Sunday, September 19, 2010

another dream



sebelum lena lewat pagi semalam
aku pohon didatangi mimpi indah
cukup untuk buat aku senyum esok pagi

tapi

mimpi tak selalu menyebelahi kita
yang datang memang indah
sedang realitinya jauh beza

aku jaga dan keliru
perlahan pandangan menjadi kabur
perlahan juga air jernih itu mengalir


*Letting go of certain people isn't saying I hate you. It's saying I LOVE ME.

Saturday, September 18, 2010

muhasabah cinta





nafas terzahir tanda masih punya nyawa
sedang batin kaku sejuk beku mati
iman bertempiaran entah dimana
tangan tegar memalit dosa setiap inci
wahai aku si pendosa yang setia
mohonlah pengampunan dari Ilahi

Wednesday, September 15, 2010

kegilaan

ya aku gila.
ya aku suka meroyan.
ya memangnya itu aku.

berapa ramai yang boleh tahan dengar cerita2 perasaan pelik aku?
berapa ramai yang boleh sabar dengan karenah2 aku bila tengah gila meroyan?

ada. memang ada.

terima kasih kepada kamu2 yang memang aku kira sangat tinggi tahap kesabarannya untuk melayan segala cerita perasaan pelik aku. yang sangat2 sabar melayan karenah aku tatkala sedang meroyan. memang tak terbalas jasa kamu2 itu.

jadi persoalannya sekarang,
adakah wujud seorang lelaki yang mahu menjadi suami aku dan melayan karenah gila meroyan aku ini dengan sabarnya sepanjang hidup dia? belum termasuk perangai2 buruk yang lain lagi.
ada?
ada?
ada?
*adeh. tiba2 nak keluarkan soalan.

ok. aku sebenarnya hanya mahu meluah rasa hati.
aku sebenarnya sedang agak kecewa. kecewa yang aku kira aku cari sendiri. tapi, nak buat macam mana, hati aku bukan ada sensor yang boleh kesan sebarang kekecewaan. apa yang dia rasa, dia redah je. bila dah redah, baru dia rasa bahagia atau kecewanya. tapi kali ini hasilnya adalah kekecewaan. lagi. takpelah. dia dah biasa. nanti2 oklah.

tetap didoakan bahagia untuk dia.

cumanya, bila aku dah kecewa, sangat mudah untuk perasaan2 negatif yang lain menyerap dalam pori2 jiwa aku lantas melahirkan satu perasaan yang sangat tak seronok. perasaan kosong. damn. benci rasa tu. sebab bila aku punya rasa yang satu itu, nanti sakit meroyan aku datang balik. adeh. ingat best ke meroyan nie? sungguh, sikit pun tak.

ok dah. habis sesi meluah rasa.

sekarang nak share satu puisi fynn jamal. memang sangat cinta sama bahasa puitis dia. sama jiwa indah dia. sama siapa dia. dari dulu, kini dan selamanya.
'sepertinya' memang tepat menusuk kedalam jiwa aku. bagaikan siulan jiwa aku yang diolah kedalam bahasa yang aku kira sangat indah.


Tuesday, September 14, 2010

kisah dilaman



lokasi : anjung rumah

memandang sepi ke laman. tiba2 hati digamit rindu sama telatah2 sepupu2 kecil aku yang dua. telatah mereka yang membuahkan tawa kami. dengan seorang yang akan memeluk sesiapa yang ada dekat dengannya tatkala bunyi mercun. dan seorang lagi yang tidak kenal penat bermain. ah. rindu. rindu juga pada gembira aku adik beradik bersama sahabat2 aku. berborak, bergurau, bergambar sambil melayan sikecil2 itu. keluarga aku kecil. laman kami besar. cukup dibilang dengan jari kami2 yang bermain dilaman. dan kadang2 ditambah sahabat2 aku yang telah aku anggap macam adik beradik sendiri. sering cemburukan yang lain. hakikatnya, apa yang aku milik sudah cukup. apa lagi yang dimahu?

damn.
aku rindu untuk ramai.

lelah


lelah sama rasa
pantas hadir sangat perlahan mengengsot pergi
lelah sama kenangan
sangat kejam merobek menghapus mimpi2


* doa diam2 untuk semua bahagia

Saturday, September 11, 2010

aidilfitri


syawal ke-2

perasaan sederhana. tahun nie aku tak simpan sebarang perasaan dalam hati. i'm just go with the flow. hasilnya, aku gembira. dan penat. tapi takpe. yang penting, aku gembira.
anyway, tahniah untuk aku.
:)

actually, segalanya bermula dalam diri kita sendiri kan?
:)

*aku rindukan ramadhan

Saturday, September 4, 2010

not enough



cukup2lah meroyan menggila
itu ini dikejar diminta
semua nak jadi milik dia
tetap masih belum puas dijiwa
senanglah dengan apa yang ada
bersyukurlah apa yang tersedia
bersederhanalah dengan setiapnya
walaupun tak lengkap semua
cukuplah dari apa pun tak ada
hidup ini pun bukan lama
entah esok lusa dah tutup mata

Friday, September 3, 2010

fall for you.again.


Air jernih ini terdesak mahu keluar
Rasa itu menghentak2 dada
Mahu aku jeritkan pada dia
Aku mahu jadi milik dia selamanya