Sunday, January 3, 2010

doaSEMESTERbaru


setahun setengah telah berlalu. 2 tahun lagi harus diharung demi segulung ijazah aku. lama. memang lama. tapi aku tahu, pasti ada hikmah disebaliknya:)

menghitung jam untuk balik shah alam. tak nak mengeluh. tak nak kate malas. rasa dihati sekarang, biasa2 saja. tiada rasa terpaksa, tiada rasa tertekan. akan aku teruskan perjuangan yang masih belum selesai ini. insyaAllah akan dicuba dengan daya yang paling baik yang aku ada. tidak terlalu memaksa diri. tidak terlalu bersenang lenang. bersederhana saja. ya. bersederhana.

aku mohon pada Dia. mohon dibekalkan ketenangan hati ini sampai bila2. tenang hati mengharung segala disepanjang perjalanan hidup aku. insyaAllah. ingin aku sekarang hanyalah itu. ketenangan jiwa hati aku. aku ingin buang segala kesakitan lalu. aku mahu maafkan mereka2 yang pernah buat aku terasa tanpa sebarang dendam. aku mahu memaafkan setiap mereka2 sebelum aku melelapkan mata disetiap malam aku. insyaAllah. semoga dapat aku lakukan. amin~~

dan semoga. semester ini. aku dapat memperbaiki lemah aku. insyaAllah. dan aku mengharap doa dari kamu2 yang sudi:)

dan aku mahu hati aku penuh dengan rasa sayang. untuk setiap orang disekeliling aku:)

end for now. packing my stuff.

0 comments: