Monday, April 19, 2010

periksa tengah tahun


preparing myself for final exam.
again.

mood : just fine for now

hope :
1. have a constant mood until da end of my final exam
2. have a gud health till da end of my paper
3. can control my emotion along diz 'going to be' stressfull weeks

footnote :
belajar rajin2. pesan sayang2 aku:)
doakan aku. pinta pada kamu2;)






Draft Apr 19, 2010 0907am

preparing myself for final exam.
again.

mood : just fine





Saturday, April 17, 2010

memberi lebih baik daripada menerima


aku mahu memberi.
tapi untuk memberi harta aku masih tak mampu.
tapi aku cuba beri yang lain.
harap kamu2 sudi.
:)

kepada mereka2 yang telah banyak memberi.
jutaan terima kasih diucapkan.
baik keluarga.
baik sahabat.
baik siapa2 saja.
segala jasa kalian tak terbalas.
terima kasih.
sangat2 terima kasih.

doakan aku mampu memberi apa yang aku mampu.
demi kebahagiaan mereka dan juga aku.
:))

Thursday, April 15, 2010

bayang tangan


Dia telah berdiri separuh hampir tegak.

Tiba2 dia terpandang bayang2 tangan ingin membantunya berdiri.

Dia cuba untuk tidak menghiraukan.

Tapi bayang2 itu masih menghulurkan tangan.

Perlahan2 dia cuba menyambut huluran bayang2 itu.

Digenggam bayang tangan itu tapi tak padu.

Sedikit lagi dia mampu berdiri tegak dengan bantuan bayang tangan itu.

Tiba2 genggaman bayang tangan itu terlepas.

Lalu terjatuh kembali dia.


Wednesday, April 14, 2010

cerita malam tadi



malam tadi bahagia=)
gelak sampai lenguh pipi. gelak sampai semput. disaat aku memerlukan sedikit kekuatan yang semakin memudar. mereka hadir memberi bahagia. seperti selalunya. dari zaman persekolahan, sehinggalah sekarang. memang mereka adalah salah satu ubat mujarab untuk penyakit jiwa aku.

Ya Allah Yang Maha Pengasih,
kau berkatilah dan rahmatilah hubungan kami.
Amin~~
dan
untuk semua yang menganggap aku sebagai sahabat.
terima kasih untuk kasih sayang kalian.
:)

Friday, April 9, 2010

bawaku terbang


mahu terbang ke atas
bermain sama awan
bermain sama bulan
bermain sama bintang

Thursday, April 8, 2010

fall into pieces


aku rasa macam nak terjatuh kembali. ok, mungkin tak sampai terjatuh tapi tersungkur. yang mana bisa buat aku terduduk untuk kesekian kalinya.

"i need someone to give me a strength. just for this moment at least."

...........



Saturday, April 3, 2010

don't give up



kadang2 rasa mahu PUTUS ASA untuk semua perkara.
mujur pemikiran positif masih berbaki. makanya aku sedar semua ini baru teramat sedikit yang aku rasa tentang hidup. maka akan aku pujuk kembali hati untuk terus gagah. maka akan aku pujuk hati untuk jalan terus tanpa menoleh luka semalam. maka akan aku pujuk hati untuk senyum ikhlas. kerana apa yang aku sudah dan sedang hadap sekarang ini cuma sekadar cubitan kecil. yang tak perlu dicanang satu dunia tentangnya. yang tak perlu diratap hingga bengkak mata. yang tak perlu diminta simpati siapa2. aku akan teruskan langkah ini jua walau mungkin kelihatannya masih bertatih. walau mungkin kelihatannya agak ketinggalan. tapi yakin dihati ini. satu hari tetap akan tercapai segala impi dan ingin aku. dari yang sekecil2 sehingga sebesar2 harapan.
insyaAllah~~

nota untuk AKU:
masih jauh lagi perjalanan untuk berputus asa sekarang.
:)