Saturday, January 28, 2012

entah


28 jan 2012. genap 25 tahun sebulan aku bernafas atas muka bumi yang sering aku label kejam ini. untuk penambahan satu lagi angka dalam umur aku, tidak ada yang istimewa. tangisan demi tangisan yang masih menemani. entah.

aku pandang sekeliling. semua sedang bergerak maju kehadapan. semua sedang menjadi lebih baik. sedangkan aku semakin sesat. entah.

segalanya tidak mampu untuk aku ungkap. semua bicara hanya didalam hati. tak mampu untuk diluah sejujur yang aku rasa. sejujur yang aku lalui. entah.

juga tentang rasa yang sedang aku rasa. aku keliru. apa mahu aku sejujurnya? juga tentang laku yang sedang aku laku. aku bingung. apa yang aku cari sebenarnya? entah.

aku sedar itu salah. aku tahu ini bukan yang sepatutnya. aku sedar aku sedang bermain api. aku tahu mungkin jika diikut pada logik akal fikiran akhir aku nanti macam mana. aku sedar aku degil. aku tahu aku bodoh. entah.

entah.

entah.

entah.

STOP IT STUPID!

0 comments: