Monday, May 17, 2010

pilihan


demi membuat sebuah keputusan
seringkali hati dihambat ragu
dibolak balik rasa yang ada
dikhuatiri keputusan memakan diri
ditakuti diri tersungkur kembali

maka tepuk dada tanya hati
apa sebenar yang diingin mahu
nyah segala ragu yang bertamu
tepis segala hasut yang hampir
mulakan dengan nama Dia
diakhiri tawakal padaNya
insyaAllah dipermudah segala

0 comments: