Saturday, February 13, 2010

HATI itu


mahu hati yang tawar tak punya rasa?
tawar seperti masakan tanpa garam.
tak punya rasa seperti minuman tanpa gula.

mahu hati yang kaku beku?
kaku seperti tugu negara.
beku seperti bongkah ais.

kalau mahu,
sini aku beri.

tolong maniskan kembali rasa di hati itu.
tolong lembutkan kaku hati itu.
tolong cairkan beku hati itu.

dan jika semua itu telah kamu laku.
akhir pinta aku.

tolong pegang hati itu kejab.
tolong jaga hati itu sepenuh jiwa.

adakah yang mahu?







0 comments: