Saturday, February 20, 2010

keputusan


kenapa hidup kita perlu membuat keputusan? sungguh aku lemah tentang ini. aku tak mahu lagi membuat keputusan yang salah. lagi dan lagi.

tapi aku perlu juga untuk memutuskan ia. agar berkesudahan. agar punya jawapan pasti. keputusan itu punya buruknya. tapi keputusan itu juga punya baiknya. keduanya seimbang. aku buntu. sangat buntu. masih buntu. walaupun keputusan telah dimuktamadkan. ragu masih berbaki dihati. hati berbolak balik mahu diubah muktamad tadi.

tolong, jangan provok aku wahai bisikan. pergi jauh biar aku tenang sama keputusan aku. biar aku tanggung apa juga kemungkinan atas keputusan aku. biar pun mungkin aku akan menghadapi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

biarkan. aku akan tanggung semua. biarkan seribu kali salah pun. aku tahu yang aku ada Dia yang lebih mengetahui dan Dia akan bantu aku menghadapi apa pun.

maka hati, tenanglah. keputusan telah pun dibuat. hadapi dengan senyuman.

hmm~~

1 comments:

Anonymous said...

hmm keputusan ape yg kau wat ye?? nk tau gakk