Friday, December 4, 2009

::.TENTANGdia.::


aku tak tahu kenapa aku tulis entry ini.

tadi aku terlihat gambar dia bersama teman baru. aku sudah tak kisah. cuma aku tak tahu mengapa mata aku berhenti lama pada wajah dia. sedikit mungkin masih ada rindu jauh terselit didasar hati. wajah yang pernah aku sangat cinta. raut itu ada lembutnya. raut itu ada baiknya. dan dia sendiri. ada baiknya. ada lembutnya.

kami. bermula dengan pantas. berakhir juga dengan pantas.

dulu. aku sangat rasa cinta dia. sayang dia. dan aku yakin. memang itu rasa dia. dan aku sering terfikir. bagaimana rasa sayangnya yang tinggi itu. bagaimana rasa kasihnya yang dalam itu. boleh bertukar maki dan hamun. hanya kerana sekecil2 sebab. aku sebak.

dan akhirnya aku dilepaskan. salah diletakkan dibahu aku. kerana aku ego. kerana aku tak hargai dia. bagaimana lagi hendak aku tunjukkan rasa cinta aku? masih tetap tak terlihat oleh dia. masih kekal salahnya tetap aku. aku menangis.

dia pasti akan ketawa bangga. dia pasti bersorak gembira. bila mengetahui bahawa setelah 6 bulan berlalu, mata ini masih basah kerana dia. mungkin tak semudah dulu. tapi kadang ia mengalir jua.

pernah orang bertanya. masih mahukan dia? jawab aku tidak. memang cinta dan rindu yang dia pernah beri indah. tapi luka yang dia beri sangat perit. sehingga kadang tak tertanggung. makanya, aku cuma mahu ganti dia. yang boleh tolong aku. ubat hati aku. jaga hati aku. tidak dibiar berkecai lagi.

dan kalau boleh.
aku mahukannya sekarang.
boleh?

5 comments:

ardz amy said...

sabarla jaja, InsyaAllah akan ada yg terbaik utk kau, dia bukannya, tp akan muncul seseorg utk kau,

kau sabar erk, ak akan temani kau x kesah la sampai bila2....

sbb kaukan sahabat ak

Anonymous said...

Nape mahu nye sekarang?? ikhlas ke klu hadir nye sesorg dlm idup kamu sekarang.. aku dpt merase kn bhw kamu cume mahu kan seseorg sekarang kerana kamu cemburu melihat die sudah ade pengantinye sedang kan kamu masih sendiri..it's rite dear??

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
jaja said...

thanx az.
alwiz there 4 me=)

awk silap dear..=)
sy tak cemburu sama dia. cumanya hati masih teringat dia. mgkin jika ada ganti sy dpt lpa dia. tapi sejujurnya sy dh takut nak bercinta...

yuna:
ko jgnla rasa bersalah.=) aku bersama dia pilihan aku. salahnya aku sbb terlalu cinta dia.

ardz amy said...

kekadang x terlihat apa yg tersurat mungkin ini yg terbaik? ala yuna releks la.. hehehe

ak tau kau dah x rasa apa2 cuma kau teringt kan dia kekadang, x perla kuatkan semangat kau