bilamana dalam hati berkehendakkan sesuatu yang lain dan dalam masa yang sama diprovok oleh sesuatu yang lainnya, makanya hati rasa memberontak. dan bilamana hati aku mula memberontak, maka kata2 yang keluar daripada mulut aku mungkin agak kurang enak untuk didengar. dan secara tidak langsung, aku akan menjadi sedikit angkuh, berkeyakinan tinggi, apa yang aku mahu itu akan aku genggam. bukan kemahuan orang lain, tapi kemahuan aku. secara dasarnya, mungkin bagus sikap begini. punya pendirian sekurang2nya kata orang. tapi, bilamana hati aku memberontak, aku lupa yang segalanya adalah kerja Dia. Dia boleh jadikan apa pun yang dikehendak oleh Dia, bila2 masa sahaja.
Tuhan,
apa yang terbaik untuk aku, aku pohon ditunjukkan.
aku sudah rasa cukup untuk mengulang kesilapan lalu.
aku mohon, tolong diberikan petunjuk.
amin.
Tuhan,
apa yang terbaik untuk aku, aku pohon ditunjukkan.
aku sudah rasa cukup untuk mengulang kesilapan lalu.
aku mohon, tolong diberikan petunjuk.
amin.
0 comments:
Post a Comment