Sunday, November 25, 2012

debar untuk dia

apa yang ada dekat dalam hati ini masih adalah debar untuk dia. aku tak mahu mendabik mengatakan yang rasa ini akan kekal selamanya. tidak. yang aku tetap cintakan dia walau kami tak bersatu. tidak. sebab hati ini sifatnya bolak balik. bila2 akan berubah dengan izin Dia. cuma berani aku nyatakan disini, saat dan ketika ini, memang debar ini masih untuk dia. 

memang sekarang hati aku degil masih mahukan dia. orang kata aku degil. aku kata aku degil. memang aku degil. tapi bagi aku, Allah yang memegang hati aku. jika memang bukan dia tertulis untuk aku, Dia akan hilangkan perasaan yang sarat aku tanggung sekarang ini. terus hilang dari hati aku. terus hilang. 

biar yang ada hanya debar untuk lelaki lain yang akan menjadikan aku halal untuk dia. 

aku hanya berserah pada Dia. tipu kalau kata aku tak kisah. pedih. sedih. kecewa. terkilan. semua ada. 

semua bertanya, kenapa dia? 
jawapan aku, sebab dia cinta aku. 

itu sahaja alasan yang aku ada. aku tahu tak cukup. tak pernah cukup bagi mereka2 yang telah lama hidupnya dari kami. cumanya untuk saat dan ketika ini, aku memang hanya mahu dia. bukan lelaki lain. tapi ia hanya ingin aku untuk saat dan ketika ini. esok lusa aku tak pasti apa kata hati aku. 

aku cuba pegang kata nasihat dia. untuk sabar. sabar. dan sabar. aku tahu, dia juga sedang tersakitkan melihat sakit aku. kami sama2 rasa yang sama. cuma bezanya dia lebih kuat untuk menjadikan aku kuat. tapi orang tak pernah nampak, orang tak pernah tahu.

aku kasihankan dia.
juga kasihkan dia.



0 comments: