Sunday, December 26, 2010

tolong aku (Draft Dec26,2010; 1247am)

pujuk aku
dakap aku
airmata ini tak mahu henti
tolong aku
empangkan ia dari terus gugur
aku sangat perlu

Thursday, December 23, 2010

dimana kan ku cari ganti



jika ditanya kenapa, sungguh aku tak punya jawapan untuk kenapa aku menyukai lagu2 allahyarham p.ramlee. memang suka. ditambah dengan nafas baru sekarang, aku tetap suka. dan bertambah2 lagi suka. siyes aku suka.

ok dah.

bicara sama bulan


bulan
mari kesini
aku mahu bicara rahsia
janji usah dikhabar pada matahari
aku belum sedia

janji ya?
ini rahsia malam kita
mari sini aku bisikkan
hati aku sedang senyum
punya bintang sebagai teman

Monday, December 20, 2010

pelangi malam


pelangi itu terbit selepas hujan malam
indah mewarna langit hitam pekat
dan meneman dalam pejam lenaku

diam2 aku kemam mulut mintak doa
aku mohon semoga esok pagi
dia akan menyambut tika celik pejamku


*love me when i least deserve it because that is when i really need it - swedish peoverb

Sunday, December 19, 2010

sesak nafas


bila aku dekat
kau rimas sesak
makanya
aku berundur
kebelakang 1000 langkah
untuk kau lebih selesa bernafas
bila kau mula dingin
maralah 1000 langkah
mujur jika aku masih disitu

Friday, December 17, 2010

cinta arjuna


aku mahu kamu
sehingga ke syurga

Draft Dec 17,2010; 1238am

duhai hati
mengapa terlalu rapuh rasa kamu?
dijentik sedikit cuma
habis hancur berderai




Tuesday, December 14, 2010

impian dan harapan


sejuta impian didalam jiwa
dicoret lakar indah penuh bahagia
penuh warna warni penuh tawa ria
disusun indah menurut syariatNya

tiba2 tersentak tersedar terkaku minda
terfikir termangu tertanya2
adakah bakal ia menjadi nyata?
atau hanya mainan akal semata?

oh Tuhanku yang Maha Sempurna
rancanganMu lebih indah dari yang aku punya
kebalkan hati imanku untuk segala
yang telah ditetapMu dengan penuh redha

Sunday, December 12, 2010

aku mohon padaMu


Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ya Allah
dengan serendah2 hati aku bermohon padaMu
agar dipimpin hati menyusur keputusan hidupku
ditetapkan apa yang terbaik bagi diriku
untuk dunia dan juga akhiratMu.

Ya Karim
dekatkanlah aku pada redhaMu
jauhkanlah aku dari laknatMu
sungguh aku seringkali alpa
dalam dunia yang penuh noda

Ya Rahman
dengan rasa hina aku bermohon padaMu
jika yang kumilik sekarang adalah ujian dariMu
kau tabahkanlah hati dan imanku
bilamana kau menarik ia dariku

Ya Rahim
jika benar ini yang ditetapMu
aku sujud syukur padaMu
dimohon dipelihara segala
dalam selimut imanMu

Amin Ya Rabb

Friday, December 3, 2010

kenapakah?


pernah suatu ketika aku lontarkan persoalan pada sahabat2 aku,

"kenapa kau nak kawen?"

mungkin aku ajukan soalan pada waktu yang salah atau pada orang yang salah atau kedua2nya, aku sendiri tak pasti. makanya aku mendapat balasan yang tidak memberangsangkan. aku ajukan soalan itu pada mereka kerana aku tertanya2 pada diri sendiri, apa yang menyebabkan aku mahu kawen selain daripada rasa itu fitrah manusia. aku ajukan soalan pada mereka kerana mungkin mereka punya jawapan yang aku mahukan. atau sekurang2nya aku boleh tiru jawapan mereka.

dan, selepas pada hari itu aku menjalani hari2 aku seperti biasa. dalam hari2 yang aku lalui, kadang2 terlintas kembali persoalan aku itu. dan aku masih cuba mencari jawapan yang tepat untuk diri aku.

sehingga satu hari, aku berbual panjang sama seseorang. tentang masa depan. sangat indah perancangannya. dalam tak sedar, aku telah peroleh jawapan yang tepat untuk diri aku bagi persoalan aku itu. aku mahu kawen kerana aku mahu ketenangan dan kebahagiaan. dan selepas itu, soalan2 lain menyusul.

kenapa? sekarang kau tak tenang dan bahagia ke?
ya, kadang2 memang aku tak tenang. dan tidak, aku bahagia. tapi masih aku rasa ada sedikit kurang.
kau rasa perkahwinan boleh menenangkan dan membahagiakan kau?
ya, insyaAllah. dengan perkahwinan, ia akan menenangkan dan membahagiakan aku dalam konteksnya yang tersendiri.
masih tak cukupkah kasih ibu ayah dan sahabat2 disekeliling kau?
alhamdulillah. cukup. malah lebih. tapi aku manusia biasa yang punya keinginan dicinta lelaki yang bernama suami.

dan macam2 lagi. tak kisahlah. yang penting, aku telah peroleh jawapan yang sesuai dan aku kira tepat bagi diri aku.
ok.
dah boleh kawen.
:)


* perkahwinan adalah kemuncak kepada kebahagiaan. ia bagaikan stesen menyedia sebanyak2 bekalan sebelum beralih ke alam kehidupan lain; yang lebih abadi-Dr HM Tuah


Draft Mar12,2010; 0127pm

siling direnung kosong
fikiran melayang jauh fikir
tertoleh pada diri
mahu cepat dijemput Ilahi
biar tiada dosa dicipta lagi
tapi, mampukah aku menghadap Dia?

wahai gadis
apa rasamu?
betul kau cinta?
betul kau bahagia?

wahai gadis
apa kau tidak takut?
akan luka semalam?
akan dosa kelmarin?

wahai gadis
sudah kau soal iman?
tegarkah kau mencuri iman dia?