Sunday, July 15, 2012

doa senyap

perjalanan hidup aku sekarang sedang meniti waktu2 dimana hajat aku dimakbulkan satu demi satu. sekali termakbul, aku senyum syukur. kali kedua termakbul, sekali lagi senyum syukur. kali ketiga termakbul, aku sudah mula takut. aku sudah malu. betapa sempurnanya cacat cela aku pada Dia, masih Dia mahu perkenankan doa2 aku. 

dan tentang seperkara ini yang aku pernah sekadar angankan sedang berlaku satu babak demi satu babak. yang pernah angan itu aku sendiri tepis dan kata pada diri, itu tak akan mungkin. tetapi betapa besarnya kuasa Dia. jika itu hendak Dia, maka akan jadilah ia. cumanya aku tak pasti adakah memang sudah ini tetap Dia atau satu lagi ujian untuk aku? terlalu sukar untuk menentukan. aku jalani hari2 dengan perasaan gundah yang tak pernah henti. takut. teruja. terharu. gembira. semuanya bergaul menjadi satu. 

bila dikenang momen itu, manis. perkara yang berlaku tak terduga sesungguhnya akan melonjakkan paras adrenalin seseorang. menjadikan seseorang seperti aku ini excited berdebar tak tentu. tersenyum tersipu sendiri2. persis si gila lagaknya. seminggu dua macam bergelumang dalam gula kapas. manis. masuk minggu yang ketiga perasaan mula surut. alasan? tak pasti. mungkin telah ditegur realiti bahawasanya besar jurangnya. serasa seperti tidak akan mungkin. mula dijarakkan segala harapan2 yang akan mungkin demi mengelakkan ada pihak yang terluka nantinya. walaupun pertikaian demi pertikaian dihujahkan, tidak akan memungkinkan untuk mendapat satu jawapan yang tepat. cumanya aku percaya,jika memang telah tertulis di Loh Mahfuz sana, Dia akan memudahkan jalannya kan? walau besar mana pun dugaan cabarannya nanti.

0 comments: