Sunday, May 20, 2012

bodoh yang tersuluh

dalaman aku sebenarnya sedang kucar kacir. teramat. tapi tak terlihatkan. aku senyum, gelak ketawa seperti tiada apa yang sedang membebankan jiwa. kadang2 fikir sendiri macam orang gila. siang terkinja gelak ketawa. malam meringkuk menangis tersedu. 

wahai diri. hendak dibagaimanakan lagi ya? 

sudah kering akal bagaimana lagi untuk memujuk diri untuk kuat buang segala yang membebankan jiwa dan teruskan perjalanan. benda sama. setiap kali penyebabnya tak jauh beza. tapi masih tak pernah mahu belajar. fikir diri cukup kuat cukup gagah. sekarang? terduduk. hancur. habis tak tinggal apa.

hilang akal bagaimana lagi mahu mengajar membawa diri kearah yang benar. sering kali terpesongkan. lemah iman yang sedia ada hancur terus dihasut syaitan. 

wahai seorang aku, bagaimana lagi mahumu?

memang nyatakan diri ini terlalu banyak dilingkar dosa. kerana itu aman jiwa susah sangat mahu lekat.

sedar. tapi masih tak mahu gerak. 

bodoh yang tersuluh.

0 comments: