kau memang hebat kan jantan?
sudah diujar usah sentuh
tetap dipujuk dirayu
seribu janji ditabur
penuh sabar penuh manis
tetap mahu tetap ingin
meratah mamah segala
bila kau dapat, bila kau tidak
pengakhirannya tetap akan sama
kau akan tuding jari salah pada dia
sedangkan kau?
sikit pun tak bersalah
kau kan suci
kau kan naif
lantas aku senyum tepuk tangan
aku bangun beri penghormatan
atas persembahan hebat kau
al-maklumlah
kau kan jantan berkuasa
kau kan jantan terhebat
tahniah
*tak semua hebat begini. sebahagian sahaja.
0 comments:
Post a Comment