Sunday, October 30, 2011

another new phase


langit kelam menghampiri senja diteman mendung dan hujan renyai. berteleku aku dihadapan komputer riba kesayangan. mencari bait2 bicara yang hendak diolah.

oktober bakal melabuhkan tirai dan november sedang menanti penuh pasti. sekejap segalanya. satu lagi tahun bakal berlalu. dan hidup aku baru sahaja menginjak ke satu fasa yang lebih mencabar.

segalanya berlaku dan berlalu begitu pantas. pahit manis, gelak ketawa, tangis raung, pilu hiba, penat lelah, lapang sesak telah aku rasa. walau mungkin tidak sehebat mana, setiapnya telah aku rasa. yang kadang menjadikan aku lebih kuat. tapi kadang aku jadi lemah luluh. ini hidup. ini realiti. yang kadang kejam kadang manis. jadi segalanya perlu aku hadap selagi bernafas.

tentang cinta yang sudah berlalu untuk kesekian kalinya lagi aku cuba redhakan sepenuhnya. jauh dihati dalam berharap semoga ini kecewa cinta yang terakhir yang aku rasa. semoga.

tentang kerjaya yang baru menapak, ia agak mencabar jiwa gedik manja mengada aku. pernah sampai satu tahap, aku tak pasti tentang apa yang aku rasa, apa yang aku mahu sebenarnya. mujur ego masih didada maka aku terus melaluinya dan alhamdulillah keadaan emosi dalam aku semakin baik dan tenang. semoga rasa ini akan kekal selamanya dan aku terhindar dari segala perkara, perasaan, persepsi dan segala yang buruk. amin.

minta tolong didoakan segalanya akan baik2 sahaja dengan aku dan terhindar daripada segala yang boleh menjauhkan aku dan Dia.
:)

0 comments: