Saturday, February 20, 2010

Draft Feb 20, 2010 1116pm

terfikir tentang sesuatu. tidak mudahkan untuk seseorang itu untuk mengingati seseorang ini? melainkan antara keduanya punya talian darah atau tidak pun pernah punya hubungan dan telah mencipta kenangan2 yang terindah yang sukar untuk dilupakan. tapi macam mana pula kisahnya dengan mereka yang hanya sempat mengenali dengan kata 'hai' dan kemudiannya sepi tanpa sebarang khabar? yang tidak pernah dikenali paras wajah antara keduanya?

hidup memang penuh dengan kejutan. siapa sangka akan jadi begini. siapa duga akan berlaku begitu.

keputusan


kenapa hidup kita perlu membuat keputusan? sungguh aku lemah tentang ini. aku tak mahu lagi membuat keputusan yang salah. lagi dan lagi.

tapi aku perlu juga untuk memutuskan ia. agar berkesudahan. agar punya jawapan pasti. keputusan itu punya buruknya. tapi keputusan itu juga punya baiknya. keduanya seimbang. aku buntu. sangat buntu. masih buntu. walaupun keputusan telah dimuktamadkan. ragu masih berbaki dihati. hati berbolak balik mahu diubah muktamad tadi.

tolong, jangan provok aku wahai bisikan. pergi jauh biar aku tenang sama keputusan aku. biar aku tanggung apa juga kemungkinan atas keputusan aku. biar pun mungkin aku akan menghadapi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

biarkan. aku akan tanggung semua. biarkan seribu kali salah pun. aku tahu yang aku ada Dia yang lebih mengetahui dan Dia akan bantu aku menghadapi apa pun.

maka hati, tenanglah. keputusan telah pun dibuat. hadapi dengan senyuman.

hmm~~

Thursday, February 18, 2010

wajahRAHSIAhati


merenung dalam ke raut itu.
tidak sempurna serba serbi.
tapi masih punya tarikan sendiri.
tidak terlintas jelik diri.

hakikat nyata tidak selari.
paras luar tidak pernah berjanji.
rupa mencermin hati.
wajah menggambar diri.

menyelam jauh kedasar hati itu.
katanya ingin pulang kembali.
selaras molek rupa sama indah hati.
adakah akan diterima nanti?

wahai si empunya diri.
walau dosa kelmarin menghantui.
walau dunia tegar menghakimi.
tetap yakini diri dan hati.
kita ini milik Ilahi.



Wednesday, February 17, 2010

aku,ombak,laut dan pantai.




dihiruk hati aku.
aku tuju kepantai.
memijak pasir pantai.
berjalan di gigi pantai.
aku tenang.

dicelaru hati aku.
aku tuju keombak.
menunggu hadir ombak.
bermain sama ombak.
aku bahagia.

disebal hati aku.
aku tuju kelaut.
merenung kelaut.
melaung kelaut.
aku aman.

Tuesday, February 16, 2010

arjunaMASAdepan


kadang sunyi menghimpit dada.
kadang sepi menghenyek jiwa.
kerana ingin teman bermanja.
kerana damba kasih arjuna.

yakin dihati tetap ada.
wujud si dia dicelah manusia.
tunggu ketika untuk bersua.
si aku perempuan yang tak punya apa.

wahai arjuna yang ku tak tahu nama.
ku yakin hadir kau bawa bahagia.
mengisi penuh kontang jiwa.
memenuh rusuk yang tiada.


hormon

tiba2 hati tersentap.
suara bergetar.
kata merapu.
wajah mencuka.
langkah terabur.

tarik nafas.
tenang diri.
lantas terfikir.
duhai hormon, kamu sedang celaru ya?

Saturday, February 13, 2010

DISEKETIKAtadi


diseketika tadi.
rasa dimanja bagai sang kekasih.
kemudian rasa hambar bagai si asing.

diseketika tadi.
wajah pamer senyum gelak ketawa.
kenyataannya semua raut itu palsu.

diseketika tadi.
lagak laku pisah gembira.
sedang hakikat sebak sayu.

diseketika ini.
memujuk jantung perlahankan degup.
kerana sedar itu semua mainan.

HATI itu


mahu hati yang tawar tak punya rasa?
tawar seperti masakan tanpa garam.
tak punya rasa seperti minuman tanpa gula.

mahu hati yang kaku beku?
kaku seperti tugu negara.
beku seperti bongkah ais.

kalau mahu,
sini aku beri.

tolong maniskan kembali rasa di hati itu.
tolong lembutkan kaku hati itu.
tolong cairkan beku hati itu.

dan jika semua itu telah kamu laku.
akhir pinta aku.

tolong pegang hati itu kejab.
tolong jaga hati itu sepenuh jiwa.

adakah yang mahu?