Thursday, December 24, 2009

::.dizEVENING.::


sepanjang petang dada tak henti berdebar. sangat sesak. lalu aku berkeputusan melelapkan mata walaupun pagi tadi aku sudah bangun kesiangan. degupan jantung yang kencang ini memang tidak menyelesakan aku. lalu aku lelap.

kemudiannya aku terjaga oleh panggilan telefon. tertera nama 'ayahanda' lalu aku jawab. suara ibu. ibu tanya. aku jawab. ibu cakap. aku balas. ibu cakap. aku jawab marah. ibu tanya. aku jawab marah lagi. ibu cakap lagi. aku jawab marah lagi. dan lagi. dan lagi. hebat kan aku? memang derhaka.

selepas perbualan berakhir, akal yang waras berkata. kenapa aku tak boleh jawab elok2? kenapa aku perlu marah2? aku melepaskan nafas. berat. aku memandang siling. termenung. kenapa susah untuk bercakap baik2 sama ibu? dada aku sesak. satu perasaan terbeban. perasaan berdosa.

tiba2 guruh berdentum agak kuat. aku sedar dari khayal. hujan mencurah lebat. angin bertiup agak kuat. aku bangun. aku keluar. membiar diri dibasahi hujan. aku menarik nafas dalam. aku berjalan dalam hujan. kemudian aku berteleku termenung kosong sehingga hujan reda. aku memang suka diri dibasahi hujan. merasakan ada sedikit tenang. merasa sedikit lapang.

ibu, maaf...
=(

3 comments:

ardz amy said...

kau kat mana ni? kat umah s.alam ke or kat umah kuala selangor? uish konfius2... biasala ak ngan umi pun kekadang begitu jgak, kekadang kita x nak buat tp ntahla jaja>:D<

kekaseh said...

cian dengan ibu kamu.. bila agaknye mahu memohon maaf.??

jaja said...

az: hmm tu la~~huuu
kekaseh: malu..huu~~