Sunday, December 25, 2011

nadi cinta

untuk mereka2 sahabat2 dan keluarga yang sayang aku sejujurnya, cinta aku seadanya dan kasih aku seikhlasnya. tiada ucapan yang terbaik mampu aku tuturkan betapa setiap rasa itu sangat2 berharga untuk aku. maaf untuk tidak mampu menjadi terbaik untuk kalian.

maaf.
maaf.
maaf.

kalian nadi aku didunia.
aku cinta kalian sampai syurga.

Thursday, December 15, 2011

Draft Dec 15,2011 0845pm

Aku sudah malu untuk meminta. tiap saat ketika aku pinta itu ini dari Dia. sedang diri aku semakin jauh dari Dia. sering aku katakan yang dunia ini kejam. sedang hakikatnya, aku lebih kejam pada diri, jasad dan rohani aku. yang langkahnya kekal pesong sedang banyak telah menjadi pengajaran,tauladan dan panduan. manusia bodoh sombong adalah aku. kadang aku fikir,lebih baik aku terus hilang dari dunia ini.

Monday, December 12, 2011

Draft Dec12, 2011 09015pm

sekali lagi pincang langkah aku. sungguh aku bingung. aku buntu. masih tak belajar silap lalu. masih tidak. aku mahu menjerit

Sunday, December 4, 2011

Draft Dec 4,2011 0243pm

memang aku seorang insan yang seringkali keliru sama rasa sendiri. tapi aku kira pada saat dan ketika ini aku kenal sama rasa aku. bukan itu. bukan ini. memang aku sedang mahukan. memang aku sedang menunggu. tapi kalau belum masa yang dijanjikan Dia, makanya tetap belum. cumanya aku khuatir aku tersilap langkah lagi. kerana itu aku mohon dipercepatkan dan dipermudahkan. mungkin pada fikiran umum, kalau takut tersilap langkah mengapa hendak segera? sesungguhnya hanya Dia tahu kenapa. tetapi, jika memang lambat, Dia juga lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Monday, November 28, 2011

hijrah 1433


salam maal hijrah 1433. satu lagi tahun telah berlalu bersama 1001 cerita yang setiapnya punya memori yang tersendiri. pengalaman dan seterusnya kematangan yang seharusnya semakin bertambah sejajar dengan penambahan usia. mudah2an segalanya akan menjadi lebih baik daripada yang sebelum2nya dan semoga segala apa yang aku hajati akan tercapai, insyaAllah.

bersamaan 27 november 2011 juga merupakan hari ulang tahun kelahiran dua nyawa aku; my dad and my lil bro. ayah sedang menginjak ke usia emas, seharusnya sedang bersenang sekarang. sedang adik sudah bertambah dewasa dan banyak cabaran sedang menanti dia dihadapan. risau memikirkan keduanya. doa aku tak putus semoga cinta2 aku ini sentiasa berada dalam lindungan Dia. amin.
































semoga aku mampu, kuat dan yakin untuk berubah.

AMIN.

Sunday, October 30, 2011

another new phase


langit kelam menghampiri senja diteman mendung dan hujan renyai. berteleku aku dihadapan komputer riba kesayangan. mencari bait2 bicara yang hendak diolah.

oktober bakal melabuhkan tirai dan november sedang menanti penuh pasti. sekejap segalanya. satu lagi tahun bakal berlalu. dan hidup aku baru sahaja menginjak ke satu fasa yang lebih mencabar.

segalanya berlaku dan berlalu begitu pantas. pahit manis, gelak ketawa, tangis raung, pilu hiba, penat lelah, lapang sesak telah aku rasa. walau mungkin tidak sehebat mana, setiapnya telah aku rasa. yang kadang menjadikan aku lebih kuat. tapi kadang aku jadi lemah luluh. ini hidup. ini realiti. yang kadang kejam kadang manis. jadi segalanya perlu aku hadap selagi bernafas.

tentang cinta yang sudah berlalu untuk kesekian kalinya lagi aku cuba redhakan sepenuhnya. jauh dihati dalam berharap semoga ini kecewa cinta yang terakhir yang aku rasa. semoga.

tentang kerjaya yang baru menapak, ia agak mencabar jiwa gedik manja mengada aku. pernah sampai satu tahap, aku tak pasti tentang apa yang aku rasa, apa yang aku mahu sebenarnya. mujur ego masih didada maka aku terus melaluinya dan alhamdulillah keadaan emosi dalam aku semakin baik dan tenang. semoga rasa ini akan kekal selamanya dan aku terhindar dari segala perkara, perasaan, persepsi dan segala yang buruk. amin.

minta tolong didoakan segalanya akan baik2 sahaja dengan aku dan terhindar daripada segala yang boleh menjauhkan aku dan Dia.
:)

Sunday, October 23, 2011

Draft oct 23, 2011 1208pm

hati digamit sayu
mengenang ramadhan yang bakal berlalu
masih
adakah mungkin bakal bertemu

bulan yang syahdu
antara Dia dan aku

Wednesday, October 5, 2011

puisi cinta


sejurus tadi terjumpa serangkap ayat yang aku karang. ceritera tentang rasa hati dalam.

rasa cinta aku yang sedang berbunga.
sejujur rasa yang aku punya.
seikhlas kasih yang aku ada.
rasa yang aku sangka untuk selamanya.

namun mungkin tak pernah tertulis akan kekal antara aku dan dia.

jadi aku redha.

biar dalam payah. aku wajib senyum.
biar kadang rindu datang menyesak jiwa. aku wajib kuat.

kerana ini memang fasa2nya. ini memang proses2nya.
maka aku perlu hadap.

aih~
menjauhlah wahai kenangan.

Sunday, September 18, 2011

enjoy the pain


bukan perkara yang mudah mahu terus memujuk diri bilamana ada ketikanya hasutan berbisik kedalam hati. dan dari situ akan bermula terbitnya perasaan gundah membawa kepada satu rasa yang membebankan. mainan psikologi memang hebat. yang mana ianya boleh membawa kita jauh hanyut ke satu perasaan yang terdalam yang boleh menggugat waras akal fikir kita lantas menjadikan kita sangsi sama diri sendiri. masih waraskah atau memang itu adalah perasaan yang wajar di rasa? dengan iman senipis bawang, memang sangat mudah mahu terpesong rasa yang akhirnya bisa menzahirkan sifat2 mazmumah.

aih~

lelah masih tak pernah mahu sudah.

dugaan.
semua punya hikmah.
Dia mengetahui apa yang terbaik untuk seorang aku.

dan lagi kata seorang kakak yang aku kagum kental kuat jiwanya;

"Move on itu bukan kerja kita utk tetapkan tarikhnya.
Dia akan pergi bila dia hendak pergi.
Dan sementara perasaan itu masih berbaki, sakitlah kita hendak menanggungnya.
Kakak faham kebodohan kamu menunggu mcm perempuan tak ada malu.
Kerana cinta yg kita percaya ada harganya, kita murahkan diri kita.
Tak apa.

Bikinlah kebodohan ini, untuk pengajaran yg xterwujud di mana2 kelas dlm dunia.
Enjoy the pain.

Nanti2 bila rasa mau bangkit, kamu akan bangkit."

semoga setiap kata2 yang ini mampu kentalkan jiwa aku untuk mengharungi hari2 yang mendatang.
insyaAllah~

Friday, September 16, 2011

suatu yang pernah


the end.

dah berakhir.
dah habis.
dah tamat.
dah selesai.

hari2 kene pujuk diri untuk kuat.
tiap2 saat kene positifkan diri untuk gagah.
memang bukan satu perkara yang mudah walaupun telah dilalui berulang kali.
tapi aku wajib untuk kuat, sabar dan redha.
sebab aku masih ada hidup yang perlu dijalani.
biar longlai macam mana pun yang aku rasa, aku kene berdiri.

sabar. sabar. sabar.
dan redha.



Saturday, September 10, 2011

jahat


sedang merasakan bahawa diri adalah yang paling jahat saat ini.

jahat. jahat. jahat.

aih~

aku serabut tentang rasa bersalah yang menghimpit. tentang suara2 halus membisik perihal jahat aku. tentang gambaran kenangan yang datang menayang jahat jahil aku.

sangat serabut. sangat tak tenang. sangat berharap andai segala ingatan silam yang buruk2 itu mampu aku buang jauh. jauh ke dasar yang paling dalam. jauh ke langit yang tertinggi. sebab, aku lelah menyalah membenci diri. yang tak pernah reti belajar dari silap yang lalu.

dan aku sangat sesak bila orang fikir aku baik. sedang hakikatnya hanya Allah yang tahu lagak hati aku yang didalam. tentang sekeping hitam hati aku. tentang dosa terpalit yang tak terlihatkan dek mata kasar. hanya Dia yang lebih mengetahui. sungguh, aku bukan sebaik yang disangka.

kepada mereka2 yang pernah aku sakiti hatinya kerana jahat jahil aku. maaf paling dalam aku pohonkan. sungguh2 aku mohon maaf.

maaf. maaf. maaf.

Ya Allah, ampuni aku untuk kesekian kalinya.

Thursday, September 8, 2011

maaf


maaf yang terdalam aku pohonkan
jika anggapmu semua salah itu atas bahu aku
makanya aku pasrah aku redha aku sedia
hakimi aku, label aku, benci aku
sesungguhnya Dia lebih kenal aku
jika nyata benar salah tindak aku
Dia akan balas setimpal rasa sakit kamu

Thursday, August 11, 2011

tolong ingatkan aku


aku tahu dalam hati ini sedang ada rasa hasad.
aku tahu ia dalam diri aku bukan hasutan.
dan aku tahu kerana itu aku sedang tidak bahagia.

wahai diri aku yang teramat aku kasih.
lepaskanlah semua, walaupun kau sedang tersiatkan.
tangisan air mata kau yang gugur bukan bermakna kau lemah.
apa yang kau sedang lalu sekarang diberi Dia kerana Dia tahu kau mampu.
maka kau harus wajib untuk kuat.

sayang, tolong terus kuat.
untuk aku.
untuk kau.
untuk kita.

Sunday, August 7, 2011

Draft Aug 7, 2011 0825pm

hari2 kita bukan setiap saatnya tertawakan? ada ketika kita berduka lara menangis hiba tak tahu kenapa. ok, yang itu mungkin hanya aku. ya, memang aku akui yang aku punya wayar yang barangkali terputus. fius yang sudah tercabut. maka lagak gaya aku begini. kadang2 ketawa tak tentu sebab. kadang2 menangis tak tahu punca. yang sering aku label sebagai gila meroyan.

surat untuk arjuna masa hadapan 2


kehadapan pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.

luka saya ditusuk dulu saya kira telah pulih. saya dah tak sakit. walau parutnya masih ada. dan semalam entah kenapa. saya kira itu kerja hormon. mengganggu stabil akal fikir saya. lalu saya toreh kembali luka itu. berdarah. sakit. saya menangis. waktu itu, saya harap. datang tangan kamu usap pergi air mata saya. datang senyum kamu menstabil jiwa saya.


bila kamu mahu datang?

Saturday, July 30, 2011

Draft Jul 30, 2011 0642pm

dah selalu aku merasa seperti ini
mencinta separuh nyawa
tapi ku mati
dah terlalu biasa.
dah terlalu biasa
sepeti ini
apa lagi yg perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakn
tetap tak mencukupi
telah aku bg seluruh jiwa ini

kukoyak ku jahitkan terus ke hati

namun xpernah cukup untuk dia
dia kata aku ini tidak sempurna
seperti perempuan itu
yg dia mahu
yang dia tetapkan mahu
tetap dalam hati itu

aku seperti sdah begtu sakit hati
terjadi lagi setiap kali
tlh ku bg hati yg telah aku kunci
pd dia yg pernah kata mahu janji
bila aku kepung kan diri aku
diakatakan bukakan diri itu
bila aku hunuskn pedang dia tarik dulu
dia kata dia tetap mahu aku, dia tetap mahu cinta aku

asik2 aku merasa disabarkan
sedangkansalma ini ku bagikan berlian
ku bagikan setiap apa itu ada
aku bagikan setiap apa yg diminta
tetap tak sempurna
bagaimana perlu aku lakukan lagi pula
tak pernah memenuhi jiwanya
aku tak tahu lagi
aku tak tahu lagi
katanya
mahu apa ku fikir
untuk dia

perlukah ku melutut dan meminta2
ku mahukan engkau tetap dihati
perlukah engkau untuk pergi
takkan ada sesiapa yg mencintai engkau
sebagaimana aku memegang engkau
sampai bila hendak kau main lari2 lagi
sampai bila?
apakah sampai aku jadi mati?


kau maki aku seperti binatang
dan
jadikan aku perempuan jalang
kamu tak harus hidup mlm ini

kau kurung aku didalam ini
kau biarkan aku mati


Wednesday, July 27, 2011

beribu sesalan


setiap pagi aku celik mata

aku cuba untuk terus kuat untuk sehari2an aku

aku cuba senyum seikhlas yang mungkin sepanjang2 hari aku

sampai aku rasa kadang 24 jam itu terlalu panjang untuk aku

sebab aku takut untuk bersedih lagi untuk benda2 macam itu lagi

aku tak mahu walau sesaat untuk mengingati, menyesali apatah lagi menangisi

untuk perkara2 macam itu lagi

mahu aku hanya untuk jalan terus

dan kuat



Sunday, July 24, 2011

it's not easy to be me


bercakap memang mudah tapi tidak semudah untuk melaksanakannya. lagi2 yang bercakap orang lain, yang menghadap orang lain. ada satu ketika, kita perlukan kata2 daripada mereka untuk kita buka mata, untuk kita lebih gagah. tapi, ada juga satu ketika kita mahukan mereka2 untuk cuma hanya mendengar tanpa sebarang penyelesaian. ok, kalau pun mungkin bukan kita, tapi aku begitu. tapi, sampai bila2 pun aku masih perlukan mereka2 itu. sangat perlu. kerana mereka antara pasak2 aku untuk terus berdiri hari ini, esok dan harap untuk selamanya.

untuk sakit luka yang aku hadap lagi dan lagi; sungguh aku lelah. dan aku yakin yang mereka2 juga sudah naik muak mendengar ceritera aku. lebih2 lagi bilamana aku langsung tidak mengendahkan nasihat mereka2. aih~maaf untuk itu. cumanya, memang mungkin begini cara aku. cara yang tidak mungkin mereka2 boleh terfahamkan. pemulihan aku berperingkat. tapi nanti2 bila masih ada sudi mereka2 untuk menasihati pada waktu yang tepat, maka akan aku simpan dalam otak dan aku turut. insyaAllah.

maaf kerana aku spesis degil. menasihat aku; insan yang suka membodoh diri, yang katanya kuat, yang selalu kata "biarkan aku hadap" sedang hakikat nyata sedang terhancurkan, bukan satu tugas yang mudah. ibarat mencurah air ke daun keladi. tapi tolong percayakan aku. aku sedang belajar. nanti2 aku akan bijak. nanti2 aku akan kuat yang tidak bohong.

percayakan aku.
terima seadanya aku.
sabar dengan aku.
jangan bosan nasihat aku.
lempang aku bila perlu.

Tuesday, July 19, 2011

perempuan pelik


perempuan ini pelik. maaf. hanya dia.

aku? aku unik.

dia menjadi pelik bila dia cinta. pernah dulu dia rasa sangat hancur sebab cinta. air mata kalau ditadah mungkin sudah berbaldi. rasa paling sakit yang pernah dia rasa sehingga tertutup hati ketakutan. namun, selepas sekian lama tertutup hati dek ketakutan, akhirnya dia memberanikan diri membukanya kembali. dalam separa ketakutan diiring doa dia menyulam rasa. sehinggalah satu ketika datang satu khabar yang sangat mengguris hati. lembik dia rasa. tapi dek kerana kepelikan dalam kebodohan mungkin, makanya dengan alasan tidak mahu mengecewakan hati sendiri sekali lagi maka dia pejam mata tutup telinga. sedang hakikat yang nyata dia sedang tersiatkan perlahan2. namun digagahkan segala kudrat untuk dihadap segala. katanya, selagi mampu. kerana bagi dia, dia lebih mampu begitu daripada kehilangan.

aku? tengok saja.

maka hari berganti bulan bertambah. hati dia yang mula2 dulu tersiatkan lama kelamaan lumat terhancurkan. segala yang dia cuba pertahankan tetap tersiakan. meraung dia senyap. akhirnya dia kata dia sudah habis mampu untuk hadap. rasa yang dia pernah ada hilang bersama lumat hati dia. sayang, benci, rindu semua habis. dia sudah tidak punya rasa. sama seperti dulu. maka tamat sudah sebuah lagi episod cinta.

aku? tepuk tangan.

berdiri tanda penghargaan.

Sunday, July 17, 2011

jodoh itu


sesungguhnya jodoh itu sangat tersembunyi. sama juga dengan mati. tertutup rapat rahsianya tentang bila, siapa dan dimana.

jodoh.

masih belum aku merasa getar rasa 'ya, dia jodoh aku'. yang ada cuma aku cuba tanamkan rasa percaya 'dia jodoh aku'. dan akhirnya nyata bukan.

ada beberapa orang yang senyap2 aku mahu milik jadi jodoh aku. dan satu persatu mereka2 itu bertemu jodoh yang lain.

sejak daripada itu hati aku berbisik, usahalah banyak mana, kalau bukan dia yang tertulis untuk kamu, memang tetap bukan DAN elak macam mana pun lah, kalau memang dia tertulis untuk kamu, maka tetap dia. semua telah Dia tentukan. perlu kita doa, usaha, percaya dan jangan putus ada.

dia ada disana sedang menanti.

Friday, July 15, 2011

the end


aku tahu hari ini akan tiba jua. hari dimana aku tak mampu menangis. hari dimana aku telah hilang rasa. ya. kosong. zero.

tahniah?
atau
takziah?

entah. aku sendiri tak pasti.

biar aku kekal dengan rasa ini untuk ketika ini.

biarkan.

biarkan.

biarkan.

Sunday, July 10, 2011

aku sayang dia


sayang betul aku kat dia.
dia buat salah teruk, aku menangis satu malam.
dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, aku tersenyum.
kesalahan dia memang tak layak untuk terima senyuman itu.

adakah aku terlalu murni ataupun terlalu bodoh?

aku nak marah, tapi aku nak ketawa.
aku nak pukul, tapi aku nak ketawa lagi.
aku nak tunjal kepala dia, tapi aku takut dia sakit.
aku nak lepaskan kemarahan aku, tapi aku takut dia terasa.
aku nak merajuk, tapi aku nak berbual dengan dia.
aku nak paling muka, tapi aku nak tengok muka dia.
aku nak menangis, tapi aku tak nak bersedih masa tu.
aku nak maafkan dia, sebab aku nak terus sayang dia.

aku kata dia bodoh, dia kata, memang.
aku kata dia tak fikir, dia kata tu lar pasal.
aku kata dia tak guna otak, dia kata itu betul.
aku kata dia bangang, dia kata paling bangang.
aku kata dia jahat, dia kata takde niat.
aku kata dia takut bila buat salah, dia kata takut gila.
aku kata dah agak dah, dia kagum dengan firasat aku.

aku kata tak tahu nak kata apa, dia kata, jangan kata apa, pukul je.
aku dah tak nak pukul, dia kata maaf.
aku tanya dah makan? dia kata nak makan sama.
aku kata jom.

aku kata dalam hati...
"Tuhan, adakah dia jodohku?"


adaptasi daripada karya Zahiril Adzim - Dia & Aku Kata

Draft Jul10,2011 0354pm

dipekat malam tadi
tubuh tergigil
bisa mengalir kesetiap salur darah

Saturday, July 9, 2011

mati



aku sedang

hancur

luluh

bersepai

takpe

esok2 aku gam balik

Sunday, July 3, 2011

Draft 3july2011;944pm

tiba2 setitis demi setitis air mata ini gugur kembali.

ah~kenapa sebak?
kan kau lebih tenang sekarang?
tidak serabut, tidak bingung.
segala yang perlu telah kau suarakan.
gagah dalam setiap pertuturan dan hati kau tika itu.
segala kau telah serah pada Dia.
doa kau tidak pernah putus.
jadi,
kenapa menangis sekarang sayang?

haih~lagi2 mengeluh.

ya, aku rasa lebih kuat sekarang. lebih redha, lebih pasrah, lebih doa.

semalam sehari bersama dia segalanya baik2 saja. macam tak pernah berlaku apa2. berborak, bercerita, bergurau. indah? biasa saja. tapi aku selesa.

Sunday, June 26, 2011

mungkin


bila telah hilang segala rasa dalam hati kita
bila sudah lelah mempertahan rasa yang pernah ada
nyata tiada beza bila inginnya hanya aku sahaja
maka
untuk kali yang ke 787 juta kalinya
aku bisikkan ke gegendang telinga kamu perlahan
aku mahu pergi sayang, untuk tinggalkan kamu
mungkin nanti2 kamu akan sedar harga aku disisi kamu


mungkin...


Saturday, June 25, 2011

hilang rasa cinta


untuk setiap airmata yang mengalir bagi setiap kekecewaan yang aku hadap, aku pujukkan diri untuk sabar. untuk setiap pedih yang mengalir diurat nadi, aku tegapkan pasak untuk berdiri. sampai satu ketika bilamana segala perasaan yang pernah wujud hilang. baik sayang, baik benci, baik rindu, semua hilang. yang tinggal hanya kekosongan tiada berjiwa. tapi, masih tetapnya aku adalah seorang aku. masih kekal disitu tidak berganjak. setia mahu menyuap jiwanya bila diperlu. kata hati, 'takpe, aku masih mampu'. sedang nyata hakikatnya sedang ranap hancur tersiatkan.

Ya Rahman,
sejujur rasa hati aku telah terlalu penat untuk menghadapinya lagi dan lagi.
namun, jika memang ini ujian dariMu, makanya aku redha.
jika mahu ditimbang berat dugaan yang dipikul ini, nyata masih ringan bebannya.
cuma mungkin tulang belulang aku yang rapuh, maka bilamana dugaan itu datang aku hancur.

Ya Rahim,
jika masih ada untuk aku didunia ini, aku pohon disegerakan.
namun jika tidak, cukupla hanya diriMu menjadi pemeliharaku.
dan kuatkan aku untuk melangkah pergi.


amin.


Saturday, June 4, 2011

Draft Jun 4,2011 0903am

apa yang ku punya didada aku kurang pasti

Saturday, May 28, 2011

rasa manis



aku rindu saat kami yang sekelumit cuma itu.
dalam hiruk piruk hancur luluh hati aku, dia bawa senyum dibibir dan debar dihati.
sangat manis.
betapa aku rasa lama telah hilang rasa manis aku kecap sehinggalah ke hari itu.
mudah dan singkat.
tapi sangat terkesan dalam hati.
jika boleh, aku mahukan ia untuk satu jangka masa yang lebih lama lagi.
saat yang sekejap cuma itu aku rindu.

juga rindukan dia.

Tuesday, May 24, 2011

hilang



bila ditanya bagaimana aku?
bila ditanya bagaimana dia?
bila ditanya bagaimana aku dan dia?

aku kelu tak tersuarakan. kerana segala rasa yang pernah berlagu riang dalam hati terbang hilang entah ke mana. kosong tidak beritma.

aku buntu tak terjawabkan. kerana apa yang disimpan Dia masih tidak terlihatkan tentang hujung perjalanan dan kesudahannya.

aku sedang hilang punca.
aku sedang pasrah.

Monday, May 23, 2011

masih


aku fikir yang aku sudah mampu. lantas aku suarakan pada dia tentang mampu aku.



nyatanya masih tidak.



mata ini masih basah. rasa itu masih ada.
masih ada.



aku masih rapuh.

Wednesday, May 18, 2011

tak terubahkan



mungkin tidak pernah tertulis diatas sana tentang aku dan kamu akan bersatu.
mungkin cuma yang tertulis disana, hadir kamu hanya sekadar untuk menguji.

entah.

setiap hari, cuba disimpulkan ceritera ini. namun, masih tak terjangkau dek akal memikir tentang bagaimana ia harus diakhirkan.

kamu keliru, aku bingung.

tidak cukup hendak dipentingkan hati kita semata. pemilik hati yang lain juga perlu diambil kira agar tidak terlukakan.

tetapi, tetapnya saat ini jiwa aku masih berdegil. cuba dibina kepercayaan demi kepercayaan yang akhirnya hancur satu persatu. dan akhirnya kini, aku terduduk. tidak tahu kemana arah langkah hendak diatur. lelah jiwa untuk menimbang keputusan yang sewajarnya.

Ya Allah,
keluarkanlah aku daripada kebuntuan ini. segala ketentuanMu aku terima. sesungguhnya hanya Kau yang mengerti apa yang terbaik untuk aku, dia dan mereka.
amin.


---------------puisi yang aku cuba pegang untuk memujuk dan menyedar diri------------------


tak terubahkan by fynn jamal


dalam keadaan aku bersujud tubuh sehingga terkebas setiap rongga;
aku meminta dia izinkan kamu untukku
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku.

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap raksa;
aku memujuk dia datangkan kamu selalu
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju.

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup;
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya.

dalam bayangan aku berlutut tegap sehingga terkemam setiap degup;
aku mengemis dia bagikan seredhanya
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya.

namun aku lupa;
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujudsimpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak-terubahkan--

jodoh mati sesungguhnya--
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata;
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,
emisrengeklah;

--tak terubahkan.

Tuesday, May 17, 2011

in the middle



hendak bagaimana lagi laku aku?
aku sendiri keliru.

mahu dipuaskan hati sendiri, ada hati yang akan merintih luka. mahu dipenuhi kemahuan jiwa sendiri, ada jiwa yang akan terseksa.

sungguh aku tidak mahu dia itu luka. sungguh tidak aku mahu dia ini seksa. juga sungguh mahu aku pelihara hati dan jiwa aku.

sudahnya aku yang keliru. akhirnya aku yang dihimpit perasaan bersalah.

Tuhan yang Maha Mengetahui, bagaimana harus aku?
bantu aku tunjukkan jalan.

Monday, May 16, 2011

samar



seperti hari2 lalu, perasaan itu masih tak jemu untuk datang mengetuk pintu hati. bukan aku tidak sudi untuk menerima kehadirannya, cuma kadang2 kehadirannya menyakitkan.

untuk saat dan ketika ini, aku bagaikan tidak sabar untuk mengetahui segala tentang masa depan aku. bagaimanakah yang telah terancang untuk aku di atas sana? bahagia? sengsara? entah. aku tak pernah tahu. tak siapa pernah mengetahuinya. cuma aku percaya, setiap yang telah tertulis tentang aku di atas sana, adalah perancangan terbaik Dia.

Tuhan, bilakah akan berakhir babak pencarian dan penantian ini?
mungkinkah untuk aku meneruskan babak seterusnya?
semuanya samar.





sebenarnya aku rindu kamu.

Thursday, May 12, 2011

terhancurkan



sakit yang tidak terzahir dimata
bisa mengalir ke setiap organ
melumpuh dan mematikan

mahu aku raung pekik lolongkan pada dunia
aku tewas sekali lagi

Tuesday, May 10, 2011

terjatuh dan terjatuh lagi


aku cuba gagahkan kaki untuk bangkit.
masih tergigil, masih terjelopok jatuh.
aku sakit.
aku usap kepala untuk memujuk diri.
sabar sayang,
Tuhan tidak akan menguji kalau kamu tak mampu.
lantas deras air mata jatuh.

Monday, May 9, 2011

tewas


malam ini aku tewas

maka terkujur kaku aku bernafas tersekat-sekat

Wednesday, April 20, 2011

same old song

pencapaian umur yang ke 25 tahun:
aku perlu menghadap perkara yang sama dan sama dan sama lagi. mana salah silapnya aku sendiri tak pasti. yang pastinya aku masih berada dalam pusingan yang sama.

perasaan?
muak+jemu+kecewa+bosan = perasaan negatif yang paling terbaik telah diadun sebati dalam diri aku.

Monday, April 18, 2011

forever gone


memang telah dijanjikan oleh Dia
kita semua akan kembali padaNya
tanpa mengira usia, tanpa mengira ketika
tanggal 17April2011
satu lagi janji telah termateri
janji Dia bersama sahabat
diambil kamu ketika melahirkan
terpilih kamu untuk pergi dalam syahid
amanlah kamu bersemadi disana


al-fatihah
ilyana sulaiman
1984-2011




* kami akan rindukan saat2 kita bersama


* percutian terakhir bersama k.yana



Saturday, April 16, 2011

the truth


kebenaran itu menakutkan
dan selalunya menyakitkan
tapi aku memerlukannya
biar sepahit mana pun kenyataannya

Friday, April 15, 2011

run baby run


kamu semakin jauh berlari
aku semakin kehilangan nafas untuk mengejar
semakin tak tercapai kamu dihadapan
aku lelah
aku mahu berhenti


Thursday, April 14, 2011

now i know



aku tahu hati kamu sedang berbelah
aku tahu kamu kembali keliru
aku tahu bukan aku dikepala kamu
aku tahu kamu sedang mencuba
aku tahu aku perlu sedia
dan aku tahu

sesedia mana pun aku tetap akan terhancurkan

jaga dalam lena

jaga dari lena satu perasaan menghantui

lesu airmata mengalir kembali untuk ke 735 juta kalinya

Saturday, April 9, 2011

jangan ada benci


tiba2 terkenang tentang cinta lalu. dulu, jiwa aku pernah kosong dihirup habis dia. dan agak mengambil masa untuk aku penuhkan kembali. aku kira tentang hadir dia hanya untuk menyakiti. sehingga jatuh rasa benci. jika mampu dipadam sebahagian memori, tentang dia aku ingin hapus segala.

tetapi kini, diseparuh tenang hati aku, aku bermonolog sendiri. tentang aku dan dia suatu ketika dahulu. pernah bersama dia adalah salah satu daripada pengalaman yang mengajar mendewasakan aku. terima kasih untuk itu. aku tahu dia pernah sayang. dan aku percaya sayang itu pernah ada untuk aku. jika tidak takkan di cemburu. takkan dia mengongkong. tidak semata untuk menyakiti. perlahan2 perasaan benci aku tarik kembali.

aku tidak sempurna untuk membenci siapa2. setiap perkara yang berlaku, punya hikmah yang tersendiri. bukan perkara yang salah bila mula mengenali dia, dan berakhir dengan luka. itu semua pengalaman yang mengajar aku.

this i promise u


secara tidak langsungnya
aku telah berjanji
untuk menjauh

semoga tidak aku mungkiri janji tersebut

kepada diri:
TOLONG BERINGAT!

Friday, April 8, 2011

Draft Apr82011; 918am

yang ada didalam ini tidak mungkin terfahamkan oleh kamu
tentang cinta, impian dan harapan saya
sentiasa ada kamu
masih mahu kamu
masih ingin kamu
tetap mahu kamu
tetap cinta kamu
bilamana aku mahu menjauh bukan kerana benci

Monday, April 4, 2011

kasih sahabat



bertanya sahabat tentang bagaimana aku. tiba2 aku serasa bagai sebak. terima kasih masih diambil kisah tentang aku. tetapi tetap dijawapan aku yang aku baik2 sahaja. mungkin ada satu dua perkara yang menyelirat jiwa. tapi tak mengapa, aku masih mampu untuk simpan sendiri. cuma mohon didoakan tentang baik2nya sahaja aku. mohon didoakan langkah aku sealiran kalian. terima kasih menjadi sahabat yang terbaik yang pernah aku punya.

saat ini, aku rindukan waktu-gembira-tanpa-bebanan-masalah kita.

Tuesday, March 29, 2011

close to me



berjauhlah jika itu bisa buat kamu tenang gembira
aku disini akan tutup mata, tutup telinga, tutup mulut, tutup hati bagi setiapnya
biarpun kesesakan

jika nanti tidak mampu untuk aku buka kembali
ampunkan aku
mungkin aku telah lupa bagaimana

Monday, March 28, 2011

untuk setiapnya



untuk setiap rasa jauh yang aku rasa,
jujurnya aku takut.

untuk setiap kali terfikirkan,
aku jadi buntu.

untuk setiap malam,
air mata meneman tidur.

untuk setiapnya aku pujuk,
Allah akan selalu ada.

Friday, March 25, 2011

masih tidak pasti



pengakhiran yang diimpikan,
masih tidak pasti adakah masih punya sempat untuk dikecap?
jika ya,
masih tidak pasti bilakah waktu yang tepat?
jika sudah tetap waktu,
masih tidak pasti adakah sama seperti yang diimpi?

sepantas waktu yang berlalu,
mungkin tidak tersedarkan
mungkin matematiknya sedang hebat
tapi tidak pada biologinya

untuk semua rancangan yang diatur,
tidak semestinya mengikut kehendak hati
Dia tentukan segala
maka,
doa dan tawakal jadi teman
semoga satu yang ini akan jadi nyata
amin.

Friday, March 18, 2011

melankolik untuk cinta



aku ingin bersamamu
dan aku ingin disampingmu
kerana diri ini kesepian

dan ku pasti kaulah satunya
untukku kini
usah kau bermain cintaku
jujurnya hatimu ku perlu
untuk kuteguhkan ceritera cinta ini

kehidupan ini mimpi indah
jika kau tidak berdusta
cinta ini bagaikan syurga
aku impikan kebahagiaan
bukan kecurangan darimu
hidup ini satu dugaan

tak pernah kau merasa
berada ditempatku
jangan kau berselindung
lari dariku
kejauhan ini adalah keperitan
yang memedihkan
cinta kita ini


* lagu asboon

Monday, March 14, 2011

R.I.N.D.U


seketika itu, aku berfikir begini
seketika nanti, aku berfikir begitu
seringkali hilang ketetapan
seringkali syak wasangka mendatang

sejujurnya
AKU RINDU

ada kau rasa?

aku janji


telah aku janjikan
pada satu ketika itu
makanya sekarang
aku cuba tunai laksanakan
biar apa pengakhirannya
tetapnya Allah yang Maha Tahu

:)

Saturday, March 12, 2011

tentang sayang saya


hendak
dicoret
sesuatu
tentang
rasa
aku
pada
insan
yang
sedang
aku
sayang

malangnya, segalanya kelu dan kaku
noktah

Saturday, March 5, 2011

berlari ke belakang (Draft Mar5,2011; 6.35pm)

aku yang dulu
setia pada diriku
yang tak pernah hilang
kini berubah arah

terlalu berat ku rasa
untuk menghalang segala hilang dari mata
melepaskan semua
aku terbelenggu

ku tak rela melawan rasa yang terpendam
dan masa berpaling dari dia
dari mengendahkan ku dalam
kesegala yang terindah
bagaikan mimpi

sendiri aku
kegelapan dalam ruang
bersama angan yang berlawan ke hadapan
tiada apa2 pun selain satu
hanya yang mampu membawa ku
pulang pada semua
aku memaksa

dan aku berasa semestinya bersalah
menundukkan kehendak amarah
dari mengendahkan dia datang
ke... kuterima
semua
biar

ku tak rela
melawan rasa yang terpendam
memaksa berpaling dari dia
dari merelakan dia datang
kesegala yang terindah
bagaikan mimpi indah

dan aku berasa
rasa semestinya bersalah
menundukkan kehendak amarah
dari mengendahkan dia datang
ke.. kuterima
semua
biar

Friday, March 4, 2011

lost


lelah untuk bernafas.
lumpuh untuk berdiri.
kaku untuk bergerak.



mahu kedakapan Dia.

Sunday, February 27, 2011

tentang rasa yang dirasa


bibir seakan terkunci tatkala mendengar satu pengakuan. cuba dilagakkan biasa, agar tidak terperasankan tentang debar didada. nyata selama ini telahan hati aku tidak menipu. sungguh benar apa yang dirasa. aku bermonolog sendiri. diam2 aku panjat syukur. tidak diluah sebelum ketika ini. Tuhan Maha Mengetahui tentang segalanya. telah diatur yang sebaiknya untuk semua hambanya. kamu wajar mendapat yang terbaik. memang yang terbaik adalah untuk kamu. dan untuk aku, alhamdulillah. baik2 semuanya. akan aku harung apa jua segala, insyaAllah. biar apa pun yang akan berlaku dan peroleh, akan ku kira sebagai rezeki dan yang tidak akan ku kira punya hikmah disebaliknya. sentiasa dimohon oleh aku agar tetap tabah dan kuat untuk segalanya. dan tidak akan mati sebelum masanya.

:)

Saturday, February 26, 2011

hadap selagi mampu


pernah seorang dua saudara dan juga sahabat bertanyakan tentang masalah cinta yang mereka sedang harungi. jujur kalau ditanya pada hati dalam aku, aku akan suruh mereka pergi, lepas, tinggal dan berhenti menjadi bodoh kerana mereka2. ini kerana aku tidak mahu melihat kamu2 diluka jiwanya. kerana aku pernah hadap. dan ianya sangat pedih. dan aku tidak mahu sayang2 aku sakit. itu memang jawapan hati aku. tapi, rata2 jawapan yang akan keluar dari mulut aku adalah, hadap selagi mana kamu mampu dan percaya. kerana aku percaya, biarlah aku senaraikan seratus perilaku buruk mereka2, tetap kamu2 akan mencari satu kebaikan mereka2. kerana hati sedang sayang. kerana hati sedang cinta. kewarasan akal akan jatuh ditempat kedua. makanya, aku suruh kamu2 hadap. disuatu ketika nanti, kamu2 sendiri yang akan membuat keputusan.

makanya, begitu juga nasihat yang aku beri pada diri. biar aku hadap segala apa yang kudrat hati aku mampu. yang penting, setiap pagi aku wajib bangun selagi nyawa berhuni didalam jasad. biarpun sehancur mana yang aku rasa.



* women change for one of two reasons:
1. they have learned a lot OR
2. they have been hurt too many times - azreel azhar


Thursday, February 24, 2011

sabar


adakah memang aku yang tidak punya kesabaran?

untuk perkara yang sebegini, bagaimana harus laku aku lagi? untuk dibiar segala dan mengikut segala. tapi, aku juga punya perasaan. kerana perasaan aku yang kuat itulah maka lahir laku aku begini. aku yakin, siapa2 yang mengalami juga akan merasakan yang sama. akan berperilaku yang sama. sekarang aku tak pasti untuk apa sebenarnya airmata ini mengalir. sedih. kecewa. letih. segalanya. yang pastinya, bukan untuk kegembiraan.

haruskah untuk aku terus bersabar?
atau terus berlalu tanpa kata?

Sunday, February 20, 2011

aku


aku sekarang:


sedang meniti hari sama seperti mereka2 yang pernah aku benci kata jelik perangai mereka. perlahan aku sedang jadi seperti mereka2. malah, mungkin lebih dari mereka2.
sungguh, Tuhan memang sangat adil.
untuk kamu2 yang pernah aku kata. maaf aku pohonkan dari hati yang terdalam. maaf.


bila aku sering kalah sama musuh aku, diam2 pernah aku harap untuk dimatikan sahaja aku.


adakah mungkin untuk aku perbetulkan kembali segala pincang jalan hidup aku?


peperangan yang entah-bila-akan-sudah.

Tuesday, February 15, 2011

cinta jauh


aku pergi saat cinta sarat didada

melepas segala bahagia yang ada

dengan harapan ia akan selamanya

hingga ke hari tua, hingga ke syurga

Saturday, February 12, 2011

be tough


kamu gagah kan?
kamu pernah hadap yang lebih teruk kan?
kuatla sayang.
semua ini dugaan.
biar sakit, biar perit.
senyumlah.
usah menangis lagi.
insyaAllah kamu akan baik2 saja.

:)

Friday, February 11, 2011

learn to live half alive



air mata masih tidak mahu mengering. akal sudah tidak dapat berfikir apa yang sewajarnya. maka, dia terus sendiri bersama dunianya. hendak dibawa diri jauh tidak tahu ke mana. kekecewaan tidak pernah jemu menziarahi dia. dalam hati diam2 dia doa. agar tidak ditarik perasaan2 yang dia punya. tidak dimatikan jiwa yang dia punya. kerana apa yang dirasa dia kini, kosong. dia tidak mahu menjadi manusia tanpa perasaan. tidak pernah diingin dia.

Tuhan, tolong terus diberi kuat untuk dia menghadap kekecewaan yang sering hadir bertamu.
Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk dia.