Tuesday, June 15, 2010

fragile.handle with care.


seminggu dua nie perasaan aku rapuh. rasa yang tak pernah aku suka, apa lagi untuk berbangga dengannya. aku sangat kecewa. kecewa sama diri sendiri. kecewa kerana telah mengecewakan orang2 yang percayakan aku. dan kecewa kerana seseorang. dua hari aku melepas segala dengan air mata. cuba mengadu pada seseorang. tapi nyata perasaan semakin rawan.

kamu, saya hanya perlu kamu untuk dengar saya dengan perasaan. saya tak mahu bicara jalan penyelesaian. saya hanya mahu kamu biarkan saya menangis dibahu kamu sambil kamu menenangkan saya. dan saya mahu dipeluk dengan kejab. hanya itu.

tapi aku sedar yang segala itu tak akan mungkin. makanya, aku usap kepala aku, aku tepuk belakang aku memujuk diri untuk sudah, memujuk diri untuk kuat. sekali lagi.
then, senyum.
:)

dan tadi, aku sendiri pergi cari penyakit. aih. memang sakit sikitla. menangis pun tak lepas. kat hujung2 kerongkong je. alhamdulillah. aku rasa aku dah cukup.
nak senyum lagi.
:)

* sudah. mahu bangun lagi dan lagi dan lagi:)

0 comments: