Tuesday, January 24, 2012

ku punya nyawa

minggu2 kebelakangan ini aku sedang berhadapan dengan diri aku yang sangat degil. aku sedang berperang sama diri sendiri. memang bukan perkara yang mudah. hampir hilang waras akal fikir aku. sehingga teman khuatir aku menjadi gila. inilah yang wajar aku terima dimana aku kehilangan ketenangan hati bilamana aku sudah semakin lupakan Dia. untuk kerana ini, hati aku meronta tak sabar untuk pulang ke kampung untuk bersama nyawa2 aku.




nyata memang berada disamping nyawa2 aku adalah ubat mujarab untuk aku. sehingga sahabat menegur yang aku kelihatan sangat gembira tatkala aku keluar bersama mereka. aku hanya ketawa. mereka tidak pernah tahu yang malam semalamnya mata aku bengkak lagi. dan sememangnya aku tak mahu mereka tahu. ingin aku cuma mahu bersama mereka.




dan betapa, berada dalam lingkungan keluarga itu menenangkan. lebih2 lagi semenjak peningkatan usia aku. selaras dengan peningkatan kacaunya jiwa aku. perasaan untuk sentiasa bersama ibu ayah semakin kuat. tapi, ini aku kan? ego. tak mungkin akan aku mengaku mahu begitu depan ibu ayah aku. tapi sungguh, semakin dewasa ini perasaan mahu sentiasa bersama mereka sangat kuat. lebih2 lagi dengan bebanan perasaan yang sedang aku galas sekarang. hanya mereka mampu bikin tenang hati jiwa aku tanpa perlu aku suarakan apa2. sungguh mereka adalah penawar untuk semua penyakit jiwa yang aku cari sendiri.




semoga aku diberi pinjam mereka2 ini dengan lebih lama lagi.




dan




semoga aku yang pergi dulu.




1 comments:

Anonymous said...

salam....u...kenapanya ni?hati itu masih pedih lagi?