Saturday, May 12, 2012

biar nanti

sejujurnya aku sendiri sudah tak pasti dengan perasaan yang sebenarnya masih membelenggu. perasaan yang dulunya menggila sebenarnya masih membelenggu disudut yang terdalam. dan bila aku telah mendapatkan satu kenyataan lisan yang dari dulu aku mahu. yang dari dulu lagi aku tahu akan berlaku. yang aku yakin akan senyum dengan perkhabaran tersebut. ikhlas rasa terima kerana memang itu yang aku mahu.

nyatanya, jangkaan aku terhadap diri sendiri jauh menyimpang. nada suara aku mula berubah walau cuba aku lagakkan seperti biasa. sehingga disedar dia. serak. dan akhirnya mengalir. 

sedih? entah. aku sendiri tak berapa pasti untuk apa air mata ini. tapi ia mengalir laju dan tak mahu berhenti. jasad jadi sangat luluh. 

lantas aku memeluk diri kuat cuba memujuk untuk tabah. aku elus rambut perlahan. 
sakitkan? 
dan tahu akan sakit macam nie kan?
dan memang telah dari dulu tahu apa yang bakal terjadi kan? 

cumanya degil. 

nah. sekarang kenyataan telah disebut satu persatu dengan jelas nyata seperti yang dimahu. sangka akan kuat. sangka memang ini yang terlalu dimahu agar mampu untuk meneruskan perjalanan. 
sekarang? 
mampu ke? 
sedang asa sudah luluh. masih mampu untuk bangun dan terus berjalan? 
mampu?

0 comments: