Sunday, January 31, 2010

............


resah masih sebati di dada.
cuba ditelan tidak tertelan.
cuba diluah tidak terluah.

Ya Allah,
mana tenang aku?
Ya Allah,
apa harus laku aku?
Ya Allah,
permudahkan segala bagi aku...

fromDAbottomOFmyHEART


diketika itu hati berdetik.
diketika itu jemari bertanya.
diketika itu pengakuan diterima.

sesaat tersenyum syukur.
sesaat perasaan asing muncul.
sesaat cuma.

sejujur hati gembira.
sejujur hati ditunggu.
sejujur hati telah rela dari dulu.

p/s:
semoga bahagia. memang wajar dikecapi oleh kamu. didoakan baik2 segalanya untuk kamu.
amin~~
:)

Saturday, January 30, 2010

bicaraTENTANG...


bicara tentang dunia?
tiada henti komplikasi.
bicara tentang politik?
tiada pernah terfahamkan.
bicara tentang alam?
tiada yang indah lagi.

bicara tentang keluarga?
tiada bahasa terindah.
bicara tentang kawan?
tiada yang kekal.
bicara tentang sahabat?
tiada kata bisa digambar.

bicara tentang cinta?
tiada tersentuh dijiwa.
bicara tentang rindu?
tiada bertamu dihati.
bicara tentang kekasih?
tiada hadir disisi.

bicara tentang diri?
tiada yang istimewa.
bicara tentang hati?
tiada kurang rasa sayang.
bicara tentang jiwa?
tiada yang terbaik.

maka mahu bicara tentang apa ya?


Wednesday, January 27, 2010

mahuKEMBAR


mahukan anak kembar. semenjak dua menjak ini sangat inginkan. pada semua telah aku canangkan ingin aku yang ini. respon dari beberapa pihak yang paling popular adalah :


1. susah nak jaga. bila sorang tido, sorang merengek. nanti kelam kabut.

2. perbelanjaan tinggi. mahu ditanggung 2 anak sekaligus. mampukah?


tapi serius la, semua respon tu sikit pun tak lunturkan ingin aku. aku tetap mahu. meroyankan? biarla~~

;)


makanya, ciri2 lelaki yang aku kehendaki telah bertambah satu lagi. aku mahu si dia yang merupakan anak kembar atau pun mereka yang punya keturunan kembar. ada calon mahu dikenalkan?

:)

Saturday, January 16, 2010

kata


usah bicara kata manis berbunga2
usah disyair pujangga puitis berjela2
hanya bahasa mudah yang biasa2
yang punya maksud didalam yang terdalam
yang punya erti yang terindah
bahasa yang hanya aku yang bisa terfahamkan
bahasa yang hanya aku yang dapat jiwakan
hanya itu yang dimahu


Wednesday, January 6, 2010

tertanya


kadang2 perasaan kita sendiri sukar untuk kita faham. kenapa? sebab mungkinnya adalah dari diri sendiri yang suka berfikir terlalu banyak. suka berfikir terlalu jauh. suka berfikir terlalu mendalam. maka hasilnya kita akan takut untuk buat apa2. kerana takut untuk kecewa dikemudian hari. kerana takut untuk gagal dimasa hadapan. jadi baik duduk diam. dan sampai bila takkan matang. sampai kesudah tetap ditakuk lama.

adeh!
aku tak mahu begitu.

dan...

salah ke jika aku rasa ingin dimanja?
salah ke jika aku rasa mahukan perhatian?
salah ke jika aku rasa mahu disayang?
salah ke jika aku mahukan semua itu tanpa sebarang komitmen?


hmm~~

Sunday, January 3, 2010

doaSEMESTERbaru


setahun setengah telah berlalu. 2 tahun lagi harus diharung demi segulung ijazah aku. lama. memang lama. tapi aku tahu, pasti ada hikmah disebaliknya:)

menghitung jam untuk balik shah alam. tak nak mengeluh. tak nak kate malas. rasa dihati sekarang, biasa2 saja. tiada rasa terpaksa, tiada rasa tertekan. akan aku teruskan perjuangan yang masih belum selesai ini. insyaAllah akan dicuba dengan daya yang paling baik yang aku ada. tidak terlalu memaksa diri. tidak terlalu bersenang lenang. bersederhana saja. ya. bersederhana.

aku mohon pada Dia. mohon dibekalkan ketenangan hati ini sampai bila2. tenang hati mengharung segala disepanjang perjalanan hidup aku. insyaAllah. ingin aku sekarang hanyalah itu. ketenangan jiwa hati aku. aku ingin buang segala kesakitan lalu. aku mahu maafkan mereka2 yang pernah buat aku terasa tanpa sebarang dendam. aku mahu memaafkan setiap mereka2 sebelum aku melelapkan mata disetiap malam aku. insyaAllah. semoga dapat aku lakukan. amin~~

dan semoga. semester ini. aku dapat memperbaiki lemah aku. insyaAllah. dan aku mengharap doa dari kamu2 yang sudi:)

dan aku mahu hati aku penuh dengan rasa sayang. untuk setiap orang disekeliling aku:)

end for now. packing my stuff.

Saturday, January 2, 2010

terfikir

seronokkan kalau ramai yang sayang kita? hmm... biasala, aku hanya insan yang biasa2 saja. yang tak selalu tapi juga sering merasa cemburu diatas lebihnya orang. tapi aku tetap masih bersyukur. masih ada yang sayang aku walaupun hanya boleh dikira dengan jari bilangannya. tapi cukup. itu dah cukup untuk aku. sekurang2nya masih tetap ada. terima kasih=)

tiba2 aku terfikir. apa sebenar tujuan aku membabitkan diri dalam dunia blog nie? ntah. seingat aku, mula aku disini ketika aku kecewa cinta. didorong lebih oleh emosi yang tidak menentu pada satu ketika itu, maka aku pun menulis. ya. memang aku suka menulis ketika sedih. bukan untuk menarik perhatian. cumanya aku mahu meluah apa yang didalam ini. kerana itu disetiap entri banyak cerita sedih yang aku kisahkan. sehingga seorang teman menegur, kenapa seringkali sedih kisah aku didalam ini. bagi aku, disini merupakan salah satu medium untuk meluah rasa. dan serasa aku disini aku lebih jujur dari luar aku. dan nyatanya, tulisan aku pun tidak hebat. kerana ini untuk aku. untuk keluarga aku. untuk sahabat2 aku. jika mereka sudi mengikut. dan mungkin insyaAllah. untuk suami aku kelak. untuk anak2 aku kelak. cukup mereka yang terpenting yang tahu kisah aku. ok. case closed.

cerita malam tadi.
cerita bbq. aku wat coleslow. aku wat salad kentang. aku wat salad buah. aku wat air. nein marinate ayam. fairus n ayie bakar arang. ayah pasang lampu. bakar ayam gilir2 sama2. tidak ramai yang dijemput. juga tidak ramai yang hadir. tapi takpe. aku masih gembira. time kasih pada yang hadir. time kasih bagi aku potong kek yang ada tertera nama aku. time kasih ejai n angah untuk hadiah =) ok now nak membersihkan apa yang sepatutnya dibersihkan.

esok dah balik shah alam...

hmm...