Monday, June 28, 2010

bukan orang suci



berdirinya tidak gagah
langkahnya tergigil-gigil
tulang belulangnya rapuh
jasad batinnya rompong
sekali ditiup pasti hancur

sudah2lah rasa jahanam
usah dimamah lagi dia
dia masih mahu hidup
izinkan dia

Sunday, June 27, 2010

tiada lagi



biar dikuburkan tanpa nisan
rasa rindu yang sudah selesai
rasa cinta yang berdosa
rasa kasih yang teraniaya



Friday, June 25, 2010

Draftf June 25, 2010 0420pm

terasa dingin. sedingin hati aku. yang telah berdegup mengikut ritma yang perlahan. selepas ia berdegup tanpa rasa walau kadang ritmanya tersasar

try sleeping with a broken heart


saat ini aku mahu pergi satu tempat lain. mana2 aku tak kisah. aku cuma mahu pergi menghirup udara lain. sambil bertemankan puisi2 dan lagu2 fynn jamal dan juga lagu2 wani ardy serta buku 28 hari jurnal rock n roll.

ya. memang aku sedang kecewa. aku rasa baru kelmarin aku rasa kuat. sekarang aku kecewa lagi. damn. kan aku dah cakap. kekecewaan itu teman aku. bak kata Mohd Jayzuan penulis 28 hari jurnal rock and roll,

"Hati aku sudah bosan dengan kekecewaan. Hati aku sudah boleh menerima kekecewaan dengan hati terbuka, mereka berkawan. Aku raikan mereka seperti mana aku raikan kawan2 yang aku sayang"

gimme five bang. rasa kita memang sama. satu hari nanti mungkin aku mahu buat seperti dia. mengembara. dah lama aku ada rasa mahu buat seperti dia. cuma hati aku masih tak bulat lagi untuk itu. aih. masih manja. cakap je lebih.

shit. dah mula rasa rindu. kalau dia betul untuk aku, dia akan menjemput aku kan?


* mahu ke pantai. mahukan angin pantai. mahukan ombak pantai. mahu mencari damai di pantai.

Thursday, June 24, 2010

graviti


biarkan aku layankan rasa kasih yang membabi ini
kerana aku rindukan rasa ini
biarkan akan aku kecewa nanti
kerana hati aku sudah biasa berkawan sama kekecewaan
biarkan aku khabar rasa sayang yang ada
sehingga satu masa kau tak inginkan lagi
maka aku akan berhenti

takpe
nanti2 aku akan ok


* heartsick, heartbroken, to know love is to know pain - Rumi

Wednesday, June 23, 2010

insecurity


Aku tak boleh dilingkari orang-orang yang ‘tinggi’.

Orang-orang yang bijak pandai, berbual dalam bahasa bombastik dan terma-terma rumit, jelas melukis paras IQ mereka yang mencakar langit.

Orang-orang yang mencapai banyak pada usia muda dan bercerita mengenainya, dan tentulah ia bukan salah kerana benar, mereka sudah mencapai banyak pada usia muda.

Wanita-wanita yang sangat lincah, sangat cantik, peka acara terbaru yang terjadi di sekeliling, tahu tiap-tiap butik yang sedang sale.

Pemuda-pemuda yang berkeyakinan tinggi dan bercakap mengenai gadis comel 1, gadis manja 2, gadis ayu 3 dan gadis matang 4 yang memuja mereka, sementara mereka sibuk dengan tugas berat lagi hebat sebagai doktor, arkitek, jurutera, peguam.

Aku tak boleh dilingkari orang-orang yang tinggi begini. Bilamana mereka berbual, aku cuma mampu diam, dan minda aku merewang tertanya dari mana mereka jumpa keyakinan setinggi ini.

Kenapa aku tak bertemu keyakinan setinggi ini walaupun pernah aku cari.

Kemudian pada malamnya aku mengesot ke atas katil, tubuh hina aku merengkot dan perlahan-lahan bergulung kecil, memikir bagaimana mereka boleh bernafas tanpa rasa ini. Bagaimana aku saja yang diselaputi rasa ini. Bagaimana aku boleh tersangkut di stesen ini; di kalangan mereka yang hidupnya sudah terlalu penuh, jiwanya sudah terlalu padat, berbanding aku yang saban hari cungap-cungap terapung, kakiku cuba mengayuh, kepalaku cuak mendongak, agar aku tidak tenggelam dan mati lemas dalam rasa yang sudah di takat tengkuk ini.

Insecurity.

Terima kasih orang-orang sempurna. Aku sudah sedar kenapa aku jatuh cinta dengan mereka-mereka dikeliling aku.

Kerana kami banyak lubang.

Mereka aku gelar askar kerana mereka selalu hadap peluru. Selalu ditembak jatuh dan berjalan tempang sampai tak terhisab, apa lagi bangga bercerita. Mulut kata kuat tapi kuat menangis; semuanya cengeng. Sama-sama tak ada apa tapi bila sama-sama jadi ada apa sebab jumpa indah dalam tak ada apa. Cari kukuh dalam hodoh. Cari nikmat dalam cacat.

Mereka bukan paling pandai, bukan paling berjaya, bukan paling hebat, bukan paling kaya, bukan paling cantik, bukan paling kacak dan disukai semua. Mereka berlubang seperti aku dan kami saling isi lubang-lubang yang wujud sampai padu.

