Sunday, October 18, 2015

kasih

entah tak tahu bagaimana hendak diungkap dek kata2
perasaan yang melebihi daripada yang sepatutnya
RISAU

risau tak mampu tahannya nanti
risau tersungkurnya nanti
risau terjatuhnya nanti
risau untuk semua yang buruk daripada sekecil2 isu

aku tahu, dia dah besar panjang
aku tahu, dia ada akal yang cukup untuk merancang
aku tahu, alhamdulillah kudratnya masih ada
aku tahu, yang sebenarnya dia mampu kalau terus tahan dan bertahan

cumanya mungkin tipikal perempuan
risaunya melebih yang jauh panggang dari api
lebih2 lagi terhadap mereka yang dia kasih

Kasih,
semoga kamu sentiasa dalam lindunganNya
semoga kamu sentiasa dalam limpah rezekiNya
semoga kamu sentiasa taat padaNya
semoga berjaya tiap jerih payah usaha kamu

insyaAllah aku juga akan tetap ada

Tuesday, May 26, 2015

Draft May 26 2015 1153am

perihal tentang si dia. banyak beza tapi cuba saling terima. aku si cengeng, dia si garang. untuk tempoh setahun enam bulan dan lapan hari kenal kami

Friday, May 22, 2015

getar dalam hati

datang lagi perasaan itu.

perlahan-lahan ia serap dalam hati.

damai.
alhamdulillah.

tapi terkadang terbit rasa takut. takut terlalu lalai dibuai perasaan.

syukur tak pernah lepas dengan peluang diberi rasa itu. sungguh getar yang hadir lain daripada yang sebelum-sebelumnya.

cuma sekarang perlu diperbetulkan kembali langkah2 yang sudah pincang.

semoga kami istiqomah untuk itu.

amiinn.

Wednesday, April 29, 2015

cerita tentang bahagia

sahabat tegur,
katanya blog dah berhabuk, seberhabuknya monitor dia.
balas aku,
dah bahagia, cerita dah takde.
balas dia,
ceritalah tentang bahagia.
makanya,
terjadilah entri ini, khas untuk tatapan sahabat tercinta yang kononnya pembaca tegar;)

pertamanya,
terima kasih sahabat. dilayankan semua kisah untuk setiap jatuh bangun cinta suci skandal bangang aku.

keduanya,
alhamdulillah, akhirnya dapat bertemu bahagia aku. syukur tak pernah putus untuk yang telah ditulis Dia atas perkenalan kami. dan sedang meniti hari2 berusaha untuk kefasa yang seterusnya jika diizin Dia maka disempatkan olehNya aku menggantikan status yang sedia ada sekarang. dugaan masih tak pernah lari, cumanya untuk setiap satu-satunya ada jalan selesai yang tersendiri yang terkadang aku sendiri tak pernah sangka. sedang saat ini pun masih punya dugaan yang perlu aku hadap. cumanya, mungkin dek kerana pertambahan usia, makanya pertimbangan itu sentiasa ada dan bukan mengikut hati semata. cuma yang masih kekal adalah degilnya:)

ketiga dan terakhirnya untuk waktu ini,
selagi masih bernafas, manusia memang tak pernah lepas dengan dugaan. lepas satu, satu yang lain datang. kadang2 serasa macam sendiri yang terlalu manja dengan merasakan tiap yang dihadap itu dugaan. padahal mungkin bila orang lain ditempat aku, dia tak rasa apa pun. entah. masing2 kan. cumanya aku masih bersyukur untuk tiap yang aku ada. kadang, termengeluh juga, 'kenapa aku tak dapat macam tu? kenapa dia dapat yang macam tu?'.mujur kemudian2nya cepat sedar, tiap yang jadi ada hikmah yang tersendiri. pandai2lah kita cari hikmah disetiapnya. dan aku juga lebih belajar, elak menyalahkan yang lain atas apa yang berlaku pada aku hari ini. belajar dari silap kita semua yang lalu dan ubahkan pada yang lebih baik. semoga aku akan pegang dan ingat ini sampai hujung nyawa aku.

amiinn.