan by fynn jamal


dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;

--tak terubahkan.

Tuesday, May 17, 2011

in the middle



hendak bagaimana lagi laku aku?
aku sendiri keliru.

mahu dipuaskan hati sendiri, ada hati yang akan merintih luka. mahu dipenuhi kemahuan jiwa sendiri, ada jiwa yang akan terseksa.

sungguh aku tidak mahu dia itu luka. sungguh tidak aku mahu dia ini seksa. juga sungguh mahu aku pelihara hati dan jiwa aku.

sudahnya aku yang keliru. akhirnya aku yang dihimpit perasaan bersalah.

Tuhan yang Maha Mengetahui, bagaimana harus aku?
bantu aku tunjukkan jalan.

Monday, May 16, 2011

samar



seperti hari2 lalu, perasaan itu masih tak jemu untuk datang mengetuk pintu hati. bukan aku tidak sudi untuk menerima kehadirannya, cuma kadang2 kehadirannya menyakitkan.

untuk saat dan ketika ini, aku bagaikan tidak sabar untuk mengetahui segala tentang masa depan aku. bagaimanakah yang telah terancang untuk aku di atas sana? bahagia? sengsara? entah. aku tak pernah tahu. tak siapa pernah mengetahuinya. cuma aku percaya, setiap yang telah tertulis tentang aku di atas sana, adalah perancangan terbaik Dia.

Tuhan, bilakah akan berakhir babak pencarian dan penantian ini?
mungkinkah untuk aku meneruskan babak seterusnya?
semuanya samar.





sebenarnya aku rindu kamu.

Thursday, May 12, 2011

terhancurkan



sakit yang tidak terzahir dimata
bisa mengalir ke setiap organ
melumpuh dan mematikan

mahu aku raung pekik lolongkan pada dunia
aku tewas sekali lagi

Tuesday, May 10, 2011

terjatuh dan terjatuh lagi


aku cuba gagahkan kaki untuk bangkit.
masih tergigil, masih terjelopok jatuh.
aku sakit.
aku usap kepala untuk memujuk diri.
sabar sayang,
Tuhan tidak akan menguji kalau kamu tak mampu.
lantas deras air mata jatuh.

Monday, May 9, 2011

tewas


malam ini aku tewas

maka terkujur kaku aku bernafas tersekat-sekat