Sungguh, aku tak boleh dilingkari sempurna.
Dari serangga aku jadi hama.

Kecil, kecil, kecil, dan lama-lama… lenyap.


by Wani Ardy


* nah. apa yang dia rasa sangat2 sama dengan apa yang aku rasa saat ini. aku rasa hilang ditenggelam orang2 sempurna cukup hanya mendengar cerita2 hebat mereka. cukup sempurna, cukup indah serba serbi. aku pula membesar dengan kritikan, ejekan dan kegagalan. tiada apa yang dapat dibanggakan. tapi itu semua buat aku faham bahawa hidup ini ada turun naiknya. masih, aku bersyukur jadi aku, bersyukur dengan hidup aku. tidak sempurna, tapi cukup.

Saturday, June 19, 2010

my heart will go on


mana dia hati yang kucar kacir tadi?
mari aku simbah sama air putih sejuk.
biar hilang segala lendir busuk.
agar bersih berseri harum.
biar pudar warna kusam masam.
agar terserlah merah pekat darah.
biar tenang aman senang.
agar mudah bahagia menyapa.

Friday, June 18, 2010

far away


aku betul sudah sayang.
aku betul sudah rindu.
aku betul tak main2.

tapi kau?


Tuesday, June 15, 2010

fragile.handle with care.


seminggu dua nie perasaan aku rapuh. rasa yang tak pernah aku suka, apa lagi untuk berbangga dengannya. aku sangat kecewa. kecewa sama diri sendiri. kecewa kerana telah mengecewakan orang2 yang percayakan aku. dan kecewa kerana seseorang. dua hari aku melepas segala dengan air mata. cuba mengadu pada seseorang. tapi nyata perasaan semakin rawan.

kamu, saya hanya perlu kamu untuk dengar saya dengan perasaan. saya tak mahu bicara jalan penyelesaian. saya hanya mahu kamu biarkan saya menangis dibahu kamu sambil kamu menenangkan saya. dan saya mahu dipeluk dengan kejab. hanya itu.

tapi aku sedar yang segala itu tak akan mungkin. makanya, aku usap kepala aku, aku tepuk belakang aku memujuk diri untuk sudah, memujuk diri untuk kuat. sekali lagi.
then, senyum.
:)

dan tadi, aku sendiri pergi cari penyakit. aih. memang sakit sikitla. menangis pun tak lepas. kat hujung2 kerongkong je. alhamdulillah. aku rasa aku dah cukup.
nak senyum lagi.
:)

* sudah. mahu bangun lagi dan lagi dan lagi:)

Monday, June 14, 2010

it's my life



sabar.
semua tu ambil masa.
biar kau lambat dari yang lain.
sabar.
rezeki masing2.
belum masanya untuk kau.
sabar.
tetap akan ada nanti.
pentingnya jangan pernah putus asa.
sabar.
biar apa orang fikir kata.
terus senyum dan orak langkah.
:)


* hidup memang tak mudah.tapi segalanya terpulang pada kamu.mahu terus jatuh atau mahu bangkit.kan?

no promises



hari tu mamat bersungguh2 katakan cinta pada minah
kelmarin minah rasa getar mahu sambut cinta mamat
semalam tiba2 mamat menyatakan ketidakpastian tentang perasaannya pada minah
hari nie minah tekad lupakan getar rasa dia pada mamat


*promises, easy to make but hard to keep~~

Monday, June 7, 2010

sharing is caring


aku perasankan sesuatu. tentang aku.

1. tak reti berkongsi
2. kedekut

aku tak pasti yang mana aku. mungkin keduanya. tapi memang ada. terutama dalam konteks kasih sayang dan perhatian. kalau aku meminati seseorang dan dia mempunyai ramai peminat, aku lagi rela berundur. untuk aku dapat satu per tiga perhatian dan kasih sayang itu, aku rasa aku tidak akan sanggup. tapi bila difikir, hidup ni bukan tentang aku seorang kan?

aih.
ntahla.

Saturday, June 5, 2010

sending failed


unlock.

menu.

messaging.

write new.

text message.
(typing...)
'saya cinta kamu. saya rindu kamu.'

continue.

enter phone number.
contacts look-up.

back.

back.

you are about to exit:
save message.

saved in drafts.


.... really want to express my feeling to my mr. future until i realize that i don't have one ....

for the rest of my life



i wish that my 'husband' will sing this song for me.
or else just dedicated this song to me.
again.
i am wishing for something like this.

*biarkan aku terus berharap. biarkan aku terus bermimpi.

Friday, June 4, 2010

hormon 2


bermonolog sama diri sendiri.
cuba mencari jawapan.
aku?
dia?
kenapa masih?
oh hormon.
kerja kau ya?

Thursday, June 3, 2010

where is the love?


pagi gelap hitam pekat
jam merujuk angka 3.35
ayam berkokok bersahut
mengejut manusia bertahajjud
ah,
betapa masih aman disini
bersyukur diatasnya
terkenang bagaimana disana
mohon dilindungi mereka

Wednesday, June 2, 2010

baby fyza


aku renung wajahnya yang sedang beradu
tak terkalih walau sedetik
bersih tenang rautnya
nyenyak aman lenanya
aku usap pipinya lembut
aku kucup dahinya wangi
kamu memang indah
:)


* selamat datang menjenguk dunia izz adriana.