Sunday, January 2, 2011

kamu


kehadapan seorang kamu yang aku rindu

dengan cebisan keyakinan yang tinggal, telah aku serahkan hati ini untuk kamu jagakan. ketahuilah oleh kamu bahawa, bila telah aku kasihkan kamu, insyaAllah hanya kamu sampai ke syurga dengan izinNya. hati yang aku beri itu sudah aku tekad terima apa juga kemungkinan yang akan kau laku padanya. hendak kau belai, hendak kau henyak, aku terima.

walau mungkin kini kasih sudah tidak sehangat semalam. namun aku senyumkan bibir, pujukkan hati untuk hadap segala yang akan mungkin. aku panjatkan pada Dia, jika salah langkah yang aku atur ini, pohon Dia tetap gagahkan aku dipasak bumi. dan aku mohon, kamu sentiasa dilindung seperti nyawa2 aku yang lain.

amin.

0 comments: