Wednesday, January 18, 2017

tekad yang menakutkan

alhamdulillah, hampir 6 bulan telah selamat bergelar isteri dan alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik2 sahaja. rumah kecil tapi cukup selesa buat kami. alhamdulillah rezeki perniagaan suami sentiasa ada sejak dari ARFAZ AUTO GARAGE mula beroperasi. masih terlalu baru masih terlalu mentah usia perkahwinan kami. orang kata, yang paling mencabar adalah seawal 5 tahun perkahwinan dan bila terkenang memang agak kecut perut. banyak tahun lagi kami nak kena hadap. 

dan kini, yang semakin mengganggu hati dan fikiran bila mana aku telah berkeputusan nekad untuk berhenti kerja tanpa mempunyai kerja yang baru lagi. yes aku nekad. hari2 tiap saat aku pujuk, rezekiAllah tu luas, insyaAllah nanti ada ganti. tapi jujur jauh dari dalam lubuk hati aku, aku takut. 

aku takut kemungkinan yang akan mungkin berlaku dek kerana aku tidak mempunyai pendapatan sendiri dengan komitmen2 hutang yang perlu aku langsaikan setiap bulan. masih tak putus cuba meminta kerja lain, start balik business doorgift, tapi rasa gusar masih tak hilang. takut keluar dari zon selesa. takut jadi punca gaduh suami isteri (Allahu, mohon dijauhkan). 

semoga segalanya akan baik2. 
semoga segala kemungkinan dapat dihadap baik2.
semoga dimudahkan jalan olehNya.