Monday, January 9, 2012

tempat asal cinta; hanya satu


semua ini ujian untuk aku kan? untuk menguji daya tahan aku. untuk menguji lemah aku. entah berapa banyak derai air mata yang telah aku hamburkan. terhambur sia-sia menurut pandang mata kasar mereka. benda yang sama berulang lagi dan lagi. malah semakin parah. semakin jelik. namun tak pernah mahu belajar dari setiapnya. entah apa yang sesuai mahu dikategorikan manusia seperti aku. yang tak pernah mahu serik mengejam diri sendiri. yang tak pernah mahu serik mengejam manusia lainnya.

satu jam yang lalu, aku gagah. sesaat tadi berderai lagi air mata. entah apa lagi yang dimahukan. entah apa lagi yang dirasakan. sunyi? rindu? cemburu? nyata semuanya mainan perasaan. yang aku perlu lakukan sekarang adalah untuk bulatkan dan tekadkan hati. teruskan berjalan dan tak berpaling lagi. berserah pada yang milik.

aku bukan manusia yang baik. apatah lagi yang paling baik. cela aku terlampau banyak. dosa aku menggunung tinggi. sedang saat ini pun masih memalit dosa. memang aku manusia yang tak reti diuntung. dijaga Dia setiapnya.sedang aku, hanya mengingat meminta bila aku paling susah. bila rasa sakit menyiat seperti sekarang, baru aku sibuk sujud. baru sibuk menadah tangan.

tetapi tetapnya tiada tempat lain yang boleh aku pinta selain daripadaMu pemeliharaku. redhakan aku sepenuhnya atas setiapnya yang telah dan sedang berlaku sekarang ini. aku mahu sudah. sesungguhnya rancanganMu yang paling terbaik untuk aku. maka redhakanlah aku atas setiap yang sedang aku lalui. tenangkanlah aku dan ampuni aku.

0 comments: