Wednesday, May 30, 2012

memori

diam2 dia datang perlahan sambil tersenyum dan menegur sopan,

"assalamualaikum. hai. saya kenangan.
mahu saya mainkan rentetan peristiwa yang mana ya?"

perlahan mata ditutup.
bila buka, pandangan kabur.


Sunday, May 27, 2012

pernah?

pernah tidak sekali kau terfikir air mata dia yang mengalir setiap malam puncanya dari kau?
pernah tidak sekali kau terfikir dia ikat perut pada hujung bulan puncanya dari kau?
pernah tidak sekali kau terfikir dia tahan diri berlibur pada waktu dia perlu puncanya dari kau?
pernah tidak sekali kau terfikir setiap hari dia bertarung dengan diri sendiri puncanya dari kau?
pernah tidak sekali kau terfikir jiwa dia sedang mati puncanya dari kau?
pernah tidak sekali kau terfikir masa depan dia hancur puncanya dari kau?

pernah?

Draft May 27,2012 0501pm

untuk masih berada didalam situasi yang tidak sepatutnya dalam satu jangka yang panjang amat menyesakkan nafas seperti mahu mati.

Sunday, May 20, 2012

bodoh yang tersuluh

dalaman aku sebenarnya sedang kucar kacir. teramat. tapi tak terlihatkan. aku senyum, gelak ketawa seperti tiada apa yang sedang membebankan jiwa. kadang2 fikir sendiri macam orang gila. siang terkinja gelak ketawa. malam meringkuk menangis tersedu. 

wahai diri. hendak dibagaimanakan lagi ya? 

sudah kering akal bagaimana lagi untuk memujuk diri untuk kuat buang segala yang membebankan jiwa dan teruskan perjalanan. benda sama. setiap kali penyebabnya tak jauh beza. tapi masih tak pernah mahu belajar. fikir diri cukup kuat cukup gagah. sekarang? terduduk. hancur. habis tak tinggal apa.

hilang akal bagaimana lagi mahu mengajar membawa diri kearah yang benar. sering kali terpesongkan. lemah iman yang sedia ada hancur terus dihasut syaitan. 

wahai seorang aku, bagaimana lagi mahumu?

memang nyatakan diri ini terlalu banyak dilingkar dosa. kerana itu aman jiwa susah sangat mahu lekat.

sedar. tapi masih tak mahu gerak. 

bodoh yang tersuluh.

Saturday, May 12, 2012

biar nanti

sejujurnya aku sendiri sudah tak pasti dengan perasaan yang sebenarnya masih membelenggu. perasaan yang dulunya menggila sebenarnya masih membelenggu disudut yang terdalam. dan bila aku telah mendapatkan satu kenyataan lisan yang dari dulu aku mahu. yang dari dulu lagi aku tahu akan berlaku. yang aku yakin akan senyum dengan perkhabaran tersebut. ikhlas rasa terima kerana memang itu yang aku mahu.

nyatanya, jangkaan aku terhadap diri sendiri jauh menyimpang. nada suara aku mula berubah walau cuba aku lagakkan seperti biasa. sehingga disedar dia. serak. dan akhirnya mengalir. 

sedih? entah. aku sendiri tak berapa pasti untuk apa air mata ini. tapi ia mengalir laju dan tak mahu berhenti. jasad jadi sangat luluh. 

lantas aku memeluk diri kuat cuba memujuk untuk tabah. aku elus rambut perlahan. 
sakitkan? 
dan tahu akan sakit macam nie kan?
dan memang telah dari dulu tahu apa yang bakal terjadi kan? 

cumanya degil. 

nah. sekarang kenyataan telah disebut satu persatu dengan jelas nyata seperti yang dimahu. sangka akan kuat. sangka memang ini yang terlalu dimahu agar mampu untuk meneruskan perjalanan. 
sekarang? 
mampu ke? 
sedang asa sudah luluh. masih mampu untuk bangun dan terus berjalan? 
mampu